Television Broadcasts Limited
|
|
Jenis/bentuk sah
| Awam
SEHK
:
0511
,
Templat:OTCBB
|
---|
ISIN
| HK0000139300
US8795313092
|
---|
Industri
| Penyiaran televisyen
|
---|
Ditubuhkan
| Broadcast Drive
,
Kowloon
,
Hong Kong
(
1967
)
|
---|
Pengasas
| Douglas Clague
Harold Lee
Run Run Shaw
|
---|
Ibu pejabat
| 77 Chun Choi Street
Tseung Kwan O
Industrial Estate;
New Territories
,
Hong Kong
|
---|
Tokoh penting
| Sir
Run Run Shaw
|
---|
Keluaran
| TVB Jade, J2, TVB News, TVB Pearl, TVB Finance, Sports & Information , TVBI, myTV SUPER, TVBS, TVBcom Limited, TVB magazine, dll.
|
---|
Hasil
| HK$
5.21 bilion (2016-2017)
|
---|
Pemilik
| Shaw Brothers
|
---|
Bilangan kakitangan
| 4519 (Disember 2005)
|
---|
Pembahagian
| TVB News
|
---|
Tapak web
| http://www.tvb.com
|
---|
sunting
·
sunting di Wikidata
|
Television Broadcasts Limited
(
SEHK
:
0511
,
Templat:OTCBB
), dikenali ramai sebagai
TVB
, ialah
stesen televisyen
komersial ke udara percuma yang terulung di
Hong Kong
. Sejak memulakan penyiaran pada
19 November
1967
,
[1]
TVB ialah satu daripada dua buah penyiar TV percuma di wilayah bekas jajahan British ini, di samping musuh ketatnya iaitu
ViuTV
.
[2]
TVB merupakan penyiar televisyen
percuma
(FTA) yang pertama di Hong Kong. Ketika memulakan penyiaran dahulu, TVB sering dipanggil "Televisyen Tanpa Talian" (
Cina
:
無?電視
) agar dibezakan dari satu-satunya penyiar televisyen kabel ketika itu, iaitu
Rediffusion Television
. Meskipun kini terdapat lebih daripada satu TV 'tanpa dawai' (yang satu lagi ialah aTV, pewaris Rediffusion Television), TVB masih dikenali sebagai "Televisyen Tanpa Dawai".
TVB merupakan penerbit rancangan bahasa Cina komersial yang terbesar, dilengkapi kakitangan sebanyak lebih kurang 4,500 orang, termasuk kira-kira 500 artis kontrak serta kakitangan di anak syarikat luar negeri. Pengerusi syarikat masa kini ialah Sir
Run Run Shaw
.
[2]
TVB memiliki dua saluran percuma analog di Hong Kong, iaitu
TVB Jade
(tertumpu pada bahan ber
bahasa Kantonis
) dan
TVB Pearl
(tertumpu pada bahan ber
bahasa Inggeris
dan asing). TVB Jade menikmati bahagian pasaran penonton terbesar di Hong Kong. TVB turut melancarkan perkhidmatan
televisyen terestrial digitalnya
secara beransur-ansur, termasuk saluran
definisi tinggi
24 jam iaitu
HD Jade
dan 2 saluran definisi biasa (
J2
dan Interactive Information Channel)
[3]
[4]
TVB menerima guna
H.264/MPEG-4 AVC
sebagai kodek bagi semua saluran baru (Saluran siaran serentak turut dikodkan dalam format
MPEG-2
).
[5]
Selain itu, TVB menyediakan 12 saluran TV berbayar melalui syarikat sekutunya,
TVB Pay Vision
Limited.
TVB turut mencapai masyarakat
Cina seberang laut
melalui pengedaran bahan-bahan terbitannya ke tempat-tempat seperti
Tanah Besar China
,
Taiwan
,
Macau
,
Amerika Syarikat
,
United Kingdom
,
Kanada
,
Australia
,
New Zealand
,
Thailand
,
Malaysia
, dan
Singapura
, melalui pelbagai saluran percuma mahupun berbayar, misalnya
Astro Wah Lai Toi
di Malaysia.
[6]
Di Taiwan, TVB beroperasi melalui anak syarikatnya
TVBS
.
Siri-siri dramanya
disambut hangat di peringkat antarabangsa, dan kebanyakan bintang filem dan pop Hong Kong melancarkan kerjaya mereka di TVB. Acara-acara khas TVB seperti
Sambutan Ulang Tahun TVB
tahunan dipancarkan ke seluruh bumi. TVB juga mengadakan rancangan pencarian bakat seperti
peraduan ratu cantik
Miss Hong Kong
dan
Miss Chinese International
. Peserta yang berjaya berpeluang ditawarkan kontrak TVB dan mewakili Hong Kong untuk menyertai peraduan ratu cantik peringkat antarabangsa, termasuklah
Miss World
.
Pinyin translated with
CozyChinese.COM
Diarkibkan
2008-08-17 di
Wayback Machine