Jose Callejon
|
|
Nama penuh
|
Jose Maria Callejon Bueno
|
---|
Tarikh lahir
|
(
1987-02-11
)
11 Februari 1987
(umur
37)
|
---|
Tempat lahir
|
Motril
,
Sepanyol
|
---|
Ketinggian
|
1.78 m (5 ka 10 in)
|
---|
Posisi permainan
|
Penyerang
/
Sayap
|
---|
|
Kelab terkini
|
Napoli
|
---|
Nombor
|
7
|
---|
|
|
Costa Tropical
|
---|
2002?2006
|
Real Madrid
|
---|
|
Tahun
|
Pasukan
|
Kmcln
|
(
Gol
)
|
---|
2006?2007
|
Real Madrid C
|
|
|
---|
2007?2008
|
Real Madrid B
|
41
|
(21)
|
---|
2008?2011
|
Espanyol
|
97
|
(10)
|
---|
2011?2013
|
Real Madrid
|
55
|
(8)
|
---|
2013?
|
Napoli
|
158
|
(51)
|
---|
|
2008?2009
|
Sepanyol B21
|
4
|
(1)
|
---|
2014?
|
Sepanyol
|
4
|
(0)
|
---|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Oktober 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Oktober 2017
|
Jose Maria Callejon Bueno
(lahir 11 Februari 1987) merupakan pemain bola sepak profesional Sepanyol yang kini bermain untuk kelab Itali,
S.S.C. Napoli
di posisi penyerang dan sayap.
Beliau membuat penampilan pertama untuk
pasukan B
pada Mei 2007 dan bermain empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol.
Pada musim 2007-08, beliau telah bermain sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan 21 gol dan menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak di
Segunda Division B
.
Pada penghujung musim, Callejon meninggalkan Real Madrid dan menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab
RCD Espanyol
. Beliau membuat debut La Liga pada 20 September 2008 sebagai pemain gantian ketika menentang
Getafe CF
, seri 1-1.
Pada 15 Mac 2009, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab Catalan itu ketika seri 3-3 bertemu
RCD Mallorca
. Pada 15 Januari 2011, beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan mengalahkan
Sevilla FC
, 2-1. Beliau hanya terlepas satu perlawanan liga dan menjairngkan enam gol untuk Espanyol.
Pada 23 Mei 2011, Callejon kembali semula ke Real Madrid dengan menandatangani kontrak lima tahun dengan bayaran 5.5 juta
euro
. Pada 16 Julai, beliau bermain pada perlawanan pertamanya untuk Real pada perlawanan persahabatan menentang
Los Angeles Galaxy
serta menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-30.
Pada 2 Oktober 2011, Callejon menjaringkan gol pertamanya yang rasmi untuk Real ketika menentang bekas kelab beliau, Espanyol. Beliau menjaringkan gol melalui hantaran
Cristiano Ronaldo
. Beliau tidak meraikan gol itu tetapi sebaliknya mengangkat tangannya ke udara sebagai tanda hormat kepada bekas kelab beliau. Pasukan Real menang 4-0.
Callejon bermula dengan baik dalam kempen
Liga Juara-Juara
pada 22 November 2011 dengan menjaringkan dua gol ketika membelasah
GNK Dinamo Zagreb
6-2. Beliau menambah lagi dua jaringan ketika menentang wakil Belanda,
Ajax Amsterdam
3-0.
Beliau menjaringkan tiga gol pada saingan
Piala Raja Sepanyol
menentang
SD Ponferradina
dengan jumlah agregat 7-0. Pada 14 Januari 2012, beliau menjaringkan gol kemenangan ketika mengatasi Mallorca 2-1. Pada perlawanan berikutnya, beliau menjaringkan gol sekali lagi ke atas Athletic Bilbao, 4-1.
Pada 9 Julai 2013, kelab Itali,
S.S.C. Napoli
telah mencapai persetujuan mengenai perpindahan Callejon yang dilaporkan bayaran mencecah 10 juta
euro
.
Callejon menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya di Serie A pada 25 Ogos dengan menjaringka gol pembukaan pada perlawanan kemenangan 3-0 ke atas
Bologna F.C. 1909
dan beliau meneruskan menjaringkan tujuh gol pada 20 perlawanan seterusnya. Pada 22 Oktober, beliau menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah buat kelab barunya pada perlawanan peringkat kumpulan
Liga Juara-Juara
menentang
Olympique de Marseille
, 2-1.
Pada 3 Mei 2014, beliau membuat hantaran kepada
Dries Mertens
buat gol ketiga ketika menang 3-1 ke atas
ACF Fiorentina
pada perlawanan akhir
Coppa Italia
. Callejon menjairngkan gol pada perlawanan terakhir msi mketika membelasah
Hellas Verona F.C.
, 5-1 pada 18 Mei. Beliau menjaringkan gol ke-100 Napoli pada semua kejohanan pada musim ini dan gol ke-20 bagi Callejon.
Callejon menjaringkan gol pertamanya pada musim 2014-15 pada hari pembukaan kempen Serie dengan menang 2-1 ke atas
Genoa CFC
. Pada 19 Oktober, beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang
Internazionale
, seri 2-2.
Pada 7 November 2014, Callejon dipanggil oleh
pasukan kebangsaan Sepanyol
buat pertama kali pada perlawanan menentang
Belarus
dan
Jerman
. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaannya pada 15 November ketika menang 3-0 ke atas Belarus pada perlawanan
kelayakan Euro 2016
.
- Sehingga 12 April 2015
- 1
Termasuk kejohanan
Supercopa de Espana
.
- Real Madrid
- Napoli
Persondata
|
Nama
|
Callejon, Jose
|
Nama alternatif
|
Callejon, Jose Maria
|
Pemerihalan ringkas
|
Spanish footballer
|
Tarikh kelahiran
|
11 February 1987
|
Tempat kelahiran
|
Motril, Spain
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|