Balai Cerap Diraja, Greenwich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Balai Cerap Diraja, Greenwich dengan bebola masa terletak di atas Bilik Oktagon.

Balai Cerap Diraja, Greenwich ( Inggeris : Royal Observatory, Greenwich ; dahulu dikenali sebagai Royal Greenwich Observatory atau RGO) merupakan sebuah balai cerap yang terletak berhadapan dengan Sungai Thames di Greenwich, London . Bangunan ini memainkan peranan penting dalam sejarah ilmu falak dan pandu arah serta lebih dikenali sebagai lokasi meridian perdana .

Balai cerap ini dirasmikan oleh Raja Charles II pada tahun 1675 dimana batu asasnya diletakkan pada 10 Ogos. [1] Pada masa itu juga, baginda telah mewujudkan jawatan Ahli Falak Diraja ( Astronomer Royal atau kependekannya AR) yang bertindak sebagai pengarah bagi Balai Cerap Diraja. Baginda melantik John Flamsteed sebagai AR yang pertama. Bangunan itu telah siap dibina pada musim panas 1676. [2]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "The History Channel: This day in history" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30 . Dicapai pada 2013-02-05 .
  2. ^ Robert Chambers, Book of Days

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

Koordinat : 51°28′40.12″N 0°00′00″E  /  51.4778111°N 0.00000°E  / 51.4778111; 0.00000