Zon waktu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zon Waktu )

Zon waktu ( bahasa Inggeris : Time zone ) merupakan kawasan di bumi yang telah menggunakan waktu masa yang sama, yang dikatakan waktu tempatan . Zon waktu biasanya terletak di sekitar garis meridian sesuatu longitud . Jadi zon waktu bersebelahan berbeza satu jam , atau 15°. Walau bagaimanapun, perbezaan satu jam tersebut bukanlah wajib, and seperti yang dapat dilihat dari peta di bawah, bentuk zon waktu adalah agak tidak tetap kerana ia biasanya mengikut bentuk negara-negara yang dilaluinya.

Semua zon waktu ditakrifkan mengikut UTC (dulu GMT ) di longitud 0° di Greenwich , London . Waktu Malaysia (seluruh wilayah dalam Malaysia) ialah UTC + 8. Negara lain dalam zon waktu ini ialah barat Australia (Waktu Australia Barat), seluruh Brunei , seluruh Filipina , Indonesia ( WITA ), Mongolia , seluruh Republik Rakyat China , Rusia (Waktu Krasnoyark) dan seluruh Singapura .

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]