Sir Anthony Charles Lynton "Tony" Blair
(lahir
6 Mei
1953
) menjadi Pemimpin
Parti Buruh
pada tahun
1994
selepas kematian
John Smith
, dan kemudian membawa Parti Buruh berkuasa serta menjadi
Perdana Menteri United Kingdom
pada tahun
1997
, selepas 18 tahun berturut-turut di bawah pemerintahan
Parti Konservatif
.
Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri, Blair menyatakan keutamaannya adalah "pendidikan, pendidikan, pendidikan". Dalam penggal kedua, beliau menambah senarai ini untuk merangkumi
perkhidmatan awam
lain, terutamanya
Perkhidmatan Kesihatan Awam
. Bagaimanapun, sebagaimana dengan kebanyakan pemimpin
Barat
sejak
Serangan 911
pada
11 September
2001
, agendanya dipenuhi dengan hubungan asing, terutamanya "
Peperangan melawan keganasan
" dan
Perang Iraq
pada tahun
2003
. Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom dan Pengerusi Parti Buruh pada
27 Jun
2007
selepas 10 tahun berkuasa. Sesudah menghentikan penggalnya sebagai Perdana Menteri Britain, Blair dilantik sebagai perunding kanan
Kuartet Timur Tengah
.
Beliau dilahirkan di
Edinburgh
,
Scotland
, sebagai anak kedua antara tiga orang anak kepada
Leo
dan Hazel Blair (nee Corscadden), di mana beliau menghabiskan 19 bulan pertama hayatnya di bandar tersebut. Pada tempoh ini, ayahnya bertugas sebagai pemeriksa cukai, sementara belajar untuk ijazah
undang-undang
di
Universiti Edinburgh
.
[2]
Keluarganya kemudian berpindah ke
Adelaide
,
Australia
selama tiga tahun setengah pada dekad
1950-an
, apabila ayahnya menjadi pensyarah undang-undang di
Universiti Adelaide
.
[3]
Keluarga Tony Blair kembali ke Britain pada akhir
1950-an
, dan mula-mulanya tinggal dengan ibu bapa Hazel Blair di
Stepps
, dekat
Glasgow
. Apabila ayahnya menjadi pensyarah di
Universiti Durham
, mereka berpindah ke
Durham
. Selepas menyertai
Sekolah Chorister
di sini, Blair menyertai
Kolej Fettes
, sebuah sekolah berasrama dan di sini, beliau bertemu dengan
Charlie Falconer
yang kemudian menjadi
Lord Canselornya
. Blair dikatakan mencontohi
Mick Jagger
, dan dikatakan dihormati oleh rakan-rakan sekolahnya. Bagaimanapun, guru-gurunya tidak begitu tertarik kepada kelakuannya: periwayat hidupnya John Rentoul melaporkan bahawa "Kesemua guru yang saya bercakap... mengatakan bahawa dia benar-benar menjengkelkan mereka, dan mereka amat lega apabila dia beredar."
Selepas menamatkan pengajian di Kolej Fettes, Blair menghabiskan setahun di London untuk menuba diri sebagai penganjur
muzik rock
sebelum menyertai
Universiti Oxford
untuk belajar undang-undang di
Kolej St John
. Sebagai pelajar, beliau bermain
gitar
dan bernyanyi untuk sebuah
kugiran rock
yang dipanggil
Ugly Rumours
.
Selepas memperoleh
ijazah kelas kedua
daripada Oxford, Blair mendaftarkan diri sebagai barrister pelajar dan bertemu dengan bakal isterinya,
Cherie Booth
, di
kamar bicara
yang diasaskan oleh
Derry Irvine
(kemudian Lord Canselor pertama untuk Blair). Pada
29 Mac
1980
, Blair berkahwin dengan Booth, bakal
Peguam Diraja
, dan dikurniakan dengan empat orang anak, iaitu:
Euan
,
Nicky
,
Kathryn
dan
Leo
.
Leo yang dilahirkan pada
20 Mei
2000
merupakan anak sah yang pertama kepada seorang Perdana Menteri yang sedang berkhidmat dalam tempoh melebihi 150 tahun, iaitu sejak Francis Russell dilahirkan kepada
Lord John Russell
pada
11 Julai
1849
.
Blair menyertai
Parti Buruh
tidak lama selepas memperoleh ijazah Oxfordnya pada tahun 1975. Beliau gagal dipilih sebagai calon untuk
Majlis Boro Hackney
dan melalui bapa iparnya, pelakon
Tony Booth
, beliau menghubungi
Tom Pendry
, ahli parlimen Buruh, untuk membantu mengejar kerjaya Parlimennya. Pendry menasihatkannya bertanding di
Beaconsfield
, kawasan kubu
Konservatif
. Blair hanya memperoleh 10% daripada jumlah undi dan hilang wang cagarannya. Bagaimanapun, beliau dapat menarik perhatian ketua Parti Buruh,
Michael Foot
, dan menonjolkan diri di dalam parti.
Pada tahun
1983
, Blair mendapati bahawa kawasan pilihan raya yang baru dicipta,
Sedgefield
, berdekatan dengan mana beliau dibesarkan di
Durham
, tidak mempunyai calon Buruh. Beberapa ahli Parlimen yang terjejas oleh perubahan sempadan minat akan kawasan ini. Blair dapat mencari sebuah cawangan yang belum membuat pencalonan dan melawat mereka. Dengan sokongan John Burton yang amat penting, beliau memenangi sokongan cawangan ini. Pada saat terakhir, Blair disenaraikan dan menewaskan
Les Huckfield
, ahli Parlimen yang kini yang terjejas. Burton kemudian menjadi ejen Blair serta salah satu sekutu yang lama dan yang paling boleh percaya.
Sedgefield merupakan kerusi selamat Buruh dan Blair dipilih sebagai ahli Parlimen, walaupan partinya mengalami kekalahan yang amat teruk dalam pilihan raya umum. Blair dibantu dalam kempen ini oleh pelakon litar lara,
Pat Phoenix
, teman wanita bapa iparnya.
Dalam ucapan sulungnya kepada Dewan Rakyat pada
6 Julai
1983
, Blair berkata: "Saya seorang sosialis bukan melalui membaca buku teks yang menarik minat intelek saya, atau melalui tradisi tanpa berfikir panjang, tetapi kerana saya mempercayai bahawa
sosialisme
, pada peringkat terbaiknya, adalah secucuk dengan kewujudan yang rasional serta bermoral. Sosialisme mewakili kerjasama, bukan konfrontasi; persahabatan, bukan ketakutan. Sosialisme mewakili kesamaan."
[4]
[5]
. Dalam perlembagaannya, Parti Buruh mengisytiharkan diri sebagai parti
sosialis demokratik
,
[6]
, bukannya parti
demokrasi sosial
? Blair sendiri menyelia pengisytiharan Buruh sebagai sebuah parti sosialis apabila beliau mengolahkan perubahan
Fasal IV
dalam perlembagaan partinya.
Apabilia Neil Kinnock meleteakkan jawatan sebagai ketua parti selepas Parti Buruh kalah dalam pilihan raya umum empat kali berturut-turut, Blair menjadi
Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri Bayangan
di bawah
John Smith
. John Smith meninggal dunia dengan tiba-tiba pada tahun
1994
, akibat
serangan jantung
. Blair menewaskan
John Prescott
dan
Margaret Beckett
dalam
pemilihan pimpinan yang menyusul
.
Blair mengumumkan pada akhir ucapannya dalam persidangan Parti Buruh 1994 bahawa beliau bertujuan untuk menggantikan
Fasal IV
dalam perlembagaan parti dengan suatu kenyataan tujuan dan nilai yang baru. Ini membabitkan pemotongan kenyataan komitmen parti terhadap 'pemilikan sama untuk pengeluaran dan pertukaran', yang telah ditafsir secara meluas sebagai
pemiliknegaraan
secara banyak-banyak. Satu persidangan khas meluluskan pertukaran ini yang tidak penting tetapi amat simbolik pada April 1995.
Blair juga mengubah dasar parti dengan cara yang meningkatkan imej Parti Buruh sebagai parti yang cekap dan moden ? beliau menggunakan istilah "Buruh Baru" untuk membezakan parti dengan masa lampau. Walaupun perubahan ini menimbulkan banyak kritikan (kedangkalannya mengakibatkan bidasan dariapda kedua-dua pesaing-pesaing politik serta tradisionalis-tradisionalis dalam ahli-ahli berpangkat rendah dalam partinya), perubahan ini berjaya menukarkan tanggapan orang rami terhadap partinya. Dalam persidangan Parti Buruh pada tahun 1996, Blair menyatakan bahawa tiga keutamaannya apabila beliau menjadi Perdana Menteri ialah "pendidikan, pendidikan, dan pendidikan".
Dibantu olek ketakpopularan kerajaan Konservatif
John Major
yang telah dianggap sebagai tidak cekap dari segi
ekonomi
dan
korup
, serta amat berbelah bagi tentang persoalan
Kesatuan Eropah
, "Buruh Baru" mencapai satu kemenangan besar dalam
pilihan raya umum
pada tahun
1997
, dan Blair menjadi Perdana Menteri.