Theresa Mary May, Lady May
(
Brasier
; lahir 1 Oktober 1956) merupakan
Perdana Menteri United Kingdom
dan Ketua
Parti Konservatif
dari tahun 2016 hingga tahun 2019. Beliau merupakan
Ahli Parlimen
(MP) untuk Maidenhead sejak 1997. May menganut fahaman One-Nation Conservative dan disifatkan sebagai konservatif liberal.
May merupakan seorang anak kepada vikar yang pernah membesar di Oxfordshire. Dari 1977 hingga 1983, beliau bertugas untuk
Bank of England
, dan dari 1985 hingga 1997 di Association for Payment Clearing Services, dan juga berkhidmat sebagai ahli majlis Durnsford Ward, Daerah Merton, London. Setelah berkali-kali gagal dipilih untuk ke House of Commons pada 1992 dan 1994, beliau terpilih sebagai wakil rakyat untuk Maidenhead pada pilihan raya umum 1997. May pernah memegang beberapa jawatan dalam kabinet-kabinet bayangan William Hague, Iain Duncan Smith, Michael Howard, dan
David Cameron
, termasuk Ketua Dewan Rakyat Bayangan dan Setiausaha Kerja dan Pencen Bayangan. Beliau juga Pengerusi Parti Konservatif dari 2002 hingga 2003.
Setelah terbentuknya kerajaan campuran ekoran
pilihan raya 2010
, May dilantik sebagai Setiausaha Dalam Negeri, dan Menteri Wanita dan Kesaksamaan yang disandangnya hingga 2012. Dilantik semula selepas kemenangan Konservatif pada
pilihan raya 2015
, beliau menjadi Setiausaha Dalam Negeri paling lama berkhidmat semenjak James Chuter Ede dari lebih 60 tahun dahulu, mengusahakan pembaharuan polis, memperketat dasar kawalan dadah dan mengenakan sekatan terhadap kemasukan penghijrah.
[3]
Ekoran peletakan jawatan
David Cameron
pada 24 Jun 2016, May mengumumkan pencalonannya untuk kepimpinan Parti Konervatif lalu tampil sebagai pendahulu. Beliau menang besar undian pertama AP Konservatif pada 5 Julai, dan dua hari kemudian memenangi undian 199 AP, lalu berentap dengan Andrea Leadsom untuk merebut sokongan ahli-ahli Parti Konservatif. Leadsom menarik diri daripada pemilihan pada 11 Julai, maka May dilantik sebagai ketua pada hari yang sama. Dua hari kemudian, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
Pada
pilihan raya umum 2017
, Parti Konservatif pimpinannya kehilangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Parti Konservatif mencatatkan kehilangan 13 kerusi kebanyakan kerusi dari para menteri. Banyak pihak terutamanya dari Parti Buruh mendesak agar Theresa May meletakkan jawatan tetapi beliau berjaya membuat pakatan baharu untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama
Parti Kesatuan Demokratik (DUP)
. Dengan penggabungan ini, beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri United Kingdom. Kekalahan Parti Konservatif ini dilihat apabila Theresa May mempercepatkan pembubaran
parlimen
bagi membolehkan kerajaan pimpinannya menyertai semula ke dalam
Kesatuan Eropah
berikutan peristiwa
Brexit
ketika pimpinan dari rakan sejawatnya,
David Cameron
.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas
}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|