Teluk Parsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teluk Parsi
???? ????
Teluk Parsi dari angkasa
Lokasi Asia Barat
Jenis Teluk
Nama asli ( Parsi : ???? ???? )
Aliran masuk utama Laut Oman
Negara  lembangan Iran , Iraq , Kuwait , Arab Saudi , Qatar , Bahrain , Emiriah Arab Bersatu dan Oman (eksklaf Musandam )
Peta Teluk Parsi. Teluk Oman bersambung dengan Laut Arab . Maklumat lanjut bolah ditemukan di peta Timur Tengah .

Teluk Parsi ( Jawi : ???? ???? ) yang terletak di Timur Tengah adalah sebuah perairan yang berlanjutan daripada Lautan Hindi dan ia terletak di antara Iran dan Semenanjung Arab . [1]

Teluk ini juga menjadi tumpuan kepada Perang Iran-Iraq yang berlansung dari 1980 hingga 1988 di mana kedua-dua belah pihak menyerang kapal minyak pihak lawan. Pada tahun 1991 , Teluk Parsi sekali lagi menjadi pentas kepada peperangan, dinamakan Perang Teluk . Di dalam peperangan ini, Iraq mencerobohi Kuwait tetapi akhirnya mengundurkan diri.???? ????

Alam sekitar teluk ini kaya dengan sumber laut, terumbu karang dan mutiara , tetapi peningkatan perindustrian dan juga pertumpahan minyak dan juga peperangan menyebabkan kerosakan yang teruk pada flora dan faunanya.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Kertas Kerja No. 61, UNITED NATIONS GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES , tarikh 28 Mac, 4 April, 2006 ( [1] Diarkibkan 2010-01-08 di Wayback Machine ); dicapai pada 31 Julai 2007