Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PORTAL UNDANG-UNDANG
Undang-undang
adalah satu percubaan untuk
menimbangtara
antara kehendak orang ramai dalam perhubungan antara mereka. Pengajian undang-undang mencari jawapan kepada beberapa persoalan penting mengenai
kesamarataan
,
keadilan
dan
kesaksamaan
dalam masyarakat.
Undang-undang berkait hampir kesemua arena kehidupan. Terdapatnya undang-undang tentang
pekerjaan
, undang-undang mengenai
sukan
, undang-undang yang boleh
mengehadkan
bagaimana perniagaan diuruskan dan undang-undang yang membolehkan penubuhan
syarikat
malah juga
persatuan
. Undang-undang boleh menubuhkan
sekolah
, mengenakan
hukuman
terhadap
pelaku jenayah
, bertindak sebagai
jambatan antara budaya-budaya berasingan
dan ada juga undang-undang mengenai
pilihanraya
dalam sesuatu
negara
. Terdapat juga undang-undang berkenaan bagaimana hendak
menggubal undang-undang
.
Dalam kebanyakan negara dunia, pengamal undang-undang
profesional
dilatih untuk memberi orang ramai khidmat dalam pengetahuan dan
perlaksanaan
hak mereka dalam undang-undang. Hak dan tangunggungjawab dalam undang-undang boleh dan sering menjadi
kompleks
. Akan tetapi, terdapatnya
sejarah
yang kaya mengenai undang-undang dengan pelbagai pemikiran
falsafah
yang berdepankan undang-undang. Pertempuran politik yang hebat sering berlaku untuk membuat undang-undang dan isu-isu
ekonomi
juga dibangkitkannya. Ini menjadikan bidang undang-undang satu bidang yang penuh dengan kenikmatan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Baca lagi...
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
(Lazimnya dikenali sebagai
ISA
, iaitu akronim nama
bahasa Inggerisnya
,
Internal Security Act
) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di
Malaysia
. Sesiapa pun boleh ditahan oleh
polis
selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun
1989
, kebolehan
mahkamah
untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Lebih...
Perkara yang anda boleh lakukan
- memperbaiki
stub
berkenaan rencana undang-undang
- mencipta lebih banyak rencana mengenai kes
- mencipta rencana mengenai konsep perundangan dan falsafah undang-undang
- mencipta
bahagian baru
di Wikipedia yang dikhaskan untuk debat
undang-undang
|