PlayStation 2 (PS2)
(
プレイステ?ション2
,
Pureisut?shon Ts?
)
merupakan konsol permainan video
Sony
. Ia dikeluarkan pada Februari 4, 2000, di Jepun, dan kemudiannya pada Januari 26 2000 di Amerika Utara, dan Januari 24, 2000 di Eropah. Sebagai konsol permainan video generasi ke-enam, pesaing utamanya adalah Sega Dreamcast , Microsoft Xbox dan Nintendo GameCube. Pembangunannya diumumkan dalam bulan Mac 1999, dan pertama kali dikeluarkan di
Jepun
pada
14 Januari
2000
, di
Amerika Utara
pula pada
6 Januari
,
2000
dan di Eropah pada
24 November
2000
.
Konsol PlayStation 2 adalah konsol yang paling berjaya dalam sejarah permainan video, dan telah mencapai lebih daripada 150 juta unit dijual sehingga 31 Januari 2011
[2]
[3]
. Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas 11 tahun sistem itu dikeluarkan di
Jepun
pada 4 Mac, 2000. Sony berkata ia mempunyai 10.828 tajuk untuk sistem dan 15.2 bilion tajuk PS2 telah dijual sejak pelancarannya
[1]
. Konsol ini telah digantikan oleh
PlayStation 3
pada tahun 2006.
Pada 4 Januari 2013, Sony mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan pengeluaran konsol PlayStation 2, 13 tahun semenjak tarikh pengeluarannya pada tahun 2000 dan merupakan konsol permainan video yang paling lama bertahan
[4]
. Walaupun begitu, kebanyakkan pembangun permainan video mengeluarkan beberapa permainan video untuk konsol PlayStation 2 seperti
Pro Evolution Soccer 2014
(8 November 2013),
Final Fantasy XI: Seekers of Adoulin
(27 Mac 2013) dan
FIFA 14
(3 Oktober 2013).
Dan juga pernah lelaki yang bernama Dan Holmes yang menukar namanya ke Playstation 2.
Sony telah mengumumkan PlayStation 2 pada 1 Mac 1999
[5]
. Pada ketika itu, konsol
Dreamcast
telah dilancarkan dan merupakan konsol pertama bagi generasi keenam. Walaupun Sony telah mengumumkan mengenai PlayStation 2, Sega Dreamcast berjaya menjual lebih dari 500 000 unit dalam masa dua minggu di kawasan Amerika Utara
[6]
.
Selepas pelancaran konsol Dreamcast di kawasan
Amerika Utara
, Sony memperkenalkan PlayStation 2 kepada umum semasa acara
Tokyo Game Show
pada bulan September 1999. Dalam acara itu, Sony telah menunjukkan demonstrasi permainan video yang dimainkan untuk konsol PS2 termasuklah
Gran Turismo 2000
(yang kemudian dikeluarkan dengan nama
Gran Turismo 3: A-Spec
) dan
Tekken Tag Tournament
, di mana keupayaan grafik dan kuasa konsol ini ditunjukkan.
Konsol PlayStation 2 telah dilancarkan pada bulan Mac 2000 di
Jepun
, Oktober 2000 di kawasan Amerika Utara dan November 2000 di kawasan
Eropah
[5]
. Hasil jualan pada hari pertama pelancaran konsol ini ialah $250 million, mengalahkan hasil jualan konsol
Dreamcast
yang mencatatkan keuntungan sebanyak $97 million
[7]
. Konsol ini menerima sambutan ramai oleh kerana ianya dikeluarkan dalam produk PlayStation dan juga keupayaan konsol PS2 memainkan permainan video dari konsol
PlayStation
, menyebabkan kebanyakkan pengguna beralih arah dari konsol PlayStation ke konsol ini
[2]
.
Hasil jualan yang memberangsangkan untuk konsol PlayStation 2 menyebabkan syarikat
Sega
berdepan dengan masalah kewangan dan konsol Dreamcast tidak mampu menyaingi konsol PS2 dari segi hasil jualan
[7]
. Ini menyebabkan Sega mengambil keputusan untuk memberhentikan pengeluaran konsol Dreamcast pada bulan Mac 2001, bertahan hanya 18 bulan dari tarikh pengeluaran
[7]
. Keadaan ini menyebabkan konsol PlayStation 2 merupakan satu-satunya konsol dari generasi keenam selama lebih 6 bulan, sebelum berdepan dengan konsol-konsol lain seperti
Nintendo GameCube
dan
Microsoft Xbox
.
PlayStation 2 dijana dengan cip mikpemproses
RISC
yang diubahsuai yang dikenali dengan nama
Emotion Engine
(EE), berkelajuan 299 MHz
[8]
[9]
. Untuk memproses
grafik 3D
, cip mikpemproses ini berganding dengan beberapa komponen lain seperti 2
unit vektor
dikenali dengan nama VU0 dan VU1, cip mikropemproses untuk
grafik
yang dikenali dengan nama
Graphics Synthesizer
dan juga Unit Titik Apungan (
Floating Point Unit
) atau FPU
[8]
.
Grafik bagi konsol ini diproses menggunakan cip mikpemproses
Graphics Synthesizer
(GS) yang berkemampuan menjana resolusi skrin bersaiz paling minimum 256 x 224 sehingga 1280 x 1024. Cip ini memiliki memori sebanyak 4MB jenis DRAM.
Sistem teras
|
Cip mikropemproses
|
Emotion Engine 294.912 MHz (utama)
Graphics Synthesizer
(grafik)
|
RAM
|
32 GB RDRAM
|
RAM video
|
4 MB DRAM
|
Grafik dan suara
|
Palet warna
|
16.7 M warna
|
Resolusi skrin
|
256 x 224 sehingga 1280 x 1024
|
Saluran audio
|
Dolby Digital 5.1, Dolby Pro Logic II
|
Alat pengawal utama untuk konsol PlayStation 2 dikenali dengan nama
DualShock 2
. DualShock 2 mempunyai reka bentuk yang lebih kurang sama dengan alat pengawal
DualShock
untuk konsol
PlayStation
, namun begitu ianya mempunyai beberapa perubahan kecil seperti posisi skru yang berbeza serta logo DualShock 2 berwarna biru dicetak di bahagian atas alat pengawal. Manakala, kabel untuk alat pengawal ini berwarna hitam berbanding dengan kabel alat pengawal DualShock yang berwarna kelabu. Alat pengawal DualShock 2 didatangkan dengan warna hitam semasa pelancaran
[10]
.
Kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation diedarkan dalam bentuk
CD-ROM
atau
DVD-ROM
. Selain itu, konsol ini juga bertindak sebagai pemain cakera keras standard yang berupaya memainkan CD audio dan filem DVD. PlayStation 2 juga membolehkan permainan video dari PlayStation dimainkan dalam konsol ini.
Permainan video seperti
Grand Theft Auto
,
Final Fantasy
, dan siri
Metal Gear Solid
dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 2. Permainan video
Grand Theft Auto: San Andreas
merupakan permainan video yang paling popular untuk konsol ini.
PlayStation 2 menggunakan
kad memori
untuk menyimpan data berkaitan dengan permainan video yang dimainkan. Kad memori standard mempunyai saiz berkapasiti 8 MB dan menggunakan sekuriti Sony MagicGate. Kad memori ini boleh dicabut dan dipasang kepada konsol PlayStation 2 yang berbeza. Ianya dikeluarkan dalam variasi warna biru dan satin perak.
[11]
.
|
---|
1970-an
| |
---|
1980-an
| |
---|
1990-an
| |
---|
2000-an
| |
---|
2010-an
| |
---|
2020-an
| |
---|