Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau 2009
, merupakan pilihan raya kecil yang akan diadakan pada
7 April
2009
di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Bukit Selambau
,
Kedah
. Kerusi Bukit Selambau kosong ekoran perletakkan jawatan ADUN Bukit Selambau daripada
PKR
, V. Arumugam. Pengerusi SPR, Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof
mengumumkan
29 Mac
2009
merupakan hari penamaan calon manakala tarikh pilihan raya adalah 7 April 2009.
[1]
Pilihanraya ini akan diadakan serentak dengan
Pilihan raya kecil Bukit Gantang
dan
Pilihan raya kecil Batang Ai
.
Pilihan raya ini mencatat sejarah kerana terdapat 15 calon yang bertanding, iaitu seorang wakil
Barisan Nasional
(
MIC
) iaitu
Datuk S. Ganesan
, dan seorang wakil
Pakatan Rakyat
(
PKR
) iaitu
S. Manikumar
, diiringi 13 orang calon bebas.
Pada
9 Februari
2009
,
Menteri Besar Kedah
, Datuk Seri
Azizan Abdul Razak
, mengisytiharkan Anggota
Dewan Undangan Negeri Kedah
(ADUN) kawasan Bukit Selambau,
V. Arumugam
melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN kawasan tersebut. Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri dan sepucuk lagi kepada Azizan untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.
[2]
Punca utama perletakkan jawatannya adalah mungkin disebabkan sekumpulan lelaki yang mendakwa mewakili 500 penduduk Taman Ria di
Sungai Petani
menghantar petisyen mengenai salah laku beliau kepada
Sultan Kedah
,
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
di Istana Anak Bukit. Mereka mendakwa Arumugam mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
[3]
N25 DUN Bukit Selambau terletak di dalam Parlimen
Merbok
,
Kedah
.
Jadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di DUN Bukit Selambau semenjak 1986:-
|
Tahun
|
ADUN
|
Parti
|
Lawan
|
Parti Lawan
|
Majoriti
|
1986
|
Badri Yunus
|
BN
-
UMNO
|
Ustaz Ahmad Awang
|
PAS
|
5,194
|
1990
|
Badri Yunus
|
BN
-
UMNO
|
Dato' Zainol Abidin Johari
|
Semangat 46
|
4,359
|
1995
|
V. Saravanan
|
BN
-
MIC
|
Ustaz harun Mat Isa
|
PAS
|
7,365
|
|
|
|
Karuppaiah a/l Ramasamy
|
DAP
|
|
1999
|
V. Saravanan
|
BN
-
MIC
|
Hamdan Mohamed Khalib
|
PAS
|
5,894
|
|
|
|
Kalaichelvan a/l Baby Alagar
|
BEBAS
|
|
2004
|
V. Saravanan
|
BN
-
MIC
|
Mustafa Khalid hanafi
|
PKR
|
7,695
|
|
|
|
G. Ghanagaru a/l Ganesan
|
DAP
|
|
2008
|
V. Arumugam
|
BEBAS
1
|
S. Krishnan
|
BN
-
MIC
|
2,362
|
1
Menyertai PKR selepas memenangi pilihan raya.
|
Nama calon
|
Parti
|
Nama Calon
|
Parti
|
Datuk S. Ganesan
|
Barisan Nasional
-
MIC
|
S. Manikumar
|
Parti Keadilan Rakyat
(PKR)
|
Mejar (B) Anuar Abd. Hamid
|
BEBAS
|
Husaini Yaakob
|
BEBAS
|
Abdul Rahim Abu
|
BEBAS
|
Mohd. Fazil Abd. Wahab
|
BEBAS
|
Radzi Md. Lazim
|
BEBAS
|
Khamis Awang
|
BEBAS
|
T. Chandrarajan
|
BEBAS
|
M. Venason
|
BEBAS
|
S. Moganakumar
|
BEBAS
|
R. Loganathan
|
BEBAS
|
L. Sarala
|
BEBAS
|
A. Jayagopal
|
BEBAS
|
Tan Hock Huat
|
BEBAS
|
|
|
|
Pada
11 Februari
2009
, UMNO Bahagian
Merbok
mencadangkan agar calon daripada UMNO dipilih. Ini kerana,
MIC
yang sudah bertanding selama 4 penggal didapati hilang pengaruh di kawasan itu. Ketua UMNO Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain mengatakan orang
Melayu
merupakan majoriti pengundi di kawasan itu dengan menyaksikan lebih 50% adalah pengundi Melayu.
[4]
Pada 15 Februari 2008 sumber-sumber
MIC
menyatakan bahawa kemungkinan
V. Saravanan
bekas ADUN Bukit Selambau dan juga ahli exco kerajaan negeri Kedah selama 13 tahun dari 1995 hingga 2008 mungkin dipertimbangkan dan beliau juga sanggup untuk menebus balik kerusi berkenaan.
[5]
Pada
24 Februari
2009
, Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah
Tan Keng Liang
berkata calon daripada MIC harus dipilih untuk bertanding sebagai menghormati persefahaman pembahagian kerusi pilihan raya sesama kompenan parti Barisan Nasional.
[6]
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak
mengumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S. Ganesan dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada
14 Mac
2009
. Ganesan, merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas,
[7]
PKR
,
DAP
dan
PAS
pada awalnya mahu calon mereka diletakkan di situ. PKR mengatakan ia merupakan kerusi mereka pada
Pilihan raya umum Malaysia 2008
manakala DAP megatakan ia merupakan kerusinya pada
2004
dan sebelumnya.
[8]
Namun, pada
15 Februari
2009
, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata calon akan ditentukan oleh PKR kerana mengatakan ia kuota PKR.
[9]
Pada
20 Mac
2009
, Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim
mengumumkan
S. Manikumar
sebagai calon
PKR
. Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan syarikat antarabangsa, lulusan
Universiti Utara Malaysia
(UUM) fasih pelbagai bahasa. Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.
[10]
DUN Bukit Selambau telah menarik minat orang ramai terutama kaum India untuk menjadi calon Bebas. Ini kerana mereka menganggap calon yang menang dari kaum India mungkin akan menjadi Exco kerajaan negeri. Antara yang menyatakan hasrat untuk bertanding adalah:
- L. Sarala - merupakan bekas ketua wanita
PPP
dan menjadi corang pertama yang menawarkan diri sebagai calon pada
14 Februari
2009
.
[11]
- M. Kanapathy - menyatakan hasrat pada
11 Februari
2009
, tetapi menarik diri pada
15 Februari
2009
.
[12]
- R. Loganathan - seorang ahli perniagaan
[12]
- M. Venason - seorang ahli perniagaan dari Taman Batik,
Sungai Petani
menawarkan diri pada
7 Mac
2009
[13]
- T. Chandrarajan - seorang ahli perniagaan
[14]
- RPS Kalaimani - seorang pelakon drama
Tamil
, menawarkan diri pada mulanya tetapi telah menarik diri
[14]
- S.Moganakumar - bekas pembantu khas V. Arumugam
[14]
- Datuk Thasleem Mohd Ibrahim - seorang ahli perniagaan dari
Perak
yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menawarkan diri pada
21 Februari
2009
.
[15]
- Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - pesara tentera yang terlibat dalam pelbagai kegiatan masyarakat selain bekas ahli
UMNO
.
- Zaharan Dato' Paduka Abdullah - seorang ahli perniagaan, berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari
UUM
.
- Husaini Yaacob - Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Kuari
Kedah
/
Perlis
[14]
- Mohd Fazil Abdul Wahab
- Mohamad Radzuan Mat Isa - bekas Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat Zon Mawar, bekas anggota jawatankuasa PKR Bahagian Merbok dan pembantu khas kepada anggota Parlimen Merbok
[14]
Namun, beliau menarik diri seterusnya menyatakan sokongan padu kepada calon PKR.
[16]
- Tan Hock Huat - bekas Ketua Pemuda Parti
Gerakan
Bahagian Sungai Petani yang menawarkan diri pada
9 Mac
2009
.
[17]
Pakatan Rakyat mendakwa jurang tempoh menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau diputuskan
Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) dipengaruhi
Barisan Nasional
(BN) dan
UMNO
. Tarikh
7 April
dipilih untuk mengadakan pilihan raya adalah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri
Najib Tun Razak
mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi
yang dijadualkan selepas Perhimpunan Agung UMNO pada
26 Mac
2009
. PR mendakwa jika pilihan raya kecil diadakan sebelum perhimpunan agung dan kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah bagi kedua-dua kawasan itu, imej Najib sebagai bakal Perdana Menteri akan terjejas.
[18]
Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan Kementerian Dalam Negeri menggantung dua akhbar Pakatan Rakyat selama tiga bulan. PR menganggap tindakan menggangtung akhbar rasmi
PAS
,
Harakah
dan akhbar rasmi
PKR
,
Suara Keadilan
secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil.
[19]
Kementerian Dlam Negeri berkata Harakah milik PAS dan Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) didapati kerap kali mengeluarkan artikel yang mempersoalkan kedudukan raja-raja selain cenderung mengsensasikan berita-berita yang berunsur fitnah dan mengelirukan yang mewujudkan salah faham di kalangan masyarakat.
[20]
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ yang setiap kali dijalankan UMNO dan Barisan Nasional dalam masa kempen pilihan raya tidak diamalkan di tiga pilihan raya kecil 2009 kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.
[21]
Calon mula menghadiri proses penamaan calon seawal jam 7.20 pagi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1,
Sungai Petani
,
Kedah
. Sebanyak 15 borang penamaan calon telah diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR. Calon-calon tersebut ialah Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional), S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat), Husaini Yaakob (Bebas), T. Chandrarajan (Bebas), Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas), M. Venason (Bebas), Abdul Rahim Abu (Bebas), S. Moganakumar (Bebas), Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas), Radzi Md. Lazim (Bebas), R. Loganathan (Bebas), L. Sarala (Bebas), A. Jayagopal (Bebas), Tan Hock Huat (Bebas), Khamis Awang (Bebas)
[22]
Akibat akhbar mereka digantung, PAS dan PKR masing-masing menerbitkan akhbar pengganti yang diberi nama Hujah dan Suara Keamanan.
[23]
Walau bagaimanapun, selelah Perdana Menteri baru menjawat jawatannya pada
3 April
2009
, larangan kedua-dua akhbar itu ditarik balik. Selain itu beliau juga membebaskan 13 tahanan ISA di Perak.
[24]
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatakan isu pembunuhan
Altantuya Shaariibuu
dan keputusan
Sultan Perak
dilarang untuk dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dalam kempen tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6. Syarat 3.5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata 'tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan'. Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, 'kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan'.
[25]
Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim
mengisytiharkan seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.
[26]
Hanya 3 calon daripada 15 calon bertanding merupakan pengundi berdaftar di DUN Bukit Selambau iaitu Datuk S.Ganesan (BN), S. Manikumar (PKR), dan T. Chandrarajan (Bebas). Calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan isterinya Datin R. Vatsala membuang undi di SRJK (T) Ladang Perbadanan pada pukul 8.20 pagi. Ini diikuti oleh calon PKR, S. Manikumar membuang undi di SMK Aman Jaya manakala T. Chandrarajan bersama-sama isterinya, M.Sugunadewi membuang undi di SM Teknik Sg Petani pada pukul 9.35 pagi.
[27]