Muslim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Muslim di Cina

Muslim ( Arab : ????) ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepada Allah . Sebaik sahaja seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah , dia akan secara langsung menjadi seorang Muslim.

Muslim mempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaitu Allah , serta juga bahawa agama Islam telah wujud sebelum Nabi Muhammad , dengan agama tersebut berkembang dengan berlalunya masa. Al-Quran memerihalkan banyak nabi -nabi dan Rasul-Rasul sebagai Muslim, termasuk Nabi Adam a.s. , Nabi Nuh a.s. , Nabi Musa a.s. , serta juga Nabi Isa a.s. dan hawari- hawarinya . Al-Quran menyatakan bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah Muslim kerana mereka berserah kepada Allah, berkhutbah tentang ajaran-Nya dan mendukung nilai-nilai-Nya. Misalnya, dalam Surah 3:52 Al-Quran, pengikut Nabi Isa memberitahu Nabi Isa as: " saksikanlah bahawa kami ialah orang-orang Muslim ".

Muslim bersembahyang sebanyak lima kali sehari, dengan sembahyang tersebut dikenali sebagai Solat Subuh , Solat Zohor , Solat Asar , Solat Maghrib , dan Solat Isyak . Terdapat juga sembahyang Jumaat yang khusus yang dikenali sebagai Solat Jumaat .

Populasi penganut [ sunting | sunting sumber ]

Peratusan populasi Muslim di dunia berdasarkan ( Pew Research Center , 2009)

Berdasarkan kajian pada tahun 2010, bilangan Muslim di seluruh dunia kini dianggarkan sebagai sekitar 1.62 bilion bersamaan lebih daripada 23% dari populasi dunia, dan populasinya terus meningkat. [1] [2] Ini sekali gus meletakkan agama Islam sebagai agama kedua paling ramai penganutnya selepas Kristian .

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "Executive Summary" . The Future of the Global Muslim Population . Pew Research Center . Dicapai pada 22 December 2011 .
  2. ^ "Christian Population as Percentages of Total Population by Country" . Global Christianity . Pew Research Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24 . Dicapai pada 22 December 2011 .

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{ tunas }} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.