Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemerintahan beraja
(
Jawi
:
???????? ????
) atau
Monarki
(dari
bahasa Yunani
"
monos archein
", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana
Raja
menjadi ketua negara.
Monarki
atau
sistem pemerintahan beraja
adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah
takhta
kerajaan di dun
i
a, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau
monarki mutlak
dan selebihnya terhad kepada sistem
perlembagaan.
Perbezaan diantara
Raja
dengan
Perdana Menteri
sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara
persekutuan
seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah
raja berperlembagaan
, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.
Monarki demokrasi
atau dalam bahasa Inggeris
Elective Monarchy
, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (
hereditary monarchies
). Tetapi dalam sistem monarki demokrasi, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki
demokrasi
.
Bagi kebanyakan
negara
, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta
Panglima Besar
angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di
Malaysia
,
Yang di-Pertuan Agong
merupakan ketua agama
Islam
, manakala di
United Kingdom
dan negara di bawah naungannya, Raja adalah ketua agama.
Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti
Maharaja
dan
Kalifah
.
|
Perbahasan menyokong dan menentang monarki
[
sunting
|
sunting sumber
]
Beberapa sebab menyokong monarki adalah:
- Raja berkemungkinan lebih baik daripada presiden yang dipilih kerana beliau telah dilatih sejak kecil untuk memimpin.
- Perbelanjaan mengekalkan sistem raja mungkin lebih murah daripada republik yang terpaksa berbelanja besar untuk pilihan raya presiden, rumah, pencen dan perkara lain bagi presiden dan bekas presiden.
- Persaingan dan kritik selalunya ditujukan ke atas presiden kerana beliau adalah pegawai yang dilantik. Ini mungkin boleh memalukan negara.
- Presiden ialah ahli anggota parti politik yang mungkin bersikap berat sebelah sedangkan raja tidak mewakili mana-mana parti politik serta bersikap neutral.
- Presiden harus bertindak mengikut polisi parti dan penyokongnya tetapi raja lebih bebas.
- Raja lebih baik untuk dijadikan simbol perpaduan nasional daripada presiden.
- Dalam sebuah republik pertukaran ketua kerajaan menyebabkan suasana tidak menentu politik. Sistem raja pula lebih stabil dan melambangkan kesinambungan pemerintahan. Contohnya, kekacauan dan peperangan saudara di Perancis, Jerman, Rusia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja.
Beberapa sebab menentang monarki:
- Sistem monarki melambangkan keistimewaan, ketamakan dan eksploitasi.
- Setiap masyarakat mempunyai hak untuk melantik ketua negara dan ketua negara mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.
- Setiap manusia dilahirkan sama rata sedangkan raja dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kuasa tanpa perlu berusaha.
- Kuasa prerogatif raja boleh digunakan untuk menghalang proses demokratik tanpa perlu rasa bertanggungjawab.
- Sistem raja yang diwaris menyebabkan kanak-kanak yang dilahirkan sebagai putera raja tidak dapat menjalani kehidupan normal seterusnya tidak dapat berfungsi sebagai ketua kerajaan yang baik.
- Dalam beberapa kes, sistem monarki dikaitkan dengan fahaman fasis dan diktator. Di Itali misalnya, sistem raja dimansuhkan kerana Raja Victor Emmanuel III menyokong regim fasis Mussolini pada tahun 1946.
- "Darjat tidak datang bergolek", Utusan Online, 15 Februari 2005
- Diana ramal kejatuhan monarki British
Diarkibkan
2008-12-05 di
Wayback Machine
|
---|
Mengikut benua
| | |
---|
Mengikut negara
| |
---|
Mengikut jenis
| |
---|
Tulisan
Italik
menunjukkan negara dalam
Alam Komanwel
yang mempunyai ketua negara yang sama
|