Madeleine Albright
|
---|
|
|
|
Dalam jawatan
23 Januari 1997 ? 20 Januari 2001
|
Presiden
| Bill Clinton
|
---|
Didahului oleh
| Warren Christopher
|
---|
Digantikan oleh
| Colin Powell
|
---|
|
|
Lahir
| Marie Jana Korbelova
(
1937-05-05
)
5 Mei 1937
(umur
87)
Smichov,
Prague
,
Czechoslovakia
|
---|
Parti politik
| Demokrat
|
---|
Pasangan
| Joseph Medill Patterson Albright (k. 1959; c. 1982)
|
---|
Anak-anak
| 3
|
---|
Tandatangan
| |
---|
Madeleine Jana Korbel Albright
(lahir Marie Jana Korbelova; 15 Mei 1937 - 2022) adalah seorang ahli politik dan diplomat Amerika yang berkhidmat sebagai
Setiausaha Negara Amerika Syarikat
wanita pertama dalam sejarah
A.S.
dari tahun 1997 hingga 2001 di bawah
presiden
Bill Clinton
.
Duta Besar Amerika Syarikat untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa
[
sunting
|
sunting sumber
]
Dia adalah duta besar untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa. Dia mulai pada tarikh 6 Februari 1993.
[1]
Albright telah dikritik secara meluas untuk komentarnya dalam sebuah wawancara pada
12 Mei
1996
dalam program televisyen
60 Minutes
. Dalam topik mengenai sekatan AS terhadap Iraq, Lesley Stahl bertanya:
- Kita telah mendengar bahawa setengah juta anak-anak telah meninggal. Itu lebih dari jumlah anak-anak yang tewas di
Hiroshima
. Apakah ini suatu harga yang pantas dibayar?
Albright menjawab:
- Saya rasa ini adalah suatu pilihan yang sukar, namun hal tersebut - kami rasa ia merupakan harga yang pantas dibayar.
[2]
[3]
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (1997-2001)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Beliau mulai menjawat pada 23 Januari 1997.
[1]
Sebagai Menteri Luar Negeri, Albright mencetuskan kemarahan banyak warga
Serbia
di
Yugoslavia
kerana peranannya dalam
Perang Kosovo
dan
Perang Bosnia
serta dasar AS di kawasan
Balkan
secara keseluruhan.
Pasa tahun
2000
, Albright menjadi diplomat Barat pertama yang bertemu dengan
Kim Jong Il
, pemimpin
Korea Utara
.
[4]
Albright lahir Marie Jana Korbel pada
15 Mei
1937
di
Prague
,
Czechoslovakia
.
Madeleine
adalah nama panggilan yang diberikan neneknya. Albright pindah ke
Amerika Syarikat
pada tahun
1950
dan menjadi warga negara AS pada tahun
1957
.
Pada Mei
1959
, Albright berkahwin dengan wartawan Joseph Medill Patterson Albright, dan mempunyai tiga anak perempuan. Mereka bercerai pada tahun
1982
.
Albright seorang
dwibahasa
; dia fasih berbahasa
Inggeris
,
Perancis
, dan
Czech
, dengan kemampuan bercakap dan membaca yang baik dalam
bahasa Rusia
,
Jerman
, dan
Poland
.
Sebelum dan semasa
Perang Dunia II
, ayahnya Josef Korbel dan keluarganya mengungsi di
Belgrade
,
Yugoslavia
, di mana mereka berada dalam misi diplomatik dari
Czechoslovakia
. Hal ini mungkin telah menyelamatkan nyawanya, ketika banyak dari saudara
Yahudi
Albright di Czechoslovakia yang terbunuh dalam
Holokus
. Albright telah menyatakan bahawa dia tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang Yahudi hingga dia dewasa.
Selepas bersara, Albright menerbitkan sebuah memoir,
Madam Secretary
(
2003
).
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Institut penyelidikan seni
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|