Colin Powell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Colin Powell
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-65
Dalam jawatan
20 Januari 2001 ? 26 Januari 2005
Presiden George W. Bush
Timbalan Richard Armitage
Didahului oleh Madeleine Albright
Digantikan oleh Condoleezza Rice
Pengerusi Ketua Turus Bersama ke-12
Dalam jawatan
1 Oktober 1989 ? 30 September 1993
Presiden George H. W. Bush
Bill Clinton
Timbalan Robert T. Herres
David E. Yeremia
Didahului oleh William J. Crowe
Digantikan oleh John Shalikashvili
Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat ke-12
Dalam jawatan
23 November 1987 ? 20 Januari 1989
Presiden Ronald Reagan
Didahului oleh Frank Carlucci
Digantikan oleh Brent Scowcroft
Timbalan Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat
Dalam jawatan
Disember 1986 ? 23 November 1987
Presiden Ronald Reagan
Didahului oleh Peter Rodman
Digantikan oleh John Negroponte
Butiran peribadi
Lahir Colin Luther Powell
( 1937-04-05 ) 5 April 1937
Bandaraya New York , New York , A.S.
Meninggal dunia 18 Oktober 2021 (2021-10-18) (umur 84)
Bethesda , Maryland , A.S.
Sebab kematian COVID-19
Parti politik Republikan (1995-2021)
Bebas (sebelum 1995, 2021)
Pasangan Alma Johnson (k. 1962)
Pendidikan City College New York
George Washington University
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan   Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan 1985-1993
Pangkat Jeneral
Unit Bahagian Perisai Ke-3
Bahagian Infanteri ke-23
Pertempuran Perang Vietnam
Serangan Amerika Syarikat ke atas Panama
Perang Teluk

Colin Luther Powell (5 April 1937 ? 18 Oktober 2021) ialah jeneral tentera dan ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-65 dari 20 Januari 2001 hingga 26 Januari 2005. Beliau merupakan orang Afrika Amerika pertama yang berpangkat tinggi dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat sehingga presiden Obama menjadi presiden pada tahun 2009 . [1] Beliau dipilih oleh George W. Bush pada 16 Disember 2000 dan perlantikannya dipersetujui oleh Senat . Powell dipecat sebelum bermulanya penggal kedua presiden Bush akibat daripada justifikasi beliau yang tidak tepat terhadap Perang Iraq Amerika pada tahun 2003. [2] Beliau kemudiannya digantikan oleh Condoleezza Rice yang dipilih oleh presiden Bush dan ditetapkan oleh Senat pada 26 Januari 2005. Powell juga pernah menjawat sebagai Ketua Penasihat Keselamatan A.S. (1987-1989) dan Pengerusi Ketua Turus Bersama A.S. (1989-1993).

Latar belakang peribadi [ sunting | sunting sumber ]

Powell dilahirkan di Bandaraya New York dan dibesarkan di Bronx Selatan. Ibu bapa beliau, Luther Theophilus dan Maud Ariel Powell, berhijrah ke Amerika Syarikat dari Jamaica . Powell belajar di sekolah negeri Bandaraya New York, lulus dari City College of New York (CCNY), di mana dia mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang geologi .

Dia juga menyertai ROTC di CCNY dan memperoleh pangkat Leftenan Muda Angkatan Tentera Darat AS setelah lulus pada Jun 1958 . Pencapaian akademinya yang lain termasuk ijazah MBA dari Universiti George Washington .

Powell bernikah dengan Alma Vivian Johnson yang berasal dari Birmingham, Alabama . Dia mempunyai seorang anak lelaki, Michael (yang pernah menjadi ketua Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan ); anak-anak perempuannya Linda dan Anne; menantu Jane; dan cucu-cucunya Jeffrey dan Bryan.

Panggilan akrab Presiden George W. Bush untuk Powell adalah Pup Pup .

Powell terkenal sebagai orang yang mendorong terjadinya serangan Amerika Syarikat ke Iraq pada tahun 2003 setelah menunjukkan "bukti" adanya senjata pemusnah besar-besaran di Iraq dalam sebuah Persidangan Agung PBB yang ternyata sama sekali tidak ada.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ The first African American secretary of state, Colin Powell Diarkibkan Jun 4, 2008, di Wayback Machine , The African American Registry.
  2. ^ Walter LaFeber berkata, "Presiden memaksa Powell untuk meletak jawatan." LaFeber "The rise and fall of Colin Powell and the Powell Doctrine." Political Science Quarterly 124.1 (2009) p. 71.