Macintosh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah komputer kekotak-kotakan, berwarna kuning air, dengan layar hitam putih kecil menunjukkan sebuah tetingkap dan arca-arca meja.
Macintosh asal , komputer peribadi pertama dipasarkan dengan jayanya yang menggunakan antara muka grafik pengguna , bukannya baris perintah .
Sebuah komputer lebar, nipis dan anggun diperbuat daripada aluminum dengan layar yang besar.
Sebuah komputer iMac dari Ogos 2007, sebuah Macintosh semua-dalam-satu moden.

Macintosh (disebut /?mæk?nt??/ MAK -in-tosh ), [1] atau Mac , ialah satu siri bagi beberapa barisan komputer peribadi yang direka, dibangun, dan dipasarkan oleh Apple Inc. Macintosh sulung telah diperkenalkan pada 24 Januari 1984; ia merupakan komputer peribadi yang berjaya dipasarkan dengan menampilkan sebuah tetikus dan antara muka grafik pengguna , berbanding antara muka baris perintah . [2] Apple Inc. terus berjaya dengan barisan produk ini sehingga penggal kedua 1980-an, namun menghilang pada 1990-an kerana pasaran komputer peribadi beralih arah kepada pelantar " Wintel ": mesin serasi IBM PC yang menjalankan MS-DOS dan Microsoft Windows . [3]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "Define Macintosh" . Dictionary.com . Dicapai pada 25 Oktober 2011 .
  2. ^ Polsson, Ken (29 Julai 2009). "Chronology of Apple Computer Personal Computers" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-21 . Dicapai pada 25 Oktober 2011 . Lihat 3 Mei 1984.
  3. ^ Edwards, Benj (15 Ogos 2008). "Eight ways the iMac changed computing" . Macworld . Dicapai pada 25 Oktober 2011 .