Kongres Kebangsaan Afrika
(
bahasa Inggeris
:
African National Congress
; biasa dikenali sebagai
ANC
) adalah
parti politik
terbesar di
Afrika Selatan
dan telah memerintah negara ini sejak kejatuhan regim
aparteid
pada tahun
1994
.
Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) ditubuhkan pada tahun 1912 dengan nama
South African Native National Congress
(Kongres Kebangsaan Orang Asal Afrika Selatan") diasaskan oleh
Dr. Pixley Ka Isaka Seme
, seorang peguam daripada
Durban
. Parti ini ditukar nama secara rasmi kepada African National Congress pada tahun 1923. Pada awal penubuhannya ANC bekerjasama dengan Parti Komunis Afrika Selatan (CPSA--kemudiannya, pada 1953, menjadi
Parti Komunis Rakyat Afrika Selatan
, atau SACP) pada awal 20-an, tetapi kerjasama tersebut terbatal apabila sesetengah pemimpin tradisional berbangsa Afrika menentang penglibatan ahli
komunis
berkulit putih dalam pergerakan nasionalisme kulit hitam (Blacks). Malangnya, dalam tahun-tahun 30-an, pengaruh ANC telah merosot; antaranya disebabkan oleh kegagalannya merealisasikan impian masyarakat kulit hitam, semangat kepuakan/blok (factionalism) yang semakin ketara, dan ketandusan pemimpin yang berwibawa.
Kebangkitan semula ANC pada tahun 40-an merupakan hasil titik peluh golongan pemimpin muda generasi baru-- termasuklah
Nelson Mandela
,
Walter Sisulu
,
Oliver Tambo
, dan
Anton Lembede
--yang telah dipengaruhi oleh
nasionalisme
kulit hitam gaya pan-Afrika. Pada tahun 1943, mereka menggerakkan
Liga Belia ANC
untuk menjana sokongan massa untuk menentang diskriminasi kaum/perkauman. Mereka seterusnya, bersama-sama pertubuhan lain yang sehala, telah mengadakan penentangan secara aman di seluruh negara untuk mempamerkan kemarahan mereka tentang kebangkitan kuasa melulu oleh kolonial dan
undang-undang aparteid
yang zalim. Gerakan-gerakan sedemikian berjaya menguatkan sokongan kepada ANC apabila keahlian berdaftarnya meningkat daripada 7,000 orang kepada 100,000 orang pada 1952.
Pada pertengahan dekad 50-an, ANC telah merencanakan
Perikatan Kongres
atau Congress Alliance dengan pertubuhan anti-Aparteid lain untuk menentang ketuanan kulit putih. Pada 26 Jun 1955, pihak-pihak yang bersekutu telah mencadangkan
Piagam Kebebasan
atau Freedom Charter, yang mengutarakan impian membentuk masyarakat berbilang kaum yang bukan
sosialis
, tetapi pertelingkahan pendapat berkenaan piagam tersebut menjalar kepada ideologi ANC; antara Charteris dan Afrikanis, dan isu-isu pelbagai kaum masih menjadi masalah yang sangat rumit. Akhirnya, beberapa orang aktivis ANC yang menentang dasar-dasar tertentu kongres telah menubuhkan
Kongres Pan-Afrika
atau Pan-Africanist Congress (PAC) pada 1959 sebagai usaha menekan penguasaan politik kulit hitam.
Kerajaan
aparteid
ketika ini telah mengisytiharkan ANC sebagai pertubuhan yang tidak sah pada
8 April
1960
, sebagai antara usaha kerajaan melumpuhkan kegiatan "bawah tanah", selain
darurat
di seluruh negara menyusuli insiden anti-Aparteid di Sharpeville dan Langa. Dan ANC kembali ke "bawah tanah"; ramai kadernya berhijrah ke negara jiran
Afrika Selatan
, tetapi ada juga sesetengah ahli dan pemimpinnya melakukan tindakan bersenjata untuk meneruskan cita-cita ANC. Pada 1961 pemimpin ANC dan SACP telah melancarkan sayap ketenteraan bersekutu,
Umkhonto we Sizwe
("Tombak Bangsa" atau juga Umkhonto, MK). Tujuannya untuk menyingkirkan rejim kulit putih Afrika Selatan secara kekerasan untuk mencapai matlamat meraih kesaksamaan sosial dan menebus maruah bangsa. Sabotaj dan serangan sayap ketenteraan ANC ini dalam 1960 dan 1962 telah menyebabkan beberapa orang ketua ditangkap. Pada tahun 1963, perbicaraan mahkamah yang popular, yang sering kali disebut "Perbicaraan Rivonia": Mandela, Sisulu, Govan Mbeki, dan lain-lain dituduh menderhaka dan telah dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Kebanyakan ahli ANC kemudiannya meninggalkan Afrika Selatan, menubuhkan rangkaian dan ibu pejabat ANC di
Lusaka
,
Zambia
, dan tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan menentang rejim
Pretoria
.
Pada tahun-tahun berikutnya, ANC telah membentuk kerjasama dengan negara-negara blok Timur dan Barat, iaitu bersama-sama kumpulan anti-Aparteid di seberang laut. Walaupun sesetengah negara Barat, khususnya
negara Skandinavia
, memberikan bantuan kewangan, bantuan logistik ANC termasuklah bekalan senjata, datang daripada
Soviet
dan
Republik Demokratik Jerman
(Jerman Timur). Kejayaan ANC memperoleh status pemerhati di
PBB
telah meluaskan lagi pengaruhnya terutamanya dalam kalangan negara Barat.
Pada awal dekad 90-an, ANC mengambil langkah memugar dan memperkukuh akar umbinya. ANC mengaktifkan semula
Liga Belia ANC
sebagai usaha berbilang arah untuk merapatkan jurang antara generasi muda dengan generasi pemimpin mapan. Seterusnya, selepas desakan daripada ahli wanita ANC yang berpandangan jauh, ANC juga telah menghidupkan kembali
Liga Wanita
untuk menyebarluaskan ilmu dan membela hak asasi wanita di seluruh negara. Kedua-dua Liga ini bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang sedia ada untuk mengadakan segala kegiatan yang direncanakan.
Walaupun ANC secara umumnya mewakili kepentingan
masyarakat
majoriti kulit hitam, keahliannya dibuka kepada sesiapa sahaja: kulit putih, Asia, dan lain-lain. Mula merayu untuk semua kaum menganggotainya pada tahun 1969, pada tahun-tahun 70-an dan 80-an, semakin ramai orang kulit putih menganggotai parti ini. Pada April 1991, 5 orang ahli parlimen kulit putih yang mewakili
Parti Demokratik
meninggalkan parti tersebut untuk menyertai ANC, yang mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memecahkan monopoli orang kulit putih dalam Dewan Perwakilan.
Sehingga sewaktu ANC berbincang dengan kerajaan pimpinan NP tentang masa depan politik Afrika Selatan, pelantar ideologi ANC yang berubah-ubah, daripada bercorak anti-Aparteid ala
Mohandas (Mahatma) Gandhi
yang bersikap bertahan (awal abad ke-20), kepada pan-Afrika (40-an), seterusnya kepada Piagam Kebebasan pada tahun 1955. Pada tahun 1969 pula, ANC telah secara rasmi melancarkan polisi bersenjata untuk merampas semula kedudukan politik yang dirampas sebelum itu , dan pada tahun 1988 telah mengisytiharkan Panduan Perlembagaan Ke Arah Afrika Selatan yang Demokratik, berasaskan aspirasi Piagam Kebebasan. Panduan tersebut menganjurkan sebuah negara bangsa yang
demokratik
berlandaskan nilai-nilai sejagat/universal . Pada Ogos 1989, ANC mula menerima pakai
Deklarasi Harare
, yang mempromosikan persefahaman berbilang parti untuk membentuk suatu bentuk kerajaan baharu, yang cukup menekankan konsep hak asasi individu.
Rakan politik utama ANC sewaktu zaman
aparteid
ialah SACP. Pemimpin SACP membantu mengekalkan sokongan terhadap ANC khususnya daripada golongan
komunis
dan
sosialis
sewaktu
anarki
, memainkan peranan penting dalam merangka polisi ANC, dan juga menyatukan sokongan pergerakan buruh dalam ANC. SACP juga sesekali menentukan hala tuju ANC walaupun agak minimum, contohnya, pada awal 1993, Pengerusi SACP
Joe Slovo
merangka cadangan ANC, untuk bertolak ansur dan sanggup berkongsi kuasa dengan
NP
. Kedudukan Slovo waktu itu dianggap berpatutan kerana parti tidak "melayan parti yang telah tewas" tetapi dengan NP sebagai sebuah parti minoriti.
Walaupun ANC muncul sebagai parti dominan pada tahun 1994, parti tersebut masih berhadapan dengan banyak isu tertangguh dan masalah jangka panjang. Isu pengganti pemimpin veteran atau pemimpin generasi baru masih belum usai . Presiden
Mandela
dan beberapa orang pemimpin mapan lain yang mewakili generasi terdahulu, sudah mahu mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada pemimpin muda. Mandela sendiri tidak bertanding lagi dalam
pilihan raya
1999. Calon kegemaran pengganti beliau --
Thabo Mbeki
, mantan setiausaha hal ehwal luar ANC, dan Cyril Ramaphosa, setiausaha agung ANC sejak 1991--dikatakan tidak dilatih secukupnya sewaktu di bawah pimpinan veteran mereka.
Struktur kepemimpinan ANC terdiri daripada
presiden
, timbalan presiden,
setiausaha agung
, timbalan setiausaha agung, dan
bendahari
. 90 orang ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan atau National Executive Committee (NEC) menjadi pengantara dengan pegawai kanan dan sangat berpengaruh dalam memutuskan dasar-dasar kongres. 26 orang anggota Jawatankuasa Kerja Kebangsaan atau National Working Committee (NWC), dipilih daripada kalangan NEC, memutuskan dan melaksanakan pelbagai urusan pentadbiran kongres. Tujuh orang penasihat dan pembantu presiden juga dilantik.
Persidangan tahunan ANC menghimpunkan kira-kira 1,300 orang perwakilan, yang antara fungsinya mengundi calon-calon NEC dan mencalonkan mereka yang layak untuk berada dalam Perhimpunan Kebangsaan/Majlis Tertinggi, setiap lima tahun. Pada peringkat pengurusan, terdapat 9 jabatan peringkat kebangsaan--Penyelidikan dan Maklumat, Pembangunan dan Sumber Manusia, Hal Ehwal Luar, Belia, Pendidikan Politik, Penerangan, Kewangan, Keagamaan, dan Wanita--dan juga cawangan di setiap wilayah.
Tahun pilihan raya
|
Jumlah undian
|
Peratusan undian
|
Kerusi
|
+/?
|
Keputusan
|
1994
|
12,237,655
|
62.65
|
|
?
|
Membentuk pemerintah
|
1999
|
10,601,330
|
66.35
|
|
▲
14
|
Membentuk pemerintah
|
2004
|
10,880,915
|
69.69
|
|
▲
13
|
In government
|
2009
|
11,650,748
|
65.90
|
|
▼
15
|
Membentuk pemerintah
|
2014
|
11,436,921
|
62.15
|
|
▼
15
|
Membentuk pemerintah
|
Election
|
Cape Timur
|
Free State
|
Gauteng
|
Kwazulu-Natal
|
Limpopo
|
Mpumalanga
|
North-West
|
Cape Utara
|
Cape Barat
|
%
|
Kerusi
|
%
|
Kerusi
|
%
|
Kerusi
|
%
|
Kerusi
|
%
|
Kerusi
|
%
|
Kerusi
|
%
|
Kerusi
|
%
|
Kerusi
|
%
|
Kerusi
|
1994
|
84.35%
|
48/56
|
76.65%
|
24/30
|
57.60%
|
50/86
|
32.23%
|
26/81
|
91.63%
|
38/40
|
80.69%
|
25/30
|
83.33%
|
26/30
|
49.74%
|
15/30
|
33.01%
|
14/42
|
1999
|
73.80%
|
47/63
|
80.79%
|
25/30
|
67.87%
|
50/73
|
39.38%
|
32/80
|
88.29%
|
44/49
|
84.83%
|
26/30
|
78.97%
|
27/33
|
64.32%
|
20/30
|
42.07%
|
18/42
|
2004
|
79.27%
|
51/63
|
81.78%
|
25/30
|
68.40%
|
51/73
|
46.98%
|
38/80
|
89.18%
|
45/49
|
86.30%
|
27/30
|
80.71%
|
27/33
|
68.83%
|
21/30
|
45.25%
|
19/42
|
2009
|
68.82%
|
44/63
|
71.10%
|
22/30
|
64.04%
|
47/73
|
62.95%
|
51/80
|
84.88%
|
43/49
|
85.55%
|
27/30
|
72.89%
|
25/33
|
60.75%
|
19/30
|
31.55%
|
14/42
|
2014
|
70.09%
|
45/63
|
69.85%
|
22/30
|
53.59%
|
40/73
|
64.52%
|
52/80
|
78.60%
|
39/49
|
78.23%
|
24/30
|
67.39%
|
23/33
|
64.40%
|
20/30
|
32.89%
|
14/42
|
Tahun pilihan raya
|
Jumlah undian
|
% undi
|
Perubahan
|
1995?96
|
5,033,855
|
58%
|
|
2000
|
Tidak dikeluarkan
|
59.4%
|
▲
1.4%
|
2006
|
17,466,948
|
66.3%
|
▲
6.9%
|
2011
|
16,548,826
|
61.9%
|
▼
4.4%
|
2016
[3]
|
21,450,332
|
55.7%
|
▼
6.2%
|