Lambang keluarga (
kamon
) puak Tokugawa
Kesyogunan Tokugawa
(
?川幕府
,
Tokugawa bakufu
,
1603
?
1868
)
atau
Kesyogunan Edo
(Edo bakufu) ialah pemerintahan
diktator ketenteraan
feudalisme
di
Jepun
yang didirikan oleh
Tokugawa Ieyasu
dan secara turun-temurun dipimpin oleh
syogun
keluarga Tokugawa. Dalam sejarah Jepun, masa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa disebut
zaman Edo
kerana ibu kota terletak di
Edo
yang sekarang dipanggil
Tokyo
. Kesyogunan Tokugawa memerintah dari
Istana Edo
hingga
Restorasi Meiji
.
Kesyogunan Tokugawa ialah pemerintahan diktator ketenteraan ketiga dan terakhir di Jepun setelah
Kesyogunan Kamakura
dan
Kesyogunan Muromachi
. Kesyogunan Tokugawa bermula pada tanggal
24 Mac
1603
dengan pengangkatan Tokugawa Ieyasu sebagai
Sei-i Taisy?gun
dan berakhir ketika
Tokugawa Yosyinobu
mengembalikan kekuasaan kepada tangan maharaja (Taisei H?kan) pada
9 November
1867
.
Pemerintahan kesyogunan Tokugawa selama 264 tahun dipanggil sebagai
zaman Edo
atau zaman Tokugawa. Zaman terakhir Kesyogunan Tokugawa yang diwarnai dengan maraknya oleh gerakan untuk menggulingkan kesyogunan Tokugawa dikenali dengan panggilan
Bakumatsu
.
Oda Nobunaga
dan penerusnya
Toyotomi Hideyosyi
merupakan pemimpin Jepun di
zaman Azuchi Momoyama
yang berjaya mendirikan pemerintah pusat setelah berjaya mempersatukan provinsi-provinsi di
zaman Sengoku
. Setelah
Pertempuran Sekigahara
di tahun
1600
, kekuasaan pemerintah pusat direbut oleh Tokugawa Ieyasu yang menyelesaikan proses pengambilalihan kekuasaan dan mendapat gelaran Sei-i Taisi?gun di tahun 1603. Tokugawa Ieyasu sebenarnya tidak memenuhi syarat sebagai syogun kerana bukan keturunan
puak Minamoto
. Agar syarat utama menjadi syogun terpenuhi, Ieyasu memalsukan garis keturunannya menjadi keturunan puak Minamoto agar boleh diangkat menjadi syogun. Keturunan Ieyasu secara turun-temurun menjadi syogun dan ketua pemerintahan sampai terjadinya
Pemulihan Meiji
.
Semasa Kesyogunan Tokugawa, rakyat Jepun dibahagikan menurut sistem kelas berdasarkan pembahagian kelas yang diciptakan Toyotomi Hideyosyi. Kelas
samurai
berada di hierarki paling atas, diikuti
petani
,
penukang
dan
pedagang
. Pemberontakan sering berlaku akibat pembahagian sistem kelas yang tetap dan tidak membolehkan orang untuk berpindah kelas. Cukai yang dikenakan terhadap petani selalu berjumlah tetap dengan tidak memperhitungkan
inflasi
. Samurai yang menguasai tanah harus menanggung akibatnya kerana jumlah cukai yang berjaya dikumpulkan semakin hari nilainya semakin berkurang. Perselisihan soal cukai sering mencetus pertikaian antara petani kaya dan kalangan samurai yang terhormat tapi kurang makmur. Pertikaian sering memicu kerusuhan tempatan sehingga pemberontakan berskala besar yang umumnya dapat segera dipadamkan. Kelompok anti kesyogunan Tokugawa justeru semakin bertambah kuat setelah kesyogunan Tokugawa membuat rancangan untuk bersekutu dengan kekuatan asing.
Setelah kalah dalam
Perang Bosyin
yang berpuncak pada
Pemulihan Meiji
, kesyogunan Tokugawa berjaya ditumbangkan persekutuan maharaja dengan sejumlah
daimyo
yang berpengaruh. Kesyogunan Tokugawa secara rasmi berakhir setelah syogun Tokugawa ke-15 yang bernama
Tokugawa Yosyinobu
mundur dan kekuasaan dikembalikan kepada tangan maharaja (
Taisei H?kan
).
Syogun Tokugawa Ieyasu
Sistem politik feudal Jepun di zaman Edo dipanggil
Bakuhan Taisei
(
幕藩?制
)
,
baku
dalam "bakuhan" berarti "tenda atau khemah" yang merupakan singkatan daripada
bakufu
(pemerintah ketenteraan atau kesyogunan). Dalam sistem
Bakuhan taisei
, daimyo menguasai daerah-daerah yang disebut
han
dan membahagikan tanah kepada pengikutnya. Sebagai balasannya, pengikut daimyo berjanji untuk setia dan menyokong daimyo secara ketenteraan.
Kekuasaan pemerintah pusat berada di tangan syogun di Edo dan daimyo dilantik sebagai ketua pemerintahan di daerah. Daimyo memimpin provinsi sebagai wilayah berdaulat dan berhak menentukan sendiri sistem pemerintahan, sistem percukaian, dan garis panduan dalam negeri. Sebagai balasannya, daimyo wajib setia kepada syogun yang memegang kendali hubungan antarabangsa dan keamanan dalam negeri. Syogun juga mempuntai banyak provinsi dan berperanan sebagai daimyo di provinsi yang dikuasainya. Keturunan keluarga Tokugawa disebar sebagai daimyo di seluruh pelosok Jepun untuk mengawasi daimyo lain agar tetap setia dan tidak bersekongkol melawan syogun.
Kesyogunan Tokogawa berhak menyita, mengambil alih atau memindahtangankan wilayah antara para daimyo. Sistem
Sankin Kotai
mewajibkan daimyo bertugas secara bergiliran mendampingi syogun menjalankan tugas pemerintahan di Edo. Daimyo harus memiliki rumah kediaman sebagai tempat tinggal kedua sewaktu bertugas di Edo. Anggota keluarga daimyo harus tetap tinggal di Edo sebagai penjaga rumah sewaktu daimyo sedang pulang ke daerah, sekaligus sebagai gadaian kalau daimyo bertindak di luar keinginan syogun.
Daimyo daripada keturunan puak Tokugawa dan daimyo yang secara turun-temurun merupakan pengikut setia puak Tokugawa dipanggilFudai Daimyo. Sedangkan daimyo yang baru setia kepada puak Tokugawa setelah menyerah kalah dalam
Pertempuran Sekigahara
dipanggil Tozama Daimyo. Golongan yang selalu mendapat perlakuan khusus dipanggil Syimpan Daimyo kerana berasal daripada tiga percabangan keluarga inti Tokugawa yang dipanggil Tokugawa Gosankei (Tiga keluarga terhormat Tokugawa) yang masing-masing dipimpin oleh putera Tokugawa Ieyasu:
Lambang keluarga Tokugawa berupa Mitsuba Aoi (tiga helai daun Aoi) hanya boleh digunakan garis keturunan utama keluarga Tokugawa dan Tokugawa Gosankei. Putera-putera lain Tokugawa Ieyasu hanya diberi nama keluarga Matsuidara dan tidak mendapatkan nama keluarga Tokugawa.
Di awal zaman Edo, kesyogunan Tokugawa sangat bimbang terhadap Tozama Daimyo yang dianggap memiliki kesetiaan yang tipis terhadap puak Tokugawa. Pelbagai macam perancangan dirancang agar Tozama Daimyo tidak memberontak. Sanak keluarga puak Tokugawa sering dikahwinkan dengan Tozama Daimyo, walaupun sebenarnya tujuan akhir kesyogunan Tokugawa ialah memusnahkan habis semua Tozama Daimyo. Kesyogunan Tokugawa justeru akhirnya berjaya ditumbangkan Tozama Daimyo dari
Satsuma
,
Chosyu
,
Tosa
, dan
Hizen
.
Kesyogunan Tokugawa memiliki sekitar 250 wilayah han yang jumlahnya turun naik sesuai keadaan politik. Peringkat wilayah han ditentukan pemerintah berdasarkan jumlah pendapatan daerah dalam setahun berdasarkan unit
koku
. Penghasilan minimal yang ditetapkan syogun untuk seorang daimyo ialah 10 000 koku. Daimyo yang memegang wilayah makmur dan berpengaruh mempunyai pendapatan sekitar 1 juta koku.
Kesyogunan Tokugawa menjalankan pemerintah pusat dari Edo, sedangkan penguasa sah Jepun dipegang
maharaja Jepun
yang berkedudukan di
Kyoto
. Garis panduan pemerintahan dikeluarkan istana maharaja di Kyoto dan diteruskan kepada puak Tokugawa. Sistem ini berlangsung sampai kekuasaan pemerintah dikembalikan kepada maharaja di zaman
Pemulihan Meiji
.
Kesyogunan Tokugawa menugaskan perwakilan tetap di Kyoto yang dipanggil
Ky?to Syosyidai
untuk berhubungan dengan maharaja, keluarga maharaja dan kalangan bangsawan.
Kapal mohor merah milik Jepun di tahun 1634
Pintu gerbang Sakurada di Istana Edo, pusat kekuasaan puak Tokugawa
Kesyogunan Tokugawa mengaut keuntungan besar daripada monopoli perdagangan luar negeri dan hubungan antarabangsa. Perdagangan dengan kapal asing dalam jumlah terbatas hanya dibenarkan di Provinsi
Satsuma
dan daerah khusus
Tsusyima
. Kapal-kapal
Nanban
dari
Portugal
merupakan teman dagang utama kesyogunan Tokugawa yang diikuti jejaknya oleh kapal-kapal Belanda, Inggeris dan Sepanyol.
Jepun berperanan aktif dalam perdagangan luar negeri sejak tahun 1600. Pada tahun 1615, misi dagang dan kedutaan besar di bawah pimpinan
Hasekura Tsunenaga
melintasi
Lautan Pasifik
ke
Nueva Espana
dengan menggunakan kapal perang Jepun bernama
San Juan Bautista
. Sampai dikeluarkannya garis panduan
Sakoku
di tahun 1635, syogun masih mengeluarkan kebenaran bagi kapal-kapal Syuisen (
Kapal Mohor Merah
) yang ingin berdagang dengan Asia. Setelah itu, perdagangan hanya dibenarkan dengan kapal-kapal yang datang dari
China
dan
Belanda
.
Menteri senior (
r?j?
) diangkat daripada anggota kesyogunan yang paling senior dan bertugas sebagai pengawas ?metsuke, machibugy?, ongokubugy? dan pejabat-pejabat tinggi lain. Tugas lain menteri senior adalah berhubungan dengan pelbagai kalangan seperti istana maharaja di Kyoto, kalangan bangsawan (
kuge
),
daimyo
, kuil Buddha dan
Jinja
, di samping menghadiri pebagai macam pertemuan seperti pertemuan pembahagian daerah. Kesyogunan Tokugawa memiliki 4-5 menteri senior yang masing-masing bertugas sebulan penuh secara bergantian. Syogun meminta pertimbangan menteri senior jika ada pertanyaan penting yang harus diselesaikan. Pada perombakan birokrasi di tahun 1867, posisi menteri senior dihapus dan diganti dengan sistem kabinet, sehingga ada menteri dalam negeri, menteri kewangan, menteri luar negeri, menteri tentera darat dan menteri tentera laut.
Pada prinsipnya, Fudai Daimyo yang memiliki wilayah kekuasaan paling kurang 50 000 koku memenuhi persyaratan untuk dilantik sebagai menteri senior. Walaupun demikian, pejabat menteri senior sering datang daripada birokrat yang dekat dengan syogun, seperti pejabat soba y?nin, Kyoto syosyidai dan Osaka j?dai.
Syogun kadang kala melantik seorang menteri senior untuk mengisi posisi
Tair?
(ketua atau penasihat). Pejabat Tair? hanya layak untuk yang berasal daripada puak Ii, Sakai, Doi dan Hotta, walaupun
Yanagisawa Yosyiyasu
pernah juga diangkat sebagai pengecualian.
Ii Naosuke
merupakan Tair? yang paling terkenal tetapi tewas dibunuh pada tahun 1860 di luar pintu gerbang Sakurada,
Istana Edo
.
Sebagai perkembangan daripada dewan
rokuninsy?
(1633?1649) yang terdiri daripada 6 anggota, kesyogunan Tokugawa membentuk dewan
wakadosyiyori
yang kedudukannya selepas menteri senior (r?j?). Dewan
wakadosyiyori
terbentuk pada tahun 1662 dan terdiri daripada 4 anggota. Tugas utama dewan
wakadosyiyori
ialah mengurusi
hatamoto
dan
gokenin
yang merupakan pengikut langsung syogun.
Sebahagian syogun juga mengangkat pejabat
soba y?nin
yang bertugas sebagai perantara antara syogun dan r?j?. Kedudukan
soba y?nin
menjadi sangat penting semasa syogun Tokugawa ke-5 yang bernama
Tokugawa Tsunayosyi
akibat salah seorang pejabat wakadosyiyori bernama
Inaba Masayasu
membunuh pejabat tair? bernama
Hotta Masatosyi
. Syogun Tsunayosyi yang cemas akan keselamatan dirinya memindahkan pejabat r?j? sehingga jauh dari bangunan utama istana.
Pejabat yang melapor kepada r?j? and wakadosyiyori dipanggil ?metsuke dan metsuke. Lima orang pejabat ?metsuke diberi tugas memata-matai para daimyo, kalangan bangsawan (kuge) dan istana maharaja agar segala usaha pemberontakan boleh diketahui sejak awal.
Di awal zaman Edo, daimyo seperti
Yagy? Munefuyu
pernah dilantik sebagai pejabat ?metsuke. Seterusnya, jabatan ?metsuke cuma diisi oleh
hatamoto
yang berpendapatan paling kurang 5 000 koku. Syogun sering menaikkan pendapatan ?metsuke menjadi 10 000 koku agar ?metsuke boleh dihargai dan berkedudukan sejajar dengan daimyo yang sedang diperhatikan. Pejabat ?metsuke juga menerima gelaran
kami
, seperti
Bizen-no-kami
yang bererti penguasa provinsi Bizen.
Sejajar dengan perkembangan waktu, fungsi pejabat ?metsuke berubah menjadi semacam utusan yang menyampaikan perintah daripada kesyogunan Tokugawa ke para daimyo. Pejabat ?metsuke juga diserahkan tugas melangsungkan upacara beristiadat di lingkungan Istana Edo. Pengawasan kehidupan beragama dan pengendalian senjata api merupakan tanggungjawab tambahan pejabat ?metsuke.
Pejabat metsuke melapor kepada wakadosyiyori dan bertugas sebagai polis ketenteraan bagi syogun. Tugasnya mengawasi ribuan
hatamoto
and
gokenin
yang berpusat di Edo. Masing-masing wilayah han juga mempunyai metsuke yang berfungsi sebagai polis ketenteraan bagi para samurai.
Pelaksanaan pemerintahan dilakukan oleh
san-bugy?
(tiga lembaga pentadbiran): jisyabugy?, kanj?bugy? dan machibugy?. Pejabat jisyabugy? berstatus paling elit kerana para pejabat selalu berhubungan dengan kuil Buddha (
ji
) dan kuil Syinto (
sya
) dan diberi hak penguasaan atas tanah. Pejabat jisyabugy? juga menerima pengaduan daripada pemilik tanah di luar 8 provinsi
Kanto
. Pejabat jisyabugy? dilantik daripada kalangan daimyo dengan
?oka Tadasuke
sebagai pengecualian.
Pejabat kanj?bugy? yang terdiri daripada 4 orang melapor langsung kepada r?j?. Tugasnya sebagai juruaudit kewangan kesyogunan Tokugawa.
Pejabat machibugy? merupakan pelaksana pemerintahan peringkat tempatan. Tugasnya merangkap-rangkap sebagai datuk bandar, ketua polis, ketua pemadam kebakaran atau bomba, dan hakim pengadilan jenayah dan hukum sivil tetapi tidak bertanggungjawab terhadap samurai. Pejabat machibugy? yang terdiri daripada 2 orang (pernah juga sampai 3 orang) biasanya diambil daripada hatamoto bertugas secara bergantian selama satu bulan penuh.
Tiga orang pejabat machibugy? menjadi terkenal lantaran wayang samurai (
jidaigeki
), pejabat bernama ?oka Tadasuke dan T?yama Kinsyir? (T?yama no Kinsan) selalu digambarkan sebagai pahlawan, sedangkan Torii Y?z? sebagai penjahat.
Pejabat san-bugy? merupakan anggota daripada dewan yang dipanggil
Hy?j?syo
. Anggota dewan
hy?j?syo
bertanggungjawab dalam soal pentadbiran tenry?, mengawasi gundai, daikan dan kura bugy?. Selain itu, anggota dewan
hy?j?syo
juga hadir sewaktu diadakan dengar pendapat sehubungan dengan kes yang melibatkan samurai.
Syogun juga menguasai secara langsung tanah di pelbagai daerah di Jepun. Tanah milik syogun dipanggil
Bakufu Chokkatsuchi
yang sejak
zaman Meiji
dikenali sebagai
Tenry?
. Syogun memiliki tanah yang sangat luas, mencakupi daerah-daerah yang sudah sejak dulu merupakan wilayah kekuasaan Tokugawa Ieyasu, ditambah wilayah rampasan daripada para daimyo yang kalah dalam Pertempuran Sekigahara serta wilayah yang diperoleh daripada pertempuran musim panas dan musim dingin di Osaka. Di akhir abad ke-17, seluruh wilayah kekuasaan Tokugawa bernilai 4 juta koku. Kota perdagangan seperti Nagasaki dan Osaka dan pelbagai kawasan perlombongan seperti lombong
emas
di
Sado
termasuk ke dalam wilayah kekuasaan langsung syogun.
Wilayah kekuasaan syogun tidak dipimpin oleh daimyo melainkan oleh pelaksana pemerintahan yang memegang jabatan
gundai
,
daikan
, dan
ongoku bugy?
. Kota-kota penting seperti Osaka, Kyoto and
Sumpu
dipimpin oleh machibugy?, sedangkan kota pelabuhan Nagasaki dipimpin oleh Nagasaki bugy? yang dilantik oleh syogun daripada
hatamoto
yang sangat setia kepada syogun.
- Tokugawa Ieyasu
(1543?1616), berkuasa: 1603?1605
- Tokugawa Hidetada
(1579?1632), berkuasa: 1605?1623
- Tokugawa Iemitsu
(1604?1651), berkuasa: 1623?1651
- Tokugawa Ietsuna
(1641?1680), berkuasa: 1651?1680
- Tokugawa Tsunayosyi
(1646?1709), berkuasa: 1680?1709
- Tokugawa Ienobu
(1662?1712), berkuasa: 1709?1712
- Tokugawa Ietsugu
(1709?1716), berkuasa: 1713?1716
- Tokugawa Yosyimune
(1684?1751), berkuasa: 1716?1745
- Tokugawa Iesyige
(1711?1761), berkuasa: 1745?1760
- Tokugawa Ieharu
(1737?1786), berkuasa: 1760?1786
- Tokugawa Ienari
(1773?1841), berkuasa: 1787?1837
- Tokugawa Ieyosyi
(1793?1853), berkuasa: 1837?1853
- Tokugawa Iesada
(1824?1858), berkuasa: 1853?1858
- Tokugawa Iemochi
(1846?1866), berkuasa: 1858?1866
- Tokugawa Yosyinobu
(Keiki) (1837?1913), berkuasa: 1867?1868
Tokoh terkenal dalam kesyogunan Tokugawa: