Jorge Rafael Videla Redondo
(
2 Ogos
1925
-
17 Mei
2013
) adalah seorang bekas komander
tentera
dan
ahli politik
Argentina. Beliau menjadi Presiden Argentina dari 1976 hingga 1981 selepas menggulingkan
Isabel Martinez de Peron
. Zaman pemerintahan beliau merupakan titik permulaan "
Perang Kotor
" iaitu era yang paling kejam sekali dalam sejarah Argentina.
[1]
Namun beliau terkenal di
Amerika Selatan
sebagai
pakar
dalam strategi
anti-komunisme
antarabangsa dan menerima pujian dari ahli politik berhaluan kanan Amerika Syarikat, termasuk
Ronald Reagan
.
Pada 22 Disember 2010, Videla dihukum penjara seumur hidup dalam penjara awam kera mengakibatkan kematian 31 banduan semasa rampasan kuasanya.
[2]
[3]
Dilahirkan di
Mercedes
,
Buenos Aires
, Videla bangkit sewaktu ketidakstabilan ekonomi dan politik di
Argentina
pada awal hingga pertengahan
1970-an
. Pada 1973
Juan Peron
telah kembali berkuasa di negara ini tetapi pada usia yang tua beliau tidak mampu memperbaiki keadaan negara ini. Setahun kemudian, beliau meninggal dunia dan jawatannya disandang oleh isterinya Isabel Peron, seorang bekas penari kelab malam yang tiada pengalaman di dalam
politik
. Dalam usahanya untuk mendapat sokongan tentera, Isabel telah melantik Videla sebagai Commander-in-Chief, jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera Argentina. Tindakan ini seperti memakan diri sendiri kerana beliau melancarkan
kudeta
dan berjaya menjatuhkan kerajaan
dinasti
Peron pada 24 Mac, 1976, dan menjadi
presiden de-facto
sebagai ketua
junta
tentera dan berkongsi kuasa dengan Komander Jeneral
Tentera Udara
iaitu
Orlando Ramon Agosti
dan Komander
Tentera Laut
, Admiral
Eduardo Emilio Massera
. Beberapa hari selepas itu, pada 29 Mac 1976, Videla secara rasminya menjadi Presiden Argentina, suatu jawatan yang disandang hingga 29 Mac, 1981.
Proses Pembersihan Puak Berhaluan Kiri
[
sunting
|
sunting sumber
]
Sebaik sahaja menjadi Presiden, beliau membubarkan
Kongres
dan memberi kuasa penggubalan
undang-undang
kepada suatu suruhanjaya militari yang terdiri daripada sembilan orang. Di samping itu, Vadela menyekat peranan
mahkamah
, parti-parti politik, dan
kesatuan pekerja
dan memenuhi jawatan-jawatan penting kerajaan dengan ahli tentera. Dalam masa seminggu, beliau menahan beratus-ratus rakyat yang disyaki
gerila
berhaluan kiri dan ini berterusan sewaktu pemerintahannya. Mangsa penahanan ini telah diberi panggilan "
desaparecidos
" dan dianggarkan antara 10,000 and 30,000 rakyat negara ini telah hilang secara misteri sewaktu pemerintahannya.
Namun demikian, beliau merupakan tunggak utama dalam membendung kegiatan
Marxisme
di
Argentina
. Videla terkenal sebagai seorang yang pakar dalam
strategi
anti-komunisme antarabangsa. Walaupun beliau dikecam oleh Presiden AS
Jimmy Carter
kerana melanggar
hak asasi manusia
, berlainan pula dengan pengganti Carter iaitu
Ronald Reagan
yang sememangnya anti-komunis. Reagan bukan sahaja memuji beliau, malah memberi bantuan
perisikan
serta ketenteraan kepada beliau. Videla merupakan orang utama dalam usaha membendung komunisme dan terlibat dalam
Operasi Condor
, suatu kempen asasinasi dan pengumpulan perisikan menentang keganasan, yang melibatkan anggota keselamatan Argentina,
Bolivia
,
Brazil
,
Chile
,
Paraguay
, dan
Uruguay
pada pertengahan tahun 70an, dimana ramai orang diseksa, hilang dan dibunuh tanpa bicara.
Regimnya terkenal dengan "kehilangan" individu,
penculikan bayi
, dan penyeksaan yang melampau. Walaupun beliau mengaku bahawa peperangan "Dirty War" ini adalah terhadap puak subversif seperti puak radikal
Marxist
Montoneros
dan gerila
ERP
, beliau juga berkata bahawa
subversivos
ini termasuklah mereka yang menentang Kristian dan tamadun Barat. Namun ramai yang percaya mangsanya termasuk juga musuh-musuh peribadinya seperti
aktivis
hak asasi manusia
, ahli parti pembangkang dan sesiapa jua yang menentangnya. Sewaktu pemerintahannya dianggarkan antara 10,000-30,000 rakyat Argentina telah hilang, lebih setengah juta dibuang negara dan beribu telah ditahan dan diseksa dibeberapa kem tahanannya.
Badan yang membantu melaksanakan kekejamannya ialah "
Argentine Anti-Communist Alliance
" yang juga dikenali sebagai skuad pembunuh. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa tahanan dan corak pembunuhan yang paling popular ialah dengan melemaskan tahanan. Di pangkalan tentera
Campo de Mayo
misalnya, tahanan akan dibogelkan dan dirantaikan bersama tahanan-tahanan lain. Selepas itu mereka diseret ke dalam
kapal terbang
tentera yang akan terbang di atas sungai
Rio de la Plata
atau
Lautan Atlantik
, dan pihak tentera akan menolak mereka keluar dari kapal terbang ke dalam sungai atau laut supaya mereka mati lemas.
Selepas beliau meletak jawatan, presiden-presiden yang lain telah meneruskan peperangannya dan mendapat perlindungan daripada kerajaan pro-tentera ini. Tetapi pada awal 1980-an, kerajaan awam telah mengambilalih kuasa dan Videla serta jeneral-jeneral lain telah ditahan atas beberapa kesalahan jenayah yang berat seperti penyeksaan, pembunuhan dan penculikan.
Mahkamah
kemudiannya mendapati bahawa beliau terlibat dalam 66
pembunuhan
, 306
penculikan
, 93
penyeksaan
dan 26
rompakan
. Pada 1985, Videla dihukum penjara seumur hidup di penjara tentera di
Magdalena
.
Tetapi pada 29 Disember 1990, Presiden
Carlos Menem
telah mengampunkan Videla dan jeneral-jeneral yang lain. Ramai ahli politik berpendapat pengampunan itu cukup praktikal untuk mendamaikan negara serta menutup sejarah hitam era
Perang Kotor
di mana ramai nyawa terkorban. Selepas kemenangan presiden
Nestor Kirchner
, terdapat usaha meluas untuk memburukkan pemerintahan Videla. Kerajaan tidak lagi menganggap beliau sebagai Presiden yang sah dan portret-portretnya telah dialih keluar dari dewan-dewan kerajaan dan arkib negara.
Pada 6 September 2006, hakim Norberto Oyarbide memutuskan bahawa pengampunan yang diberikan Menem tidak mengikut perlembagaan, membuka kemungkinan perbicaraan.
[4]
Seterusnya pada 25 April 2007, mahkamah persekutuan membatalkan pengampunan presiden itu dan mengembalikan sabitan penganiayaan hak asasi manusianya.
[5]
Pada 2 Julai 2010, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pencabulan hak asasi manusia berkaitan kematian 31 banduan semasa pemerintahannya.
[6]
Dan pada 22 Disember 2010, Videla didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup
[7]
, di penjara awam. Dalam memberi hukuman, hakim Maria Elba Martinez menyatakan yang Videla merupakan "manifestasi keganasan negara."
[8]