John Stuart Mill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
John Stuart Mill
Essays on economics and society , 1967

John Stuart Mill ialah salah seorang ahli falsafah & pegawai awam yang berasal dari Britain . [1] Beliau juga dikenali sebagai reformator yang memperjuangkan unsur utilitarianisme sosial. [1] Ayahnya, James Mill , ialah seorang ahli sejarawan dan akademik. [1] Beliau John Mill mempelajari psikologi , yang merupakan inti kepada ilmu falsafah Mill, yang diambil dari ayahnya. [1] Sejak kecil, beliau mempelajari bahasa Yunani dan bahasa Latin . [1] Pada usia 20 tahun, beliau pergi ke Perancis untuk mempelajari ilmu bahasa , kimia , dan Matematik . [1] Mill lahir pada tahun 1806 dan meninggal dunia pada tahun 1973. [1]

Menurut Mill, psikologi adalah suatu asas ilmu pengetahuan yang membentuk ilmu falsafah. [2] Di sini, pandangannya berbeza dengan Comte . [2] Tugas psikologi adalah menyelidiki apa yang disajikan oleh kesedaran, ertinya sistem pancaindera manusia dan hubungan-hubungannya. [2] Mill berpendapat bahawa satu-satunya sumber bagi segala pengenalan adalah pengalaman. [2] Oleh kerana itu, induksi menjadi jalan kepada pengenalan. [2]

Di dalam etika , Mill melihat hubungan timbal-balik antara manusia secara peribadi dengan masyarakat atas dasar prinsip utilitarianisme. [2] Dengan demikian, tindakan yang dilakukan oleh manusia bertujuan membawa kepada kepuasan bagi dirinya sendiri secara psikologi, bukan orang lain atau nilai-nilainya. [2]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ a b c d e f g (Inggeris) Fred Wilson. 1999. "Mill, John Stuart". In The Cambridge Dictionary of Philosophy . Robert Audi, ed. 568-571. London: Cambridge University Press.
  2. ^ a b c d e f g Harun Hadiwijono. 1983. Sari Sejarah Filsafat Barat 2 . Yogyakarta: Kanisius. Hal. 114.