Guru
(
Jawi
:
????
daripada
bahasa Sanskrit
???? "orang yang patut dimuliakan";
[1]
bahasa basahan:
cikgu
?????
gabungan kata "
cik gu
ru"
[2]
),
pengajar
,
pendidik
dan
mudaris
merupakan tenaga pengajar dalam institusi
pendidikan
seperti
sekolah
atau tuisyen (kelas bimbingan). Perkataan guru cenderung digunakan bagi merujuk suatu jawatan pendidik yang memberi ilmu, sementara kata cikgu mempunyai maksud yang sama dengan guru namun ianya lebih cenderung digunakan untuk panggilan seseorang yang menyandang jawatan guru. Dalam zaman moden ini, guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya
pengurusan guru
merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang
pengurusan
. Di peringkat
universiti
, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuh pula dengan pengetahuan dalam bidang
pedagogi
atau sains prinsip pengajaran.
Dalam
agama Hindu
, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi
ilmu
(
vidya
) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu
spiritual
atau
kejiwaan
murid-muridnya. Dalam
agama Buddha
pula, guru adalah orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran. Murid seorang guru memandang gurunya sebagai jelmaan
Buddha
atau
Bodhisattva
. Guru dalam kedua-dua konteks ini biasanya merujuk kepada para
pendeta
yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.Guru pada zaman moden ini juga sedang mengamalkan pembelajaran abad ke 21(2018).
Dalam
agama Sikh
, guru mempunyai makna yang mirip dengan agama Hindu dan Buddha, namun posisinya lebih penting lagi kerana salah satu intipati utama ajaran agama Sikh adalah kepercayaan terhadap ajaran sepuluh
guru Sikh
- Guru pertama,
Guru Nanak Dev
adalah pendiri agama ini.
Orang
India
,
Cina
,
Mesir
, dan
Israel
menerima pengajaran dari guru yang merupakan seorang
imam
atau
nabi
. Oleh sebab itu, seorang guru sangat dihormati dan terkenal di masyarakat serta menganggap guru sebagai pembimbing untuk mendapat keselamatan dan dihormati bahkan lebih dari
orang tua
mereka.
Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di
Malaysia
,
Hari Guru
disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para
guru
, manakala di
Indonesia
,
Hari Guru
diraikan pada setiap 25 November sempena harijadi
Persatuan Guru Republik Indonesia
.
Peranan guru mungkin berbeza antara budaya. Guru boleh memberi pengajaran dalam
literasi
dan numerasi, pertukangan atau latihan vokasional, seni,
agama
, sivik, peranan masyarakat, atau kemahiran hidup.
Tugas mengajar formal merangkumi menyelesaikan pelajaran mengikut kurikulum yang dipersetujui, memberi pelajaran, dan menilai kemajuan pelajar.
Tugas profesional seorang guru boleh melebihi pengajaran formal. Di luar kelas guru dapat menemani pelajar dalam lawatan lapangan, mengawasi dewan belajar, membantu dalam mengatur fungsi sekolah, dan bertindak sebagai penyelia untuk aktiviti ekstrakurikuler. Dalam beberapa sistem pendidikan, guru mungkin bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar. Guru dan
Tutor
kedua-duanya mempunyai tanggungjawab yang berbeza.
- ^
Monier-Williams, Monier (1981).
A Sanskrit-English Dictionary
. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 359.
- melalui
Edi Sedyawati dkk. (1994).
Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini
. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 76.
- ^
Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1936). "gu".
Buku Katan
(ed. dirumikan, 2002). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (asal), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 580.
ISBN
9789836252272
.