Gunung Everest
merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850
meter
. Gunung Everest terletak di banjaran gunung
Himalaya
. Everest adalah
gunung
tertinggi
di
bumi
(diukur dari
paras laut
). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara
Nepal
dan
Tibet
. Di Nepali gunung tersebut dikenali sebagai
Sagarmatha
(
Sanskrit
untuk "dahi langit") dan di Tibetan
Chomolangma
atau
Qomolangma
("ibu alam"), yang diambil dari nama Cina 珠穆朗?峰 (
pinyin
: Zh?mul?ngm? F?ng). Walaupun ia dinamakan Everest oleh Sir
Andrew Waugh
, jeneral peninjau
British
di
India
, sebagai penghormatan kepada yang sebelumnya Sir
George Everest
, sebutan popular Everest (Ev-er-est) berbeza dangan sebutan Sir George mengenai nama akhirnya (Eve-rest).
ee== Ukuran ==
Radhanath Sikdar
, juru ukur dan pakar matematik dari Bengal, merupakan orang yang pertama mengenal pasti Everest sebagai kemuncak tertinggi melalui kiraan trigonometri, pada
1852
. Sesetengah rakyat India percaya bahawa puncak tersebut sepatutnya dinamakan menurut Sikdar, bukannya Everest.
Gunung ini dianggarkan 8,850 m (29,035
kaki
; hampir 5.5
batu
) tinggi, walaupun terdapat variasi daripada segi ukuran (kerajaan Nepal tidak mengesahkan ukuran ini secara rasmi, ketinggian Everest masih dianggap 8,848 m). Ia pertama kali diukur pada tahun
1856
sebagai mempunyai ketinggian 29,000 kaki, tetapi diisytiharkan sebagai 29,002 kaki tinggi. Tambahan secara rawak 2 kaki menunjukkan perasaan masa itu bahawa ketinggian tepat 29,000 kaki akan dianggap sebagai anggaran yang dibulatkan. Masa kini anggaran umum yang diterima pakai adalah 8850 m yang diperolehi melalui bacaan
Sistem Kedudukan Sejagat
(GPS). Everest masih meningkat akibat pergerakan
plat tektonik
kawasan tersebut; bagaimanapun, kesan itu hanya ketara pada skala masa geologi.
Secara tepat, Everest adalah gunung yang kemuncaknya mencapai jarak paling luas di atas
paras laut
. Dua gunung lain yang kadang-kala didakwa sebagai "gunung tertinggi di dunia"ialah
Mauna Loa
di
Hawaii
ialah paling tertinggi apabila diukur dari dasarnya pada dasar tengah laut, tetapi hanya mencapai ketinggian 4,170 m (13,680 kaki) atas paras laut dan kemuncak
Gunung Chimborazo
di
Ecuador
adalah 2,150 m lebih dari pusat bumi berbanding Everest, kerana
Bumi
agak berisi dikawasan
Khatulistiwa
. Bagaimanapun, Chimborazo hanya mencapai ketinggian 6,272 m atas paras laut, yang menurut kriteria bukan juga kemuncak tertinggi di
Andes
.
Lebih menarik, dasar terdalam di lautan adalah lebih dalam berbanding ketinggian Everest:
Challenger Deep
, terletak di
Parit Mariana
, begitu dalam sehinggakan sekiranya gunung Everest diletakkan di dalamnya, masih terdapat hampir satu batu air menutupinya.
Gunung Everest mempunyai dua laluan memanjat, rabung tenggara dari
Nepal
dan rabung barat laut dari
Tibet
. Dari keduanya, rabung tenggara adalah lebih mudah secara teknikal dan merupakan laluan yang paling sering digunakan. Ia juga merupakan laluan yang digunakan oleh Hillary dan Norgay pada tahun 1953. Bagaimanapun, ini adalah disebabkan oleh isu politik, bukannya disengajakan kerana sempadan Tibet ditutup kepada orang asing pada tahun
1949
.
Kebanyakan percubaan dilakukan antara bulan
April
dan
Mei
sebelum musim
monsun
musim panas melanda. Pertukaran pada
aliran jet
pada ketika ini turut mengurangkan purata kelajuan angin di gunung. Sementara cubaan kadang-kala dilakukan selepas monson pada
September
dan
Oktober
, tambahan salji terhimpun dari monson meningkatkan kesukaran.
Pendakian melalui rabung tenggara bermula dengan perjalanan ke kem pengkalan pada 5,380 meter (17,600 kaki) pada sebelah selatan Everest di Nepal. Expedisi biasanya bermula daripada penerbangan masuk ke
Lukla
2,860m dari
Kathmandu
dan kemudian berjalan ke kem pengkalan, yang biasanya mengambil masa enam hingga lapan hari, membenarkan penyesuaian altitud yang sesuai agar menghindar
penyakit altitud
. Peralatan pendakian dan bekalan di bawa oleh
yak
, dzopkyos dan porter ke kem pengkalan di
Glasiar Khumbu
. Apabila Hillary dan Norgay mendaki Everest pada tahun 1953, mereka bermula dari
Jiri
yang, masakini, mengambil masa lima hingga enam hari untuk sampai ke Lukla.
Pendaki akan menghabiskan masa selama beberapa minggu di kem pengkalan, menbiasakan diri dengan altitud. Ketika itu,
Sherpa
dan sebahagian pendaki ekspedisi akan menyediakan tali dan tangga di
Khumbu Icefall
yang berbahaya.
Serac
dan blok air batu yang bergerak boleh menjadikan runtuhan ais yang merupakan salah satu bahagian paling merbahaya dalam perjalanan. Ramai pendaki dan sherpa telah terbunuh di bahagian ini. Untuk mengurangkan bahaya, pendaki biasanya memulakan pendakian mereka sebelum subuh. Apabila cahaya matahari menyinari ais jatuh (
icefall
), bahaya akan meningkat dengan mendadak. Di atas ais jatuh ini adalah kem I atau kem pengkalan hadapan(
advanced base camp (ABC)
) pada ketinggian 6,065m (19,900 kaki).
Dari kem I, pendaki akan bergerak keatas ke
Western Cym
ke pengkalan di muka
Lhotse
, di mana kem II didirikan pada ketinggian 6,500m (21,300 kaki). Western Cym agak datar, lembah glasier bercerun landai, ditanda dengan beberapa
crevasse
memanjang di tengah yang menghalang laluan terus ke bahagian atas Cym. Pendaki terpaksa menyeberangi jauh ke kanan berhampiran pengkalan
Nuptse
melalui laluan kecil dikenali sebagai "Sudut Nuptse". Western Cym juga dikenali sebagai "Lembah Sunyi - Valley of Silence" kerana bentuk mukabumi (
topografi
) kawasan tersebut biasanya menghalang sebarang angin dari sampai ke laluan pendakian. Altitud yang tinggi dan hari yang terang tanpa angin menjadikan Western Cym amat panas bagi para pendaki.
Dari kem II, pendaki memanjat permukaan Lhotse menggunakan tali kekal sehingga tebing kecil pada 7,470 m (24,500 kaki). Dari situ, ia sejauh 500 metre lagi ke kem IV pada bahagian selatan pada 7,920 m (26,000 kaki). Dari kem III ke kem IV, pendaki berhadapan dengan dua cabaran tambahan: Taji Geneva dan Gelang Kuning (
The Yellow Band
). Taji Geneva merupakan rabung batu hitam berbentuk (
anvil
) yang dinamakan oleh ekspedisi Swiss 1952. Tali kekal membantu pendaki mendaki gelang batu yang diseliputi salji ini. Gelang Kuning adalah bahagian batuan mendak atau ('sedimen') yang memerlukan tali sepanjang 100 metre untuk melintasinya.
Di selatan
col
, pendaki memasuki
zon mati
. Pendaki biasanya hanya tahan maksima dua atau tiga hari pada altitud ini sebelum membuat cubaan ke puncak. Cuaca baik dan angin perlahan adalah faktor penting dalam menentukan samaada mencuba kepuncak. Jika cuaca tidak sesuai dalam tempoh pendek ini, pendaki terpaksa turun, kebanyakannya sehingga ke kem pengkalan.
Dari kem IV, pendaki akan memulakan pendakian kepuncak sekitar tengah malam dengan harapan sampai ke puncak (masih 1,000 metre tinggi) dalam tempoh 10 hingga 12 jam. Pendaki akan sampai "The Balcony" pada 8,400m (27,700 kaki), pelantar kecil di mana mereka boleh berhenti dan merenung kearah puncak di selatan dan timur dalam cahaya waktu pagi. Meneruskan mendaki rabung, pendaki akan berhadapan dengan tangga batu yang mengancam yang biasanya memaksa mereka ke timur ke dalam salji yang sampai ke tahap pinggang, ancaman bahaya runtuhan salji. Pada 8,750m (28,700 kaki), dom salji dan air batu sebesar meja kecil menandakan puncak selatan.
Dari puncak selatan, pendaki mengikut rabung timur seperti mata pisau sepanjang apa yang dikenali sebagai "Cornice Traverse" di mana salji melekat di batu sekali-sekala. Ini adalah seksyen paling terdedah dalam pendakian kerana silap langkah akan menjatuhkan seseorang 2,400m (8,000 kaki) ke bawah di sebelah muka barat daya sementara di sebelah kanan adalah 3,050m (10,000 kaki) permukaan Kangshung. Pada akhir laluan ini adalah dinding batu mengkagumkan setinggi 12 m (40 kaki) dikenali sebagai "Hillary Step" pada 8,760m (28,750 kaki). Hillary dan Norgay merupakan pendaki pertama mendaki tapak ini dan mereka melakukannya dengan perkakasan memanjat air batu primitif dan tanpa tali kekal. Masa kini, pendaki akan mendaki tapak ini menggunakan tali kekal yang dipasang oleh Sherpa. Melepasi tapak ini, ia adalah mudah untuk melangkah terus ke atas melalui dongakan tebing salji serdahana curam. Pendaki biasanya menghabiskan kurang dari 1/2 jam di "puncak dunia" kerana mereka menyedari mereka perlu menuruni ke kem IV sebelum kegelapan menyelubungi atau cuaca petang menjadi masalah besar.
Laluan Rabung Barat Laut (
Northwest ridge
) bermula dari sebelah utara Everest di Tibet. Laluan ekspedisi melalui
Glasier Rongbuk
, mendirikan kem pengkalan pada ketinggian 5,180 m (17,000 kaki) di dataran anak batu betul-betul di bawah glasier. Untuk mencapai kem II, pendaki perlu mendaki (
medial moraine
) di timur Glasier Ronguk sehingga kaki
Changtse
sekitar 6,100 m (20,000 kaki). Kem III (ABC) terletak di bawah sebelah utara pada ketinggian 6,500 m (21,300 kaki). Untuk sampai kem IV disebelah utara, pendaki perlu mendaki glasier ke kaki (
col
) di mana tali kekal digunakan bagi mendaki
col
utara pada ketinggian 7,010 m (23,000 kaki). Dari utara col, pendaki mendaki rabung utara berbatu untuk mendirikan kem V pada ketinggian 7,775 m (25,500 kaki). Laluan menegak sebelah utara melalui siri lurah dan lekik (
gullies and steepens
) melalui tebing turun melalui permukaan kasar sebelum sampai ke tapak kem VI pada 8,230 m (27,000 kaki). Dari kem VI, pendaki akan memulakan pendakian kepuncak terakhir. Pendaki mesti bermula melalui tiga gelang batu yang dikenali sebagai Langkah Pertama, Langkah Kedua dan Langkah Ketiga. Apabila melepasi langkah ini, tebing puncak terakhir (50 hingga 60 darjah) ke puncak.
Pada 6 Jun 1924,
George Mallory
dan
Andrew Irvine
dari
United Kingdom
, membuat cubaan ke puncak dari mana mereka tidak pernah kembali.
Noel Odell
, pakar geologi ekspedisi tersebut, melihat pasangan tersebut memanjat "dengan penuh semangat... hampir dengan pangkal piramid akhir" pada 12:50 tengahari pada hari tersebut. Pada tahun
1979
pendaki Wang Hongbao dari
China
mendedahkan kepada rakannya bahawa dia telah menjumpai mayat pada tahun
1975
yang dikatakan menyerupai gambaran Irvine, bagaimanapun dia terbunuh dalam runtuhan keesokkan harinya sebelum sempat memberikan gambaran terperinci kepada orang lain. Pada tahun
1999
bagaimanapun, Ekspedisi Penyelidikan Mallory dan Irvine yang terkenal mengenalpasti mayat Mallory di kawasan pencarian yang dijangkakan berhampiran kem China lama. Kontrovesi telah timbul dikalangan masyarakat pendaki gunung mengenai samada pasangan tersebut berjaya mendaki kepuncak dunia, 29 tahun sebelum pendakian yang disahkan (dan pastinya, penurunan selamat) Gunung Everest oleh Sir
Edmund Hillary
dan
Tenzing Norgay
pada tahun
1953
. Persetujuan umum dikalangan pendaki sebagaimana dinyatakan oleh
Reinhold Messner
, adalah tidak; bagaimanapun, pada (
2004
) satu lagi ekspedisi sedang dijalankan oleh pihak yang menjumpai tubuh Mallory bagi menjejak Irvine berpeluang bagi mendapat bukti lanjut mengenai hal tersebut. Terutamanya, keduanya diketahui membawa satu kamera Kodak 'Vestpocket' (kemungkinannya Irvine, kerana tidak terdapat pada Mallory), yang filemnya masih boleh dicuci walaupun selepas 80 tahun kemudian, dan mungkin mengandungi gambar kejayaan mencapai puncak. Mallory telah mengembara bagi berucap mengelilingi
Amerika Syarikat
pada tahun-tahun sebelum
1923
; ia ketika itu dia memberikan jawapan terkemuka, "Kerana ia di situ," kepada pemberita
New York
bagi menjawab soalan," Kenapa mendaki Everest? " untuk apa yang kelihatannya yang keseribu kali.
Pada tahun
1995
George Mallory II dari
Afrika Selatan
(cucu) menawan puncak Everest.
Pada tahun
1933
,
Lady Houston
,
jutawan
dan bekas gadis penari, membiayai
The Houston Everest Flight of 1933
, yang menganjurkan formasi kapal terbang yang diketuai oleh
Marquess of Clydesdale
melintas melalui kemuncak dalam usaha meletakkan bendera
Union Jack
British
dipuncak.
Ekspedisi awal memanjat gunung dilakukan melalui
Tibet
, dari arah utara. Walaubagaimanapun, laluan ini ditutup kepada ekspedisi barat pada tahun
1950
,iaitu selepas
China
mengambil alih Tibet. Semasa tahun
1951
dan tahun
1952
ekspedisi yang diketuai oleh British, termasuk
Edmund Hillary
, mengembara masuk ke dalam
Nepal
untuk meninjau laluan baru melalui arah selatan.
Mengikut jejak British, ekspedisi
Swizland
cuba mendaki melalui arah selatan, tetapi terpaksa berpatah balik 200 meter dari puncak. Antara ahli pasukan pendaki adalah
Sherpa
Tenzing Norgay
.
Pada tahun
1953
, ekspedisi ke sembilan British, diketuai oleh
pegawai British John Hunt
, kembali ke Nepal. Hunt memilih dua pasukan pendaki untuk cuba sampai ke puncak. Pasangan pertama berpatah balik selepas keletihan yang tinggi di gunung. Keesokkan harinya, ekspedisi itu menjadi ekspedisi kedua dan terakhir bagi pasangan itu yang menjadi pasangan mandaki yang paling tegap dan berkesungguhan.Puncak itu akhirnya dapat didaki pada jam 11.30 pagi pada 29
Mei
,1953 oleh orang dari
New Zealand
iaitu
Edmund Hillary
dan
Sherpa
.
Tenzing Norgay
dari Nepal yang berjaya mendaki South Col Route. Walaupun Hillary mengaku bahawa dia lebih jauh kehadapan berbanding Tenzing kedua-keduanya menghargai usaha kepasukan sepanjang pendakian tersebut.Mereka berhenti sementara untuk mengambil gambar dan menanam beberapa gula-gula dan sebatang kecil salib ke dalam salji sebelum mendaki turun.Berita kejayaan ekspedisi itu sampai kepada Ratu
Elizabeth II
'. Mereka kembali semula ke Kathmandu beberapa hari kemudian dan Hillary dan Hunt mendapati mereka telah dianugerahkan pangkat
Kesatria
atas usaha mereka.
Pada
16 Mei
,
1975
Junko Tabei
telah menjadi wanita pertama untuk sampai ke puncak Everest .Pada 25 Mei,
2001
,
Erik Weihenmayer
menjadi pendaki buta yang pertama untuk sampai ke puncak tersebut.
Semasa penghujung musim mendaki pada tahun
2001
,1491 orang telah berjaya mendaki puncak tersebut (560 orang semenjak tahun
1998
), dan hampir 172 orang pendaki yang telah maut,dan tahun termalang ialah pada tahun
1996
di mana 15 orang telah maut semasa cuba mendaki untuk sampai ke puncak dan hari yang terburuk ialah di mana 8 orang pendaki telah maut.Pada
Mei
2004
, Kent Moore - seorang ahli fizik dari
University of Toronto
- memberitahu kepada
New Scientist
mengenai analisa keadaan cuaca pada hari yang paling malang itu menunjukkan bahawa keadaan cuaca yang buruk telah menyebabkan kadar
oksigen
menyusut hampir 14%. Lapan mereka yang terbunuh itu merupakan sebahagian daripada 26 orang yang telah mendaki puncak gunung itu tanpa bantuan
oksigen
.
Keadaan puncak yang sukar didaki telah menyusahkan proses untuk membawa turun mayat di mana hampir semua mayat mereka yang telah terkorban dibiarkan di tempat asal kematian mereka,dan sesetengahnya dapat dilihat dengan jelas dari kawasan pendakian yang biasa.
Kebanyakan pendakian menggunakan topeng
oksigen
dan tangki
oksigen
. (
[1]
) Di atas kawasan melibihi 8000m (26,000 kaki); kawasan ini dikenali sebagai kawasan maut.Puncak Everest boleh didaki tanpa bantuan oksigen, namun ini memerlukan latihan kesihatan yang khas dan ia juga meningkatkan risiko kepada pendaki :kerana manusia tidak dapat berfikir dengan betul apabila kekurangan
oksigen
.Cuaca, suhu yang rendah dan juga jurang-jurang yang berbahaya memerlukan tindakan yang cepat dan betul apabila ingin mendakinya.
Pendaki gunung merupakan sumber bagi penyedia perkhidamatan untuk rakyat Nepal: ia bermula dari mereka yang berpengalaman hingga mereka yang mengambil bayaran dari pelawat untuk membawa mereka hingga ke puncak.
Mohandas Nagappan (M. Nagappan) dan Magendran Moorthy (M. Magendran) merupakan warga Malaysia pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Everest pada 1997.
- 1921
Ekspedisi British pertama meninjau laluan melalui glasier Rongbuk.
- 1922
Tujuh pendaki Sherpa terbunuh dalam runtuhan salji dan menjadi kematian pertama dilaporkan di Everest.
- 1922
Ekspedisi kedua British sampai ke 8321 meter.
- 1924
Ekspedisi ketiga British sampai ke 8500 meter. Pada 6 Jun,
George Mallory
dan
Andrew Irvine
cuba mendaki untuk sampai ke puncak tetapi hilang selepas awan tebal menyelitupi mereka. Saksi mendakwa melihat mereka berhampiran puncak.
- 1933
Lady Houston
membiayai formasi kapal terbang untuk melintasi puncak dan meletakkan bendera Union Jack British.
- 1934
Maurice Wilson
(British) mati dalam cubaan mendaki berseorangan.
- 1950
Nepal membuka sempadannya kepada orang asing.
- 1952
Ekspedisi dari Swizland, termasuk
Sherpa
Tenzing Norgay
menyerah akibat keletihan, 200 meter dari puncak.
- 1953
Puncak dicapai buat pertama kali pada 11:30 am 29 May oleh Sir
Edmund Hillary
New Zealand
dan
Sherpa
Tenzing Norgay
dari Nepal mendaki dari arah Laluan Col Selatan (
South Col Route
).
- 1960
Pada 25 May, pasukan
China
menjadi pasukan pertama sampai ke puncak melalui laluan Rabung Utara.
- 1963
Penyeberangan pertama oleh ekspedisi
Amerika Syarikat
, bermula dari barat dan turun di barat daya.
- 1965
Pada 20 May, Nawang Gombu Sherpa menjadi orang pertama sampai ke puncak dua kali.
- 1975
Pada 16 May,
Junko Tabei
dari
Jepun
menjadi wanita pertama sampai dipuncak.
- 1975
Pada 27 May, wanita Tibet, Phantog, menjadi wanita pertama sampai ke puncak melalui sebelah Tibet.
- 1978
Reinhold Messner
(
Selatan Tyrol
,
Itali
) dan
Peter Habeler
(
Austria
) sampai ke puncak tanpa tangki oksigen.
- 1980
Ekspedisi pasukan kali pertama pada musim sejuk oleh pasukan dari
Poland
.
- 1980
Reinhold Messner dari
South Tyrol
,
Italy
, lelaki pertama mendaki Everest seorang diri tanpa
tangki oksigen
.
- 1982
Pada
October 5
,
Laurie Skreslet
menjadi rakyat Kanada pertama untuk sampai ke puncak.
- 1988
Jean-Marc Boivin
dari
Perancis
memulakan dengan
paraglider
dari puncak gunung.
- 1993
90 pendaki pada musim luruh sahaja dan menjadi permulaan komersial mendaki pucak Everest.
- 1993
Ramon Blanco
dari
Sepanyol
menjadi orang tertua untuk sampai ke puncak pada usia 60 tahun, 160 hari. (dikalahkan oleh rekod tahun 2001).
- 1996
Hans Kammerlander dari
South Tyrol
,
Itali
mendaki gunung dan mendaki turun tersebut dari sebelah utara dengan ski dalam tempoh 16 jam 45 minit.
- 1996
Goran Kropp
dari
Sweden
mejadi orang pertama untuk menaiki basikal pergi dan balik dari rumahnya ke gunung tersebut,pereseorangan tanpa bantuan tangki oksigen.
- 1997
M.Magendran
dan
N.Mohandas
dari
Malaysia
menjadi cikgu pertama yang mendaki
Gunung Everest
- 1998
Edward Grylls
dari
United Kingdom
menjadi pendaki termuda untuk sampai ke puncak pada usia 23 tahun.
- 1998
Tom Whittaker
merupakan orang cacat pertama untuk sampai ke puncak.
- 1999
Sherpa
Babu Chiri Sherpa
dari
Nepal
tinggal selama 21 jam di puncak gunung.
- 2001
Pada
Mei
24
,
Temba Tsheri
menjadi pendaki termuda untuk mendaki puncak gunung pada usia 15 tahun.
- 2001 Pada
Mei
25
,
Erik Weihenmayer
berusia 32 tahun , dari
Boulder, Colorado
, menjadi orang buat pertama untuk sampai ke puncak.
- 2001 Pada hari yang sama,
Sherman Bull
berusia 64 tahun, dari
New Canaan, Connecticut
, mejadi pendaki tertua untuk mendaki puncak tersebut.
- 2003
Pemba Dorjie Sherpa
dari
Nepal
dan berusia 24 tahun menjadi pendaki gunung terpantas dalam masa 12 jam dan 45 minit pada 23 mei.
- 2003 Tiga hari kemudian,
Sherpa Lakpa Gelu
memecahkan rekod tersebut dalam tempoh 10 jam dan 56 minit. Setelah sedikit peselisihan dengan Dorjie pihak kementerian pelancongan telah mengiktiraf rekod tersebut pada bulan
julai
tahun yang sama.
[2]
- 2003
Yuichiro Miura
menjadi orang tertua untuk sampai ke puncak pada usia 70 tahun dan 222 hari.
- 2004
Pemba Dorjie Sherpa memecahkan rekodnya sendiri iaitu dalam masa 8 jam dan 10 minit pada 21 Mei.
[3]
- ^
Based on elevation of snow cap, not rock head. For more details, see
Ukuran
.
- ^
The position of the summit of Everest on the international border is clearly shown on detailed topographic mapping, including official Nepalese mapping.
- ^
The
WGS84
coordinates given here were calculated using detailed topographic mapping and are in agreement with
adventurestats
. They are unlikely to be in error by more than 2". Coordinates showing Everest to be more than a minute further east that appeared on this page until recently, and still appear in Wikipedia in several other languages, are incorrect.
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|