Gerard Pique

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gerard Pique
Maklumat peribadi
Nama penuh Gerard Pique Bernabeu [1]
Tarikh lahir ( 1987-02-02 ) 2 Februari 1987 (umur  37)
Tempat lahir Barcelona , Sepanyol
Ketinggian 1.92 m (6 ka 4 in) [2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor 3
Kerjaya remaja
1997?2004 Barcelona
2004?2005 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln ( Gol )
2004?2008 Manchester United 12 (0)
2006?2007 Real Zaragoza (pinjaman) 22 (2)
2008?2022 Barcelona 397 (29)
Pasukan kebangsaan
2002?2003 Sepanyol B16 7 (2)
2004 Sepanyol B17 8 (3)
2006 Sepanyol B19 8 (3)
2007 Sepanyol B20 5 (1)
2006?2008 Sepanyol B21 12 (1)
2009?2022 Sepanyol 102 (5)
2004?2022 Catalonia 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Disember 2014

Gerard Pique i Bernabeu ( Sebutan Sepanyol: [?e??ar pi?ke i βerna?βeu] ; lahir 2 Februari 1987) merupakan bekas pemain bola sepak Sepanyol yang pernah bermain untuk FC Barcelona dan pasukan kebangsaan Sepanyol .

Kerjaya kelab [ sunting | sunting sumber ]

Kerjaya awal [ sunting | sunting sumber ]

Pique memulakan kerjayanya di pasukan remaja FC Barcelona sebelum beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya untuk Manchester United . Liga Perdana Inggeris mengatakan mereka tidak perlu membuat bayaran kepada Pique kerana beliau terlalu muda untuk menandatangani kontrak profesional.

Manchester United [ sunting | sunting sumber ]

Pique membuat debut untuk Manchester United pada 2004, menang 3?0 ke atas Crewe Alexandrara pada perlawanan piala liga. Beliau menggantikan John O'Shea pada hujung perlawanan. [3] Beliau membuat debut penuh pada 29 Mac 2006 menentang West Ham United pada perlawanan liga. [4]

Beliau kemudian menandatangani kontrak baru pada Februari 2005, di mana beliau kekal bersama United sehingga musim panas 2009. Pada 4 Ogos 2006, Real Zaragoza ingin meminjam Pique selama satu musim. Beliau kemudian membuat 22 penampilan untuk kelab La Liga itu.

Pada 5 Mei 2007, Pique dilaporkan akan ke Old Trafford pada musim berikutnya. Sir Alex Ferguson berniat untuk menilai Pique di La Romareda pada 6 Mei sebelum mesyuarat di mana kedua-dua pihak akan membincangkan prospek masa depan Pique dengan kelab itu. Bagaimanapun, Ferguson tidak dapat hadir kerana masalah penerbangan. [5]

Pique kembali ke Old Trafford dan bermain sembilan perlawanan liga pada musim 2007?08. Beliau kemudian menjaringkan gol pada perlawanan Liga Juara-Juara, menang 4-0 ke atas Dynamo Kiev pada 7 November 2007. [6]

Barcelona [ sunting | sunting sumber ]

Pique bersama Barcelona selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008-09

Pada 27 Mei 2008, Pique menandatangani kontrak empat tahun bersama FC Barcelona dengan bayaran 5 juta. [7] Barcelona membayar £5 juta untuk pemain itu. [8]

Pique menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona pada 26 November 2008 ketika menang 5?2 ke atas Sporting pada perlawanan Liga Juara-Juara . [9] [10] Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 29 Januari 2009 menentang Espanyol pada perlawanan Copa del Rey. [11] [12]

Pada 13 Mei 2009, beliau menjulang trofi pertamanya bersama Barcelona selepas membantu kelabnya menang 4-1 ke atas Athletic Bilbao pada perlawanan akhir Copa del Rey 2009. [13] Tiga hari kemudian, Barcelona menjadi juara liga musim 2008-09 selepas Real Madrid tewas mengejut 3-2 kepada Villarreal . [14]

Pada 19 Disember 2009, Pique bermain untuk Barcelona pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2009 menentang Estudiantes de La Plata , 2-1. Beliau berjaya membuat hantaran kepada Pedro Rodriguez pada minit ke-89 dan berjaya mengheret ke masa tambahan. [15]

Pada 26 Februari 2010, Pique menandatangani kontrak baru bersama Barcelona dan beliau kekal sehingga musim panas 2015. [16] [17] Pada 28 Mei 2011, Pique bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara buat kali kedua. Barca menewaskan Manchester United 3?1 di Stadium Wembley . Pada 1 Mei 2013, Pique menjaringkan gol sendiri untuk Bayern Munich , Bayern menang 2-0. Barca tewas memalukan 7-0 kepada Bayern secara agregat. [18]

Pada 20 Mei 2014, Pique menandatangani kontrak baru bersama Barcelona sehingga 2019. [19]

Kerjaya antarabangsa [ sunting | sunting sumber ]

Pique di Palacio de la Moncloa untuk meraikan kejayaan Piala Dunia FIFA 2010 .

Pada 6 Februari 2009, Pique dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol untuk perlawanan persahabatan menentang England pada 11 Februari, Sepanyol menang 2-0. Pada 28 Mac 2009, beliau dipanggil untuk menggantikan tempat Carles Puyol yang tercedera dan beliau menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 , 1-0 menang ke atas Turki . [20]

Pique bermain untuk Sepanyol pada kejohanan pertamanya pada Piala Konfederasi FIFA 2009 . La Roja menduduki tempat ketiga pada kejohanan itu.

Pique dan Puyol menjadi pilihan pertama pertahanan Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan . Sepanyol kemudian menewaskan Belanda , 1-0 pada perlawanan akhir. [21]

Pique bermain pada setiap perlawanan di UEFA Euro 2012 bersama Sergio Ramos yang bermain di pertahanan tengah. Beliau juga berjaya menyudahkan tendangan penalti ketiga pada peringkat kalah mati menentang Portugal . Pada perlawanan akhir, Sepanyol mudah menang 4-0 ke atas Itali . Pique salah satu daripada tiga pemain pertahanan Sepanyol pada Pasukan Kejohanan.

Pada 30 Jun 2013 iaitu pada perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2013 menentang Brazil , Pique dibuang padang selepas mengasari Neymar pada minit ke-68. Perlawanan itu menghancurkan rekod Sepanyol tanpa kalah 29 perlawanan pada kejohanan antarabangsa. [22]

Statistik [ sunting | sunting sumber ]

Pasukan kebangsaan Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2009 13 4
2010 16 0
2011 8 0
2012 11 0
2013 9 2
2014 8 1
Jumlah 65 4

Gol antarabangsa [ sunting | sunting sumber ]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
28 Mac 2009 Madrid , Sepanyol   Turki
1 ?0
1?0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2
12 Ogos 2009 Skopje , Macedonia   Macedonia Utara
2? 2
2-3
Persahabatan
3
5 September 2009 La Coruna , Sepanyol   Belgium
3 ?0
5?0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
4
14 Oktober 2009 Zenica , Bosnia dan Herzegovina   Bosnia dan Herzegovina
0? 1
2?5
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Statistik kerjaya [ sunting | sunting sumber ]

Kelab [ sunting | sunting sumber ]

Sehingga 22 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Other [23] Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
England Manchester United 2004?05 Liga Perdana Inggeris 0 0 1 0 1 0 1 0 0 0 3 0
2005?06 3 0 2 0 2 0 0 0 0 0 7 0
Sepanyol Zaragoza (pinjaman) 2006?07 La Liga 22 2 6 1 ? 0 0 0 0 28 3
Jumlah 22 2 6 1 ? 0 0 0 0 28 3
England Manchester United 2007?08 Liga Perdana Inggeris 9 0 0 0 1 0 3 2 0 0 13 2
Jumlah 12 0 3 0 4 0 4 2 0 0 23 2
Sepanyol Barcelona 2008?09 La Liga 25 1 6 1 ? 14 1 0 0 45 3
2009?10 32 2 1 0 ? 11 2 5 0 49 4
2010?11 31 3 7 0 ? 12 1 1 0 51 4
2011?12 22 2 8 0 ? 5 0 3 0 38 2
2012?13 28 2 4 1 ? 10 0 2 0 44 3
2013?14 26 2 2 0 ? 9 2 2 0 39 4
2014?15 11 2 0 0 ? 4 1 0 0 15 3
Jumlah 175 14 28 2 ? 65 7 13 0 281 23
Jumlah kerjaya 209 16 37 3 4 0 69 9 13 0 332 28

Penghargaan [ sunting | sunting sumber ]

Kelab [ sunting | sunting sumber ]

Pique menjulang trofi Euro 2012
Manchester United
Barcelona

Antarabangsa [ sunting | sunting sumber ]

Sepanyol

Individu [ sunting | sunting sumber ]

Dekorasi [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF) . Federation Internationale de Football Association (FIFA). 4 June 2010. m/s. 29. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17 . Dicapai pada 13 September 2013 .
  2. ^ "Gerard Pique profile" . FC Barcelona . Dicapai pada 20 August 2014 .
  3. ^ "Crewe 0?3 Man Utd" . BBC Sport. 26 October 2004 . Dicapai pada 27 May 2008 .
  4. ^ "Report: United 1 West Ham 0" . ManUtd.com . Manchester United . Dicapai pada 24 June 2010 .
  5. ^ Hibbs, Ben (5 April 2005). "Pique set for OT return" . ManUtd.com . Manchester United . Dicapai pada 18 May 2008 .
  6. ^ McNulty, Phil (7 November 2007). "Man Utd 4?0 Dynamo Kiev" . BBC News . Dicapai pada 3 May 2010 .
  7. ^ "Pique comes back home" . FCBarcelona.com . FC Barcelona. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-11 . Dicapai pada 25 June 2010 .
  8. ^ Lowe, Sid (25 May 2009). "Gerard Pique is back at Camp Nou, the man with Barcelona in his DNA" . guardian.co.uk . Guardian News and Media . Dicapai pada 30 November 2010 .
  9. ^ "Sporting Lisbon 2 ? 5 Barcelona" . ESPNFC.com . ESPN. 26 November 2008 . Dicapai pada 12 March 2013 .
  10. ^ "Jose Mourinho's Inter Milan progress despite defeat to Panathinaikos" . The Telegraph . Telegraph Media Group. 26 November 2008 . Dicapai pada 12 March 2013 .
  11. ^ "Barcelona 3 ? 2 Espanyol" . ESPNFC.com . ESPN. 29 January 2009 . Dicapai pada 2 July 2009 .
  12. ^ "Barcelona into Copa del Rey semis" . The Telegraph . Telegraph Media Group. 29 January 2009 . Dicapai pada 12 March 2013 .
  13. ^ "Barcelona defeat Athletic Bilbao to win Copa del Rey" . The Telegraph . Telegraph Media Group. 14 May 2009 . Dicapai pada 12 March 2013 .
  14. ^ "Real Madrid loss hands La Liga title to Barcelona" . The Telegraph . Telegraph Media Group. 16 May 2009 . Dicapai pada 12 March 2013 .
  15. ^ "Barcelona add world title to trophy haul" . CNN . 19 December 2009 . Dicapai pada 10 August 2013 .
  16. ^ "Pique signs new Barcelona deal" . MirrorFootball . Mirror Group Newspapers. 26 February 2010 . Dicapai pada 12 March 2013 .
  17. ^ "Pique extends Barcelona contract" . UEFA.com . UEFA. 26 February 2010 . Dicapai pada 12 March 2013 .
  18. ^ [1] ESPN Soccernet, 1 May 2013
  19. ^ "Gerard Pique signs on till 2019" . FC Barcelona. 20 May 2014 . Dicapai pada 22 May 2014 .
  20. ^ "Del Bosque Analyses Spain's Turkey Win" . Goal.com. 29 March 2009 . Dicapai pada 25 June 2010 .
  21. ^ McCarra, Kevin (11 July 2010). "World Cup 2010 final: Andres Iniesta finds key for Spain to beat Holland" . The Guardian . Guardian News and Media . Dicapai pada 12 March 2013 .
  22. ^ "Brazil Caps Confederations Cup Marked by Protests With Title" . Bloomberg . 1 July 2013 . Dicapai pada 10 August 2013 .
  23. ^ Termasuk Perisai Komuniti FA , Supercopa de Espana , Piala Super UEFA , Piala Antara Benua , Piala Dunia Kelab FIFA