Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Edward VII
(juga dikenali sebagai
Albert Edward
; 9 November 1841 ? 6 Mei 1910) merupakan Raja bagi
United Kingdom
dan
dominionnya
serta
Maharaja India
dari 22 Januari 1901 sehinggalah kemangkatannya. Baginda adalah
raja pertama
dari kalangan
Wangsa Sachsen-Coburg dan Gotha
, di mana nama wangsa tersebut telah ditukar kepada
Wangsa Windsor
oleh anakandanya,
George V
.
Sebelum menaiki takhta, Edward berkhidmat sebagai pewaris raja dan memegang gelaran
Putera Wales
dengan jangka masa yang lebih lama berbanding pemegang-pemegang terdahulu. Pada zaman pemerintahan bondanya,
Ratu Victoria
yang lama, baginda dikecualikan daripada perkara-perkara berkaitan kuasa
siasah
dan hanya sebagai lambang kepada gaya hidup elit.
Zaman Edward
iaitu era yang meliputi garis masa pemerintahan Edward dan nama era tersebut diambil sempena nama baginda. Pada zaman ini, abad baru dan perubahan yang ketara terhadap teknologi dan masyarakat termasuklah pesawat berkuasa bermula serta kebangkitan ideologi
sosialisme
berlaku di United Kingdom. Pada zaman itu juga, baginda memainkan peranan yang besar dalam memodenkan
Armada Utama British
(
British Home Fleet
), melakukan pembaharuan dalam
Perkhidmatan Perubatan Tentera
(
Army Medical Services
)
[1]
dan menyusun semula struktur
Tentera British
selepas
Perang Boer Kedua
. Edward juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara
Eropah
yang lain terutamanya
Perancis
, yang mana baginda telah dikenali sebagai "Pendamai".
- ^
"Edward VII"
. Official website of the British Monarchy
. Dicapai pada
2 Mei
2010
.