한국   대만   중국   일본 
Dunia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fotograf Bumi " Guli Biru ", diambil dari Apollo 17 .
Bendera Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggabungkan peta dunia moden ( unjuran sama jarak azimut ) dengan Batang Asclepius , pada asalnya lambang paksi dunia . [1]

Dunia ( Jawi : ???? serapan Arab : ??????? , rumi:  duny? terbitan kata kerja ????? dan? "mendekati; menghampiri; merapati" [2] dari akar d-n-w ? ? ? ditafsirkan sebagai "apa yang didekatkan" [3] ) atau loka ( Jawi : ??? serapan Sanskrit : ??? , rumi:  loka "ruang bebas...lingkungan" [4] ) ialah nama am untuk seluruh tamadun manusia , secara tertentu pengalaman manusia, sejarah , atau keadaan manusia pada umumnya mana-mana di Bumi (yakni sedunia ). [5]

Dalam konteks falsafah, dunia mungkin merujuk:

  1. seluruh alam semesta fizikal, atau
  2. dunia ontologi ( lihat pendedahan dunia ).

Dalam konteks teologi, dunia biasanya merujuk benda atau sfera duniawi, bertentangan dengan samawi, rohaniah, unggul atau suci. " Penghujung dunia " merujuk senario penamat terakhir sejarah manusia, kerap dalam konteks agama.

Sejarah dunia biasanya difahami sebagai perkembangan geopolitik utama berlangsung selama kira-kira lima ribu tahun, dari tamadun pertama sehingga kini.

Penduduk dunia ialah jumlah semua penduduk manusia pada bila-bila masa; yang serupa, ekonomi dunia ialah jumlah ekonomi semua masyarakat (semua negara), terutamanya dalam konteks pengglobalan . Istilah seperti kejuaraan dunia , keluaran dunia kasar , bendera dunia dll. mungkin melibatkan jumlah atau gabungan semua negara berdaulat semasa.

Dalam istilah seperti agama dunia , bahasa dunia , dan perang dunia , dunia mencadangkan ruang lingkup antarabangsa atau antara benua tanpa memerlukan penglibatan seluruh dunia.

Dalam istilah seperti peta dunia dan iklim dunia , dunia digunakan dalam erti berasingan daripada budaya atau tamadun manusia, merujuk planet Bumi secara fizikal.

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Jean Chevalier and Alain Gheerbrandt. The Penguin Dictionary of Symbols. Editions Robert Lafont S. A. et Editions Jupiter: Paris, 1982. Penguin Books: London, 1996. pp.142-145
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu . Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 144. ISBN   967-65-7321-3 .
  3. ^ Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978). Islam and Secularism . Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa .
  4. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary . Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 906. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini . Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 106?7.
  5. ^ Merriam-webster.com

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]