Oleh sebab populasi dan keluasan yang amat besar, pentadbiran
China
sentiasa terbahagi kepada pelbagai peringkat sejak zaman silam. Perlembagaan
Republik Rakyat China
memperuntukkan tiga peringkat kerajaan secara
de jure
. namun begitu, kini terdapat lima peringkat kerajaan tempatan secara amali (
de facto
): wilayah (provinsi), prefektur, daerah, bandar, dan kampung.
Republik China
di
Taiwan
menggunakan sistem yang berbeza.
Wilayah-wilayah ini memainkan peranan penting dalam budaya China. Seseorang warga negara ini mudah dikenal pasti dari segi wilayah asalnya, dan setiap wilayah mempunyai suatu stereotaip yang sepadan dengan penduduknya. Kebanyakan wilayah-wilayah China mempunyai sempadan yang digariskan pada penghujung
Dinasti Ming
. Semenjak itu, perubahan besar yang pernah berlaku termasuk menyusunan semula wilayah-wilayah Timur Laut selepas pengambilalihan
tanah besar China
oleh pihak Komunis pada tahun 1949 dan penubuhan kawasan swatabir(autonomi) berasaskan teori kewarganegaraan Soviet.
Provinsi
[1]
(
Bahasa Cina
:
省
;
pinyin
:
sh?ng
,
bahasa Inggeris
:
province
) merupakan jenis pembahagian peringkat pertama yang paling banyak ada.
Nota:
Taipei
, ibu negara Republik China, juga pernah dijadikan ibu wilayah Taiwan sehingga tahun 1956. Sejak pemindahan kerajaan wilayah dari Taipei ke Kampung Jhongsing dilakukan selepas tahun 1949 oleh kerajaan yang tidak diiktiraf Republik Rakyat China, pihak Republik Rakyat masih mewartakan Taipei sebagai ibu wilayah rasmi dalam peta rasminya.
Sejak penubuhannya pada tahun 1949,
Republik Rakyat China
sentiasa menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang ke-23. Bagaimanapun,
Republik China
kini metadbir wilayah ini yang terdiri daripada Pulau Taiwan dan kepulauan
Pescadores
. Republik China juga mentadbir sebuah daerah di wilayah
Fuchien
(atau Fukien):
Kinmen
; dan sebahagian daripada daerah
Lienchiang
.
Wilayah autonomi
(
Cina Tradisional
:
自治區
,
Cina Ringkas
:
自治?
,
pinyin
:
zizhiq?
,
bahasa Inggeris
:
autonomous region
) ialah divisi peringkat pertama yang dinamai dengan
etnik minoriti
dan diberi lebih hak di bawah perlembagaan. Contohnya, setiap wilayah ini mempunyai seorang pengerusi (sementara wilayah biasa ditadbir gabenor) yang mesti tergolong dalam kelompok etnik seperti yang dinamai oleh kawasan autonomi itu (
orang Tibet
,
orang Uyghur
, dsb.)
Wiayah autonomi ditubuhkan selepas pengambilalihan kuasa oleh kerajaan Komunis, berdasarkan dasar kewarganegaraan
Soviet
. Terdapat lima kawasan seumpama ini.
Kawasan perbandaran / Wilayah tadbir pusat
[
sunting
|
sunting sumber
]
Kawasan perbandaran
(
Cina Tradisional
:
直轄市
,
Cina Ringkas
:
直?市
,
pinyin
:
zhixiashi
,
bahasa Inggeris
:
municipality
) merupakan bandaraya-bandaraya besar yang sama peringkat pentadbirannya dengan wilayah. Kawasan perbandaran mengawal bahagian peringkat daerah secara terus, tanpa dirintang peringkat prefektur. Secara amali, kawasan metropolitan sebenar sesebuah kawasan sedemikian cuma merangkumi sebahagian kecil kawasannya; yang selebihnya terdiri daripada pekan dan tanah pertanian.
Chongqing
paling tepat dihuraikan sebegini ? populasi luar bandarnya jauh melebihi populasi bandarnya.
Terdapat 4 kawasan perbandaran di
Republik Rakyat China
.
Kawasan pentadbiran khas
(
Cina Tradisional
:
特別行政區
,
Cina Ringkas
:
特?行政?
,
pinyin
:
tebiexingzhengq?
,
bahasa Inggeris
:
Special Administrative Region
) (SAR) merupakan kawasan pentadbiran tempatan yang menikmati takat autonomi yang tinggi di bawah peruntukan
Satu negara, dua sistem
, dan bernaung di bawah
Kerajaan Rakyat Pusat
, seperti yang diperuntukkan dalam artikel 12
undang-undang asas
kedua-dua kawasan ini.
Nama
|
Bahasa Cina (
T
)
|
Bahasa Cina (
S
)
|
Pinyin
|
Singkatan
|
Hong Kong
|
香港
|
香港
|
Xi?ngg?ng
|
港
g?ng
|
Macau
|
澳門
|
澳?
|
Aomen
|
澳
ao
|
Peringkat peringkat prefektur (
地?
diji
) merupakan peringkat kedua struktur pentadbiran. Seperti pada
Januari
2020
, struktur ini terdiri daripada 333 bahagian yang terdiri daripada:
Seperti pada Januari 2019, terdapat 2851 bahagian peringkat daerah (
??
xianji
), termasuk 970 daerah (dalam pusat bandar), 375 bandaraya (berperingkat daerah atau bandar satelit), 1335 kaunti (daerah dalam luar bandar), 117 kaunti berautonomi, 49 banner, 3 banner berautonomi, 1 daerah khas dan 1 daerah perhutanan di tanah besar China (
Republik China
mentadbir 23 bahagian peringkat daerah, termasuk 18 kaunti dan 5 bandaraya berperingkat daerah).
Seperti pada Januari 2019, terdapat 39945 bahagian peringkat bandar (
??
xi?ngji
), termasuk 21297 bandar, 9116 mukim, 984 mukim etnik, 152
sumu
, 1
sumu etnik
, 8393
subdaerah
(pekan
) dan 1 daerah (dalam pusat bandar).
Peringkat kampung (
村?
c?nji
) berperanan sebagai bahagian pertubuhan (banci, sistem pos) dan tidak banyak kepentingannya dalam kuasa perwakilan politik. Bahagian tempatan asas seperti
perjiranan
dan komuniti mempunyai sempadan dan ketua tertentu.