Baha'i

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tapak Balai Keadilan Sedunia di Haifa, Israel yang merupakan badan pentadbir bagi penganut Baha'i.
Kuil Bab di Haifa , Israel .
Kuil Baha'u'llah di Akko , Israel .

Baha'i [1] ialah sebuah agama monoteisme yang mengajar nilai-nilai penting semua agama dan penyatuan seluruh umat manusia. Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Iran oleh Baha?u'llah . Baha'i merupakan salah satu daripada agama-agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Sebagai contoh, Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung .

Agama ini muncul di Iran pada tahun 1847. Ia berlanjutan kepada Babisme yang diasaskan oleh Siyyid `Ali-Muhammad  dari  Shiraz (1850).

Pengasas Baha'i iaitu Baha'u'llah menganggap bahawa setiap agama agung adalah disampaikan oleh pesuruh tuhan seperti Musa , Krishna , Buddha , Zarathustra , Jesus , Muhammad dan terkini sekali adalah Bab . Pesuruh tuhan mewakili bahagian masing-masing dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Penganut Baha'i percaya bahawa Baha'u'llah ialah pesuruh atau nabi terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu, walaupun ajaran Baha'i tidak digolongkan ke dalam agama Samawi , ia tetap mengakui kenabian pengasas-pengasas kebanyakan agama di dunia.

Amanat utama Baha'u'llah adalah bahawasanya umat manusia terdiri daripada satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari kelak mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri daripada satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".

Agama Baha'i didakwa muncul daripada agama Islam Syiah , sepertimana agama Kristian didakwa muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha didakwa berasal daripada agama Hindu .

Terdapat sekitar 6 juta penganut Baha'i di lebih daripada 200 buah negara. Markas utama agama ini berada di Haifa , Israel .

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ "Bahai" , Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu , DBP . Diambil pada 2011-02-14