Astro Awani
merupakan saluran berita televisyen berbayar 24 jam nombor satu dan terbesar di Malaysia yang dimiliki oleh Astro AWANI Network Sdn. Bhd dan dikendalikan oleh
Astro
. Ia mula bersiaran perdana majlis rasmi pelancaran secara langsung pada 6 September 2007 sempena sambutan 50 tahun Kemerdekaan Malaysia pada bersiaran di saluran 501 (dahulunya saluran 95 dan saluran 123). Pada tahun 2009, ia menggantikan Astro News yang ditamatkan siaran pada 1 Mac. Dengan slogan
Saluran Berita 24-jam Nombor Satu di
Malaysia
, Astro Awani mempersembahkan
berita terkini
dan rancangan bermaklumat termasuk
ehwal semasa
,
gaya hidup
,
dokumentari
, rancangan temu bual serta
majalah
tempatan dan antarabangsa.
[1]
Saluran ini akan dinaik taraf kepada HD mulai 29 Mac 2021.
Astro Awani menduduki tangga pertama Jenama Berita Yang Paling Dipercayai di Malaysia berdasarkan Kajian Tahunan oleh Institut Kajian Berita Digital Reuters 2020, diikuti oleh
Radio Televisyen Malaysia
(RTM) di tempat kedua dan
The Star
di tempat ketiga.
[2]
Saluran ini bersiaran terus dari
Bursa Malaysia
,
Bukit Kewangan
,
Kuala Lumpur
. Tetapi sekarang Astro Awani bersiaran dari
Bukit Jalil
, seperti stesen televisyen lain di bawah
Astro
.
Pada 1 Januari 2002 sempena tahun baru 2002, saluran ini rasmi melancarkan sebagai
Astro News
. Ia menyiarkan rancangan dari
Al Jazeera
(disiarkan dalam bahasa Arab dengan alihsuara Malaysia),
BBC World
,
CCTV-9
,
Eurosport News
, Australia Network dan
DW
. Ia juga menayangkan Astro News merupakan program berita yang diterbitkan secara tempatan selama setengah jam.
Lima rangkaian yang disalurkan di saluran itu sudah tersedia secara terpisah sehingga 28 Februari 2007, Astro News diterbitkan bersama dengan agensi berita nasional
Bernama
. Berita itu juga diterjemahkan ke bahasa Mandarin di
Astro AEC
, bahasa Malaysia di
Astro Ria
dan bahasa Tamil di
Astro Vaanavil
. Berita Inggeris juga disiarkan di
Astro Prima
.
Astro Awani pertama kali dilancarkan pada 15 Jun 2006 di Indonesia oleh usaha sama antara Astro
[3]
[4]
dan NDTV yang berpusat di India. Namun, akibat perbezaan berterusan antara rakan usahasama, versi Indonesia ditamatkan pada Oktober 2008.
Pada 1 Mac 2009, Astro Awani menggantikan Astro News yang menamatkan siaran pada masa itu kerana jumlah tontonan sangat rendah. Pada Jun 2018, Astro Awani dinamakan sebagai sumber berita Malaysia yang paling dipercayai oleh The Reuters Institute Digital News Report 2018.
[5]
Permulaan siaran Astro Awani di
Bukit Jalil
bermula pada 1 Mei 2021 manakala studio-studio Astro Awani di
Bukit Kewangan
akan menyiarkan siaran akhirnya pada 30 April 2021.
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Awani:
- Pada tanggal 6 September 2007, Astro Awani dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 95.
- Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro Awani akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 123.
- Pada tanggal 26 Februari 2008, Astro Awani telah dinomborkan semula dari saluran 123 ke saluran 501.
- Pada tanggal 29 Mac 2021, Astro Awani dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 501.
- Pada tanggal 15 April 2021, Astro Awani di NJOI telah dinomborkan semula dari saluran 501 ke saluran 531.
- Saluran ini ditamatkan di
Kristal-Astro
bermula pada 1 April 2022.
Antara berita yang disiarkan di Astro Awani kepada penonton ialah:
- Awani 7:45
:
Rancangan Berita Nombor Satu di
Malaysia
Awani 7:45 adalah merupakan siaran malam (Tayangan serentak di
Hello
sehingga 30 September 2021). Ketika Hari Ini 8 bersiaran, rancangan ini telah dipendekkan sehingga jam 8:00 malam sahaja. Beberapa tahun kemudian, ia kembali kepada waktu asal, iaitu pada jam 8:30 malam bagi menggantikan Hari Ini 8 pada mula jam 7:45
malam
dalam
berita terkini
dan
antarabangsa
. Mulai tahun 2021, rancangan ini telah kembali dipendekkan sehingga jam 8:00 malam untuk memberi laluan memulakan siaran rasmi iaitu
Sinar Awani
. Dengan slogan
Rancangan Berita
24-jam
Nombor Satu di
Malaysia
(Tayangan serentak di
Astro Ria
).
- Buletin Awani
: Laporan perkembangan
berita
dalam dan
luar negara
. Siaran ini disiarkan setiap hari dan setiap masa.
- Notepad with Ibrahim Sani
: Join
Ibrahim Sani
as he shares today's top stories and events that impacts your lives.
- AWANI Ringkas
&
AWANI Byte
:
Berita
menarik yang ringkas dan padat dari dalam dan luar negara.
- Awani Jr.
: Program istimewa beri platform kepada pelajar sekolah kongsi bakat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.
- Cerita
: Wartawan menceritakan kisah di sebalik sesebuah cerita.
- AWANI Pagi
: Perkembangan terkini yang disiarkan pada setiap jam 8.30 pagi.
- Agenda Awani
: Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
- Niaga AWANI
: Laporan terkini berkaitan saham tempatan dan antarabangsa.
- Consider This
: Hosted by Melisa Idris, this is the show where we want you to consider and then reconsider what you know of the news of the day
- AWANI Borneo
: Bersama Syaff Shukri, Jasmine Abu Bakar, Assim Hassan dan Nickyson Nyambar, AWANI Borneo akan melaporkan perkembangan terkini dari Brunei, Labuan, Sabah & Sarawak.
- AWANI Tonight
: Perkembangan terkini yang disiarkan dalam
Bahasa Inggeris
pada jam 9:45 malam setiap hari.
- Hari Ini 8
:
Definisi Baharu Berita
Hari Ini 8 mlm membawakan anda kupasan mendalam tajuk-tajuk utama harian. Dengan perspektif berbeza. Sebagai alternatif kepada laporan tipikal waktu perdana. Dengan slogan
Tajam Mendalam Seimbang
. Bersama Nuradilla Noorazam. Dilancarkan pada tarikh 1 Januari 2017 sehingga menamatkan siaran pada tarikh 31 Disember 2017 dan digantikan oleh
Sinar Awani
.
- Sukan Awani
: Laporan perkembangan semasa dan fokus isu utama dunia
sukan
dalam dan luar negara. Rancangan ini telah ditamatkan siaran dan digantikan dengan Nadi Arena, hasil sumbangan Astro Arena.
- Awani State
: Laporan
berita
dan kupasan isu setiap negeri-negeri di
Malaysia
.
- Analisis Awani
: Diskusi tentang pelbagai isu pembangunan negara.
- Awani Review
: Premium content on today's thought leaders. Get full access on
www.awanireview.com
.
- Debat Awani
: Perdebatan berkaitan isu semasa bersama pakar daripada pelbagai latar belakang. Ikuti Siaran Langsung setiap Ahad jam 5.30 petang di Saluran 501 Awani dan
www.astroawani.com/live-tv
.
- Pilihan Awani
: Bersama Rizal Dzulkapli dan Luqman Hariz, segmen khas ini mengetengahkan dua berita utama dan gambaran 360 darjah mengenai isu semasa.
- Teh Tarik Awani
: Cetusan idea untuk memulakan perbualan harian anda dengan topik-topik perbincangan terhangat hari ini dan sepanjang minggu. Bersama Dzulfitri Yusop, Shafizan Johari, Jasmine Abu Bakar dan Linda Salim.
- The Future Is Female
: Join Melisa Idris as she talks to the females with their extraordinary experience.
- Let's Talk with Sharaad Kuttan
: Join Sharaad Kuttan as he talks to the experts about the issues that never you heard.
- Afiezy Azaman
- Ashwad Ismail
- Assim Hassan
- Asyraf Hasnan
- Azib Zikry
- Azyyati "Geegee" Ahmad
- Cynthia Ng
- Dzulfitri Yusop
- Essan Yahya
- Fauzi Zin
- Firdaus Azil
- Hafiz Marzukhi
- Hilal Azmi
- Ian Johan Ariff
- Israr Khalid
- Jasmine Abu Bakar
- Luqman Hariz
- Marlina Manaf
- Melisa Idris
- Nazri Kahar
- Nickyson Nyambar
- Nursyazwani Saiful Sham
- Faris Danial
- Fahmi Izzuddin
- Hafizi Rosli (bekas penyampai
TV3
)
- Hakim Rahman
- Hilmi Malik
- Ibrahim Sani
- Izza Izelan
- Juliana Ramle
- Kamarul Bahrin Haron
- Malik Ridhwan
- Nadia Azmi (kini bersama
TV3
)
- Nash Hamzah
- Nuradilla Noorazam
- Pritha Manivannan
- Rizal Zulkapli
- Sarah Aliah Foong
- Sharaad Kuttan
- Suhaimi Sulaiman
(kini dipegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran di
RTM
)
- Syakirin Husnal
- Syed Farradino Omar
- Tan Su Lin (wartawan)
Sumber:
[6]
- Muhammad Hakim Azhari
- Mohamad Zaid Samat
|
---|
Pengarah
syarikat
| Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif: Badri Masri
·
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO): Augustus Ralph Marshall
Jawatankuasa Eksekutif: Tan Poh Ching
·
Mohamed Khadar Merican
·
Bernard Anthony Cragg
·
Chin Kwai Yoong
|
---|
Televisyen berbayar
| |
---|
Produk
| |
---|
Jaringan radio
| |
---|
Penerbitan
| MEASAT Publications
|
---|
Hiburan perfileman
| |
---|
Aset-aset
| Multimedia Interactive Technologies
·
Maestro Talent and Management
·
Celestial Pictures
·
TVB Publishing Holding
·
Philippine Animation N.V.
|
---|
|