한국   대만   중국   일본 
Arbutus unedo - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Arbutus unedo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arbutus unedo
Buah Arbutus unedo
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Arbutus
Spesies:
unedo
Taburan, penjelasan:
     asli
? terasingan
diperkenalkan manusia
Sinonim
Synonymy
  • Unedo edulis Hoffmanns.
  • Arbutus vulgaris Bubani
  • Arbutus cassinifolia Steud.
  • Arbutus crispa Hoffmanns.
  • Arbutus croomii auct.
  • Arbutus integrifolia Sims
  • Arbutus intermedia Heldr. ex Nyman
  • Arbutus laurifolia L.f.
  • Arbutus microphylla auct.
  • Arbutus nothocomaros Heldr. ex Nyman
  • Arbutus procumbens Kluk ex Besser
  • Arbutus salicifolia (Lodd.) Cels ex Hoffmanns.
  • Arbutus serratifolia Salisb.
  • Arbutus turbinata Pers. ex Rchb.

Arbutus unedo adalah pokok renek malar hijau dalam keluarga Ericaceae yang berasal dari wilayah Mediterranean dari Portugal , Sepanyol dan Perancis tenggara Eropah ke selatan di Algeria , Maghribi , Libya , dan Tunisia benua Afrika hinggalah ke timur di Itali , Slovenia dan kawasan Balkan serta Turki , Lubnan dan Syria di Timur Tengah . [2]

Botani [ sunting | sunting sumber ]

Buahnya berupa beri dimensi 1-2 sm diameter yang berwarna kemerah-merahan serta mempunyai rasa manis apabila masak (kira-kira 12 bulan sehingga musim luruh). Bentuk buah pokok ini juga diamati masyarakat setempat hampir menyerupai strawberi sehingga adakala memberi nama "pokok strawberi" ( bahasa Inggeris : strawberry tree , Jerman : Erdbeerbaum , Perancis : arbre a fraises ) [3] [4] [5] tetapi sedikit membulat dengan kulit bertonjolan kasar apabila diperhatikan dekat. [3]

Kegunaan [ sunting | sunting sumber ]

Buah spesies mempunyai kandungan gula relatif tinggi (40%) lagi-lagi apabila ia terlebih matang yang merupakan tahap paling digemari makan; namun ia senang lembik atau mereput sehingga sukar diangkut secara segar. [6] Oleh itu, buah ini banyak digunakan untuk membuat lepa dan jem , yogurt dan minuman keras . [7] [8] Abu Zakaria ibn al-'Awwam menulis dalam Kitab Pertanian nya bahawa pokok buah ini (nama Arab : ?????? , rumi:  qu?lub ) banyak ditanam di kebun-kebun serata kerajaan Andalusiah . [9]

Buah ini turut mempunyai kandungan tanin yang berkurangan apabila ia semakin masak. [6] Selain semua ini juga, buah ini mengandungi vitamin antioksidan seperti vitamin C , beta-karoten , niasin , tokoferol, dan asid organik pendahulu kepada asid lemak omega-3 dan omega-6 (hampir 9%). [10] [11]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Khela, S. & Rivers, M.C. (2017). " Arbutus unedo " . IUCN Red List of Threatened Species . IUCN . 2017 : e.T202930A68076133. doi : 10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T202930A68076133.en .
  2. ^ " Arbutus unedo " . Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN) . Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat . Dicapai pada 11 Disember 2017 .
  3. ^ a b Rydelek, Jared (2014). "Strawberry Tree Fruit" . Atlas Obscura . Dicapai pada 23 Julai 2021 .
  4. ^ "Arbutus unedo | strawberry tree" . RHS Gardening (dalam bahasa Inggeris). The Royal Horticultural Society . Dicapai pada 23 Julai 2021 .
  5. ^ "Arbutus unedo" . Plant Finder . Missouri Botanical Garden . Dicapai pada 23 July 2021 .
  6. ^ a b Molina, M.; Pardo-De-Santayana, M.; Aceituno, L.; Morales, R.; Tardio, J. (1 Oktober 2011). "Fruit production of strawberry tree (Arbutus unedo L.) in two Spanish forests" . Forestry (dalam bahasa Inggeris). 84 (4): 419?429. doi : 10.1093/forestry/cpr031 . ISSN   0015-752X . Many frugivorous birds and several mammals feed on its fleshy fruits
  7. ^ Bonet, M. Angels; Valles, Joan (2002). "Use of non-crop food vascular plants in Montseny biosphere reserve (Catalonia, Iberian Peninsula)". International Journal of Food Sciences and Nutrition . 53 (3): 225?248. doi : 10.1080/09637480220132841 . ISSN   0963-7486 . PMID   11951586 .
  8. ^ M.L.C.M.M.Alarcao-E-Silva; A.E.B.Leitao; H.G.Azinheira; M.C.A.Leitao (February 2001). "The Arbutus Berry: Studies on its Color and Chemical Characteristics at Two Mature Stages". Journal of Food Composition and Analysis (dalam bahasa Inggeris). 14 : 27?35. doi : 10.1006/jfca.2000.0962 .
  9. ^ Clark, Emma (2004). The Art of the Islamic Garden . m/s. 126. ISBN   9781847972040 .
  10. ^ Alarcao-E-Silva, M. L. C. M. M.; Leitao, A. E. B.; Azinheira, H. G.; Leitao, M. C. A. (1 February 2001). "The Arbutus Berry: Studies on its Color and Chemical Characteristics at Two Mature Stages". Journal of Food Composition and Analysis . 14 (1): 27?35. doi : 10.1006/jfca.2000.0962 . Arbutus berry appears to be a good source of vitamins, namely niacin, ascorbic acid and β -carotene (content of 9.1, 346.3 and 70.9 mg/100 g, respectively), organic acids (nearly 9%), total sugars (c. 42%) and tannins (1.75 mg g?1).
  11. ^ Barros, Lillian; Carvalho, Ana Maria; Morais, Jorge Sa; Ferreira, Isabel C. F. R. (1 May 2010). "Strawberry-tree, blackthorn and rose fruits: Detailed characterisation in nutrients and phytochemicals with antioxidant properties". Food Chemistry (dalam bahasa Inggeris). 120 (1): 247?254. doi : 10.1016/j.foodchem.2009.10.016 . The analysed fruits contain very useful bioactive phytochemicals such as phenolics, vitamins (ascorbic acid and tocopherols) and carotenoids [..] The combination of bioactive compounds and rich nutritional composition (high contents in carbohydrates, low contents in fat with the precious contribution of polyunsaturated fatty acids, precursors of omega-3 and omega-6 fatty acids) of the studied wild fruits make them a very special food.

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]