Andrew Jackson
(
15 Mac
1767
?
8 Jun
1845
) ialah
Presiden Amerika Syarikat
yang ke-7. Beliau memegang jawatan Presiden A.S selama dua penggal berturut-turut iaitu bermula tahun
1829
sehingga
1837
.
Amerika
memasuki fasa penting selama 8 tahun pemerintahan Presiden Andrew Jackson, berkatnya Amerika Syarikat menjadi lebih kuat.
Andrew Jackson lahir pada
15 Mac
1767
di sebuah ladang, Waxhaw,
Carolina Selatan
. Dua minggu sebelum kelahirannya, ayah beliau telah meninggal dunia. Andrew Jackson menjadi anak yatim sejak lahir. Andrew Jackson diasuh oleh ibu beliau yang tinggal bersama-sama ipar beliau. Pada masa itu beliau tidak memiliki banyak kesempatan untuk bersekolah, namun beliau memiliki kemahuan kuat, semangat merdeka dan keberanian besar yang hidup dalam dirinya.
Pada usia 13 tahun, beliau memasuki tentera Amerika dan turut berjuang dalam
Revolusi Amerika
dalam melawan
Inggeris
, yang kemudian merebak menjadi
Perang Kemerdekaan Amerika
. Beliau pernah ditangkap dan ditawan oleh pihak musuh. Semasa ditawan, beliau pernah menolak untuk menggosok kasut seorang askar Inggeris, askar tersebut memukul beliau dengan sebilah pedang, parut disebabkan oleh pedang itu tidak hilang seumur hidup beliau. Berkat permohonan ibu beliau, beliau dibebaskan dari tawanan, tetapi beberapa bulan kemudian ibu beliau meninggal dunia akibat demam yang diderita beliau ketika beliau bekerja sebagai jururawat sukarela bagi orang Amerika yang ditawan oleh tentera Inggeris. Andrew Jackson menjadi yatim piatu pada usia 14 tahun. Hal ini menimbulkan rasa tidak suka beliau kepada orang-orang Inggeris, perasaan yang berpengaruh selama hidupnya.
Pada mulanya, Andrew Jackson berusaha untuk menjadi seorang guru, lalu beliau mulai belajar undang-undang pada usia 17 tahun. Pembelajaran ini tidak beliau dapatkan melalui sekolah, tetapi dari sebuah pejabat seorang peguam. Beliau lalu mendapat surat keizinan untuk membuka pusat latihan undang-undang dan berpindah ke Nashville, Tennessee lalu beliau menjadi orang yang kaya dan berpengaruh. Beliau menjadi orang pertama yang mewakili negeri Tennessee di
Kongres Amerika Syarikat
, dan kemudian diangkat menjadi senator untuk mengisi kerusi seorang senator yang meninggal dunia. Pada tahun yang sama, beliau keluar dari senat untuk mengurus hal-hal pribadi.
Setelah keluar dari senat, Andrew Jackson menjadi hakim di Makamah Tinggi
Tennessee
.
Pada tahun
1804
, beliau menjadi Mejar Jeneral dalam Tentera Tennessee dan terbukti cekap sebagai seorang tentera, dua tahun kemudian, beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai hakim di Makamah Tinggi Tennessee dan mendedikasikan waktunya pada jabatan ketenteraan. Kecekapannya sebagai seorang tentera membuahkan kemenangan-kemenangan Amerika ke atas Inggeris pada peperangan yang terjadi pada tahun
1812
-
1814
di bawah pemerintahan Presiden
James Madison
, beliau menjadi masyhur dikalangan rakyat Amerika. Hal ini merintis jalan baginya untuk menjadi presiden.
Pernikaha beliau dengan
Rachel Donelson Jackson
tidak dikurniakan keturunan, tetapi beliau mengambil anak saudara isterinya sebagai anak angkatnya, dan menamakannya Andrew Jackson Jr.
Andrew Jackson berusaha untuk dipilih menjadi Presiden pada tahun
1824
, tetapi gagal. Empat tahun kemudian beliau berusaha lagi, dan kali ini berjaya.
Pada tahun
1829
Andrew Jackson dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-7. Sewaktu menjawat, beliau didampingi oleh
John Caldwell Calhoun
(
1829
-
1832
) dan
Martin Van Buren
(
1832
-
1837
) sebagai wakil presiden.
Kemenangannya melambangkan kemenangan rakyat pada umumnya kerana Andrew Jackson melambangkan rasa dan harapan orang biasa. Rakyat umum menaruh kepercayaan pada dirinya dan tetap berdiri di belakangnya.
Andrew Jackson pengikut parti Demokrat, yang hingga kini, tetap berpegang pada prinsip-prinsip yang ditetapkannya.
Pada
4 Mac
1837
, Andrew Jackson meninggalkan
Rumah Putih
, kala itu kekayaannya telah merudum dan kesihatannya semakin buruk.
Pada
8 Jun
1845
, Andrew Jackson meninggal dunia ketika usianya 78 tahun di Hermitage,
Nashville
,
Tennessee
.
Erti baru yang diberikan Andrew Jackson pada istilah "Demokrasi" tetap hidup sebagai sumbangannya yang terbesar pada masa depan.
Slogan beliau yang terkenal adalah
Berikan pemerintahan kepada rakyat
- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)