Zhao Ziyang
(lahir 17 Oktober 1919 - 17 Januari 2005) adalah ahli politik China di
Republik Rakyat China
. Dia adalah
Perdana Menteri Republik Rakyat China
ke-3 (1980-1987), dan Setiausaha Agung
Parti Komunis China
(1987-1989).
Zhao bersikap kritis terhadap dasar
Mao Zedong
dan instrumen dalam melaksanakan pembaharuan pasaran bebas, pertama di
Sichuan
. Dia mwnyokong pembaharuan oleh
Deng Xiaoping
selepas
Revolusi Kebudayaan
. Dia berusaha memerangi
rasuah
. Pada 1980-an, Zhao Ziyang juga seorang penganjur penswastaan syarikat milik negara, pemisahan parti dan negara, dan pembaharuan pasaran ekonomi. Banyak pandangan beliau kemudian dilaksanakan oleh Setiausaha Agung
Hu Yaobang
.
Dia simpati dengan demonstrasi mahasiswa selama
bantahan Dataran Tiananmen 1989
. Ini bertentangan dengan Perdana Menteri
Li Peng
ketika itu. Akibatnya dia dikenakan tahanan terhad di rumah. Dia meninggal dunia di
Beijing
pada tahun 2005, tanpa upacara pemakaman umum yang sepatutnya. Namanya menjadi 'tabu'.
Zhao diangkat menjadi Perdana Menteri pada tahun 1980 untuk menggantikan
Hua Guo-feng
. Sebagai perdana menteri, beliau melaksanakan banyak dasar yang berjaya terutama
Sichuan
- 'kawasan perintis'. Tetapi pembaharuan ekonomi itu dikecam kerana menyebabkan inflasi . Beliau membina hubungan baik dengan negara-negara Barat yang dapat bantuan pembangunan ekonomi China.
Pada 1980-an, Zhao dilabel sebagai Revisionis dari Marxisme . Dia menganjurkan transparansi kerajaan dan dialog kebangsaan dengan orang awam dalam proses pembuatan dasar.
Pada bulan Januari 1987,
Deng Xiaopeng
pemimpin reformis memaksa
Hu Yaobang
mengundurkan diri kerana terlalu lembut terhadap pemrotes mahasiswa
Dataran Tiananmen
1989. Berikutan itu Zhao dilantik menjadi Setiausaha BPK.
Zhao merupakan pemimpin pertama menyokong pengurangan kawalan negara dalam syarikat-syarikat dengan meningkatkan pemilikan swasta melalui saham. Walaupun idea merupakan
tabu
(ditakuti) selama era Zhao, tetapi mulai dilaksanakan pada 1990-an.
Kematian
Hu Yaobang
pada tarikh 15 April 1989. Rasa marah meningkat akibat
inflasi
di China. Penunjuk perasaan menuntut pembasmian rasuah dan menuntut lebih banyak kebebasan. ekoran itu Zhao dikurung dalam rumah tetapi dibenarkan melawat ke
Korea Utara
. PaDA 19 Mei, Zhao muncul di
Dataran Tiananmen
dan memberi ucaoan kepada penunjuk perasaan. Beliau menyerukan para mahasiswa hentikan mogok dan mulakan dialog terbuka. Semua mahasiswa terharu dngan kesediaanya untuk berdialog.
Demonstrasi di
Dataran Tiananmen
masih berterusan. Sehari selepas lawatan Zhao 19 Mei ke Dataran Tiananmen , Perdana Menteri
Li Peng
mengumumkan undang-undang darurat tentera . Zhao ditangkap dan dikenakan tahanan rumah. Jawatan Setiausaha Agung diganti oleh Zemin.
Pada Februari 2004, Zhao mengalami serangan
pneumonia
yang menyebabkan kegagalan
paru-paru
dan dirawat di hospital selama tiga minggu. Laporan kematiannya dinafikan secara rasmi pada awal Januari 2005. Pada tarikh 15 Januari, dia dilaporkan dalam keadaan
koma
selepas beberapa kali
strok
.Zhao meninggal dunia pada 17 Januari di hospital
Beijing
pada 7:01 lago pada usia 85. Dia meninggalkan isteri keduanya, Liang Boqi, dan lima anak.
Kelewatan pengumumkan kematian kerana bimbang terjadi protes sebagaimana semasa kematikan
Zhou Enlai
dan
Hu Yaobang
.
- ^
Prisoner of State
m/s.3