Lesen Awam Am GNU
(
b. Inggeris
:
GNU General Public License
, disingkatkan kepada
GPL
) ialah sejenis
lesen perisian bebas
yang digunakan secara meluas, ditulis oleh
pengguna
untuk
projek GNU
. Versi terkini untuk lesen tersebut ialah versi 3, diterbitkan pada
29 Jun
2007
.
GNU Lesser General Public License
(
LPGL
) adalah versi yang diubah suai daripada
GPL
untuk
pustaka perisian
.
GPL memberikan penerima sesebuah
program komputer
hak-hak berikut:
- hak bagi menggunakan perisian tersebut, untuk sebarang tujuan yang diingini.
- hak bagi mengkaji bagaimana perisian itu ditulis, dan mengubahnya. (Capaian kepada kod sumber adalah pra-syarat baginya)
- hak bagi menyebarkan salinannya.
- hak bagi memperelok perisian, dan mengedarkannya kepada umum. (Capaian kepada kod sumber adalah pra-syarat baginya)
Sebaliknya, lesen pengguna akhir (
end-user licenses - EULA
) yang digunakan oleh perisian hak milik (
proprietary
) biasanya hanya memberikan
pengguna-akhir
hak bagi menyalin perisian tersebut kepada jumlah komputer yang terhad. Peraturan dan syarat perjanjian sebegitu mungkin cuba menghadkan aktiviti yang biasanya dibenarkan oleh undang-undang hakcipta normal, seperti
kejuruteraan undur
.
Perbezaan utama antara GPL dan lesen perisian bebas lebih "permisif" seperti
lesen BSD
adalah GPL cuba memastikan bahawa syarat di atas dikekalkan dalam salinan dan dalam kerja terbitan (
derivative work
). Ia melakukannya melalui mekanisma perundangan yang dikenali sebagai
copyleft
, dicipta oleh Stallman, yang memerlukan kerja terbitan perisian lesen GPL untuk turut juga dilesenkan di bawah GPL. Sebaliknya, lesen jenis BSD membenarkan kerja terbitan disebarkan sebagai perisian hak milik (proprietari).
Mengikut ukuran tertentu, GPL merupakan lesen paling popular bagi
perisian bebas
dan
sumber terbuka
. Sehingga 2004, GPL merupakan 75% daripada 23,479 projek perisian bebas yang disenaraikan di
Freshmeat
, dan sekitar 68% dari projek yang disenaraikan di
SourceForge
. (Tapak ini dimiliki oleh
OSTG
, syarikat yang menyokong
Linux
dan GPL.) Begitu juga, kajiselidik oleh
Red Hat Linux
7.1 pada
2001
mendapati 50% kod sumber dilesenkan di bawah GPL, dan kaji selidik 1997 oleh
MetaLab
, arkib perisian bebas terbesar, menunjukkan bahawa GPL menguasai sekitar separuh dari keseluruhan lesen yang digunakan. Perisian bebas terkenal dyang dilesenkan di bawah GPL termasuk
Linux kernel
dam
Himpunan Penkompil GNU (
GNU Compiler Collection - GCC
)
. Sesetengah perisian bebas lain adalah lesen berkembar di bawah pelbagai lesen, sering kali salah satu lesen merupakan GPL.
GPL ditulis oleh
Richard Stallman
untuk kegunaan program dibina untuk sebahagian daripada
Projek GNU
. Ia berasaskan penyatuan lesen sepertinya yang digunakan bagi versi awal
GNU Emacs
,
GNU Debugger
dan
Himpunan Penkompil GNU (
GNU Compiler Collection - GCC
)
. Lesen tersebut mengandungi syarat yang sama seperti GPL moden, tetapi khusus bagi setiap perisian menjadikannya tidak serasi, sungguhpun mempunyai lesen yang sama.
[1]
Matlamat Stallman adalah menghasilkan satu lesen yang boleh digunakan bagi sebarang projek, dengan itu menjadikannya boleh pelbagai projek berkongsi kod. Ini membentuk GPL versi 1, dibebaskan pada January
1989
.
Menjelang
1990
, ia kelihatan jelas bahawa lesen yang lebih bebas berguna secara strategik bagi pustaka perisian; apabila versi 2 GPL dibebaskan pada Jun
1991
, dengan itu lesen kedua - Library General Public License, atau LGPL - diperkenalkan sejajar dengannya, dan ia juga dinamakan versi 2 untuk menunjukkan bahawa keduanya saling seiring. Nombor versi berpisah pada
1999
apabila versi LGPL 2.1 dibebaskan, yang dinamakan semula sebagai
Lesser General Public License
bagi menunjukkan kedudukannya dalam falsafah GNU.
Menurut Richard Stallman, pertukaran paling utama bagi GPLv2 merupakan klaus "Bebas atau Maut", sebagaimana gelarannya - Section 7.
[2]
Seksyen ini menyatakan bahawa sekiranya seseorang meletakkan kekangan yang "menghalang" mereka daripada mengedar perisian dilindung GPL dalam sebarang cara yang menghad kebebasan pengguna lain (sebagai contoh keputusan perhakiman yang menyatakan mereka hanya boleh mengedar perisian dalam bentuk binari sahaja), mereka tidak boleh mengedarnya langsung.
|
Rencana atau bahagian ini mempunyai maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang berjadual atau yang dijangka di masa hadapan.
Ia mungkin mengandungi maklumat yang berbentuk tentatif dan barangkali bertukar secara mendadak apabila peristiwa mendekati dan lebih banyak maklumat dapat diperolehi.
|
Sehingga 2006, versi 3 bagi GPL sedang ditulis oleh
Richard Stallman
, dengan nasihat perundangan oleh
Eben Moglen
dan
Software Freedom Law Center
[3]
.
Ringkasan Stallman berkenaan cadangan pertukaran penting dalam lakaran pertama termasuk pengendalian isu paten perisian, keserasian lesen perisian bebas, pengtarifan kod sumber, dan "
Digital Restrictions Management
".
[3]
Pertukaran penting lain termasuk perlindungan dari "
tivoization
" dan membenarkan pengarang menambah kekangan tambahan dan syarat bagi sumbangan mereka.
Pada Januari 2006,
Free Software Foundation
memulakan khidmat nasihat awam selama 12-bulan mengenai kemungkinan pertukaran kepada GPL. Proses ini diselaras oleh Free Software Foundation,
Software Freedom Law Center
, dan
Free Software Foundation Europe
. Ulasan dikumpul dari umum melalui portal web
gplv3.fsf.org
.
Richard Stallman menjangkakan GPLv3 selesai pada akhir 2006 atau awal 2007.
[4]
Terdapat banyak salah faham mengenai GPL dan apa yang ia perlu atau benarkan. Yang biasa termasuk:
- Menukar kod sumber GPL memerlukan edaran semula
- GPL tidak semestinya memerlukan seseorang membebaskan kod sumber mereka apabila mengubah atau menggunakan kod yang dirangkum oleh GPL dalam kerja baru. Keperluan ini hanya timbul
apabila projek itu "diedarkan" kepada pihak ketiga
. Sekiranya perisian terhasil kekal untuk kegunaan sendiri oleh penyuntingnya, pendedahan kod sumber tidak diperlukan.
- Pembayaran wang tidak dibenarkan
- GPL jelas membenarkan seseorang bagi
menjual salinan hasil kerja bawah GPL
dan
mengenakan bayaran beban terima baginya
. Pembelian dan bukannya beban terima mungkin memberi lebih makna bagi sudut kemudahan, tetapi ia tidak menukar hak atau tanggung jawab pembeli atau vendor di bawah lesen GPL. Malah, lesen yang hanya membenarkan pengedaran bukan-perdagangan secara automatik tidak serasi dengan GPL.
- ^
Presentation
oleh Richard Stallman, dilakukan pada
2 April
2006
, di persidangan antara bangsa kedua GPLv3, diadakan di Porto Alegre. Pautan langsung kepada seksyen berkenaan prasejarah GPL.
- ^
Presentation
oleh Richard Stallman, pada
21 April
2006
, di persidangan antarabangsa GPLv3 kedua, diadakan di Porto Alegre. Pautan langsung kepada seksyen itu berkenaan klaus "Bebas atau Merdeka".
- ^
a
b
Presentation
oleh Richard Stallman pada 25 Februari,
2006
di
Brussel
,
Belgium
- hari pertama persidangan
FOSDEM
tahun itu.
- ^
Overview of GPL v3 Changes
, pembentangan yang dibuat pada
22 Jun
2006
di persidangan antarabangsa GPLv3 ketiga, diselaraskan oleh FSFE di Barcelona
|
Wikisumber
mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
|
|
---|
Sejarah
| | |
---|
Lesen
| |
---|
Perisian
| |
---|
Penceramah
| |
---|
Topik lain
| |
---|