Bahasa Jerman
(
Deutsch
disebut
[d??t?]
(
bantuan
·
info
)
) adalah sebuah
bahasa Jermanik Barat
. Ia anggota
cabang Barat
rumpun
Jermanik
dalam
keluarga bahasa Indo-Eropah
dan salah satu dari bahasa dunia utama, dituturkan oleh lebih daripada 120 juta orang di sekurang-kurangnya 38 negara dunia.
Bahasa Jerman
|
---|
|
Sebutan
| [d???t?]
|
---|
Asli?kepada
| Jerman
,
Austria
,
Switzerland
,
Liechtenstein
,
Belgium
dan
Luxembourg
|
---|
Kawasan
| Eropah Tengah
,
Eropah Barat
|
---|
Penutur bahasa
| Penutur asli: 100 juta
Bahasa kedua: 80 juta
|
---|
| |
---|
|
Bahasa rasmi?di
| Jerman
,
Austria
,
Liechtenstein
,
Switzerland
,
Luxembourg
,
Belgium
,
Kesatuan Eropah
. Kawasan atau bahasa rasmi tempatan di:
Denmark
,
Itali
,
Poland
(Bahasa rasmi dari
Namibia
hingga 1990).
|
---|
|
ISO 639-1
| de
|
---|
ISO 639-2
| ger
?(B)
deu
?(T)
|
---|
ISO 639-3
| deu
? kod inklusif
Kod individu:
deu
|
---|
Komuniti major penutur-Jerman
|
Bahasa ini mula
dikamuskan
bersama
bahasa Melayu
dalam suatu perbendaharaan kata dwibahasa tahun 1601 dikarang Gotthard Arthur, seorang guru di sekolah kota
Frankfurt
semasa menyunting makalah perjalanan
Petits voyages
gubahan anak-beranak Johann dan Theodor de Bry yang mencatat pemerhatian flora dan fauna sepanjang pelayaran di
kepulauan Maluku
yang sezaman.
[1]
Taburan geografi
sunting
Bahasa Jerman digunakan sebagai bahasa utama di
Jerman
,
Austria
,
Liechtenstein
,
Luxembourg
, dua pertiga
Switzerland
, di South Tirol, di komuniti berbahasa Jerman
East Cantons
di
Belgium
, dan di dalam komuniti berbahasa Jerman di sempadan
Denmark
yang dahulunya dikenali sebagai South Jutland Country.
Di Luxembourg dan juga di daerah
Alsace
di
Perancis
, populasi natif ini menuturkan bahasa Jerman beberapa dialek dan sesetengah daripada mereka juga menggunakan bahasa Jerman standard, tanpa sebarang dialek terutamanya di Luxembourg, walaupun di Alsace dan Lorraine menggunakan hampir di keseluruhan daerah tersebut bahasa Jerman berdialek.
Beberapa komuniti berbahasa Jerman masih wujud di sesetengah tempat di Romania, Republik Czech, Hungari dan seterusnya Rusia dan Kazakhstan. Walaupun selepas Perang Dunia ke-2, terdapat penghijrahan secara besar-besaran ke Jerman pada tahun 1980-an dan 1990-an telah menyebabkan populasi komuniti berbahasa Jerman di negara-negara berikut berkurangan. Terdapat juga komuniti berbahasa Jerman di Portugis, Sepanyol, Itali, Moroko, Egypt, Israel, Cyprus, Turki, Greece, United Kingdom, Belanda, Scandinavia, Siberia di Rusia, Hungari, Romania, Bulgaria dan bekas Yugoslavia (Bosnia Herzegovina, Serbia, Kroatia, Slovenia).
Selain
diftong
, bunyi vokal dalam bahasa Jerman adalah seperti yang berikut.
|
A
|
A
|
E
|
I
|
O
|
O
|
U
|
U
|
Pendek
|
/a/
|
/?/
|
/?/, /?/
|
/?/
|
/?/
|
/œ/
|
/?/
|
/?/
|
Panjang
|
/aː/
|
/?ː/, /eː/
|
/eː/
|
/iː/
|
/oː/
|
/øː/
|
/uː/
|
/yː/
|
Bunyi
/?/
pendek dijadikan
[?]
dalam suku kata ditekan (termasuk stres sekunder), tetapi dibunyikan
[?]
pada suku kata tak bertekanan. Perhatikan bahawa stres pendek
/?/
dapat dieja baik dengan
e
mahupun
a
(misalnya,
hatte
'mungkin' dan
Kette
'rantai' berirama). Secara amnya, vokal pendek adalah terbuka dan vokal panjang adalah tertutup. Pengecualian yang satu bunyi terbuka
/?ː/
bagi bunyi panjang
A
; dalam beberapa jenis bahasa Jerman piawai,
/?ː/
dan
/eː/
telah bergabung menjadi
[e:]
, menghilangkan anomali ini.
Dengan lebih kurang 26 fonem, bahasa Jerman memiliki jumlah konsonan setaraf dengan nilai purata bunyi konsonan bahasa-bahasa lain. Bunyi-bunyi konsonan yang terdapat dalam bahasa baku adalah seperti di bawah.
- 1
/x/
mempunyai dua alofon,
[x]
dan
[c]
, masing-masing selepas vokal belakang dan depan.
- 2
/r/
mempunyai tiga alofon dalam variasi bebas:
[r]
, {{IPA|[?]}] dan
[?]
. Dalam suku kata, alofon
[?]
terdapat dalam pelbagai jenis.
- 3
Hentian tanpa suara
/p/
,
/t/
,
/k/
dibunyikan
berhembus
kecuali jika didahului oleh
sibilan
, sama seperti bahasa Inggeris.
- 4
/d??/
dan
/?/
berlaku hanya dalam kata pinjaman (biasanya Inggeris atau Perancis).
- Apabila suku kata tertekan mempunyai vokal awal, suku kata akan didahului oleh
[?]
. Oleh kerana kehadirannya dapat diramalkan dari konteks,
[?]
tidak dianggap sebagai fonem.
Bahasa Jerman ditulis menggunakan aksara
Rumi
. Sebagai tambahan dari 26 huruf Rumi lazim, terdapat tiga simbol bagi suara vokal dengan
umlaut
(dwititik)?: a, o dan u, serta
eszett
atau “
scharfes S
” ("S tajam"):
ß
. Eszett tidak diakui dan digunakan di Switzerland dan Liechtenstein, dan digantikan dengan "ss". Dalam penulisan dengan alat yang tidak memiliki ciri simbol bagi huruf tambahan tersebut, a, o dan u masing-masing dapat ditulis dengan gabungan "ae", "oe", dan "ue", serta "ss" sebagai gantian kepada ß. Dalam kamus-kamus masa kini entri dengan umlaut diperlakukan sama dengan huruf induknya, sedangkan dalam kamus lama biasanya ia diperlakukan seperti huruf induk yang diikuti dengan "e".
Eszett
menurut penetapan ejaan baharu (diperkenalkan sejak 1996 dan dikuatkuasakan efektif 2006, namun ditolak oleh beberapa surat kabar dan penerbit tertentu) hanya dipakai setelah vokal panjang dan diftong. Pada pengejaan sebelumnya,
eszett
lebih sering ditemukan dan tidak ada aturan jelas mengenai penggunaannya. Bentuk huruf besar bagi
eszett
telah diperkenalkan dan dipakai pada penulisan yang menggunakan huruf besar sepenuhnya, dengan pengesahan rasmi dibuat pada 2017 oleh pihak pemerintahan Jerman.
[2]
Pada masa lalu, bahasa Jerman menggunakan versi Rumi khas yang dikenal sebagai jenis huruf tebal atau jenis huruf Schwabacher dan disertai dengan bentuk sambungan yang bersesuaian (seperti Kurrent dan Sutterlin). Bentuk-bentuk ini jauh berbeza dengan bentuk Rumi pada masa kini (seperti serif atau sans-serif) dan amat sukar dibaca bagi orang yang tidak terlatih. Pihak
Nazi
bahkan menyarankan penggunaan huruf jenis fraktur dan schwabacher, tetapi kemudian melarangnya pada tahun 1941 karena dianggap "berbau Yahudi".
Sebilangan besar kosa kata Jerman berasal daripada cabang Jermanik bagi keluarga bahasa Indo-Eropah.
[3]
Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar
kata pinjaman
daripada bahasa lain, khususnya
bahasa Latin
,
Yunani
,
Itali
,
Perancis
dan kini,
Inggeris
.
[4]
Pada awal abad ke-19, Joachim Heinrich Campe menganggarkan bahawa seperlima daripada keseluruhan kosa kata Jerman berasal daripada bahasa Perancis atau Latin.
[5]
- ^
Mahdi, Waruno (2007).
Malay Words and Malay Things: Lexical Souvenirs from an Exotic Archipelago in German Publications Before 1700
. Otto Harrassowitz Verlag. m/s.?69, 323?334.
ISBN
978-3-447-05492-8
.
- ^
Ha, Thu-Huong.
"Germany has ended a century-long debate over a missing letter in its alphabet"
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
5 December
2017
.
According to the council’s 2017 spelling manual: When writing the uppercase [of ß], write SS. It's also possible to use the uppercase ?. Example: Straße ? STRASSE ? STRA?E.
- ^
Leao, Pedro Macedo (2011).
Germany?: Keys to understanding German Business Culture
(ed.?pertama). USA: Lulupress.
ISBN
9781447862956
.
- ^
"Foreign Words (Fremdworter)"
.
www.dartmouth.edu
. Dicapai pada
23 Februari
2020
.
- ^
Uwe Porksen, German Academy for Language and Literature's Jahrbuch [Yearbook] 2007 (Wallstein Verlag, Gottingen 2008, pp. 121?130)