Yui
|
---|
Yui ketika Anugerah Muzik Video MTV 2006 Jepun, di Tokyo
|
|
Kelahiran
| (
1987-03-26
)
26 Mac 1987
(umur
37)
Wilayah Fukuoka
, Jepun
|
---|
Genre
| Pop
,
Rock
|
---|
Pekerjaan
| Penyanyi-penulis lagu, pemain gitar, pelakon
|
---|
Instrumen
| Vokal, gitar, gitar bass, gitar elektrik, piano, dram
|
---|
Tahun aktif
| 2004–kini
|
---|
Syarikat rakaman
| Studioseven
,
Gr8!
,
Leaflet
|
---|
Pengkarya berkait
| Flower Flower
|
---|
Laman sesawang
| yui-net
.com
|
---|
|
Martin D-28
Fender GA-45SCE
D1-LD0
Fender GDC200 SCE
Fender Stratocaster
Squier Bronco Bass
Fender Telecaster
|
Yui
(lahir 26 Mac 1987), juga dikenali sebagai
YUI
, merupakan penulis lagu dan penyanyi, pemain pelbagai instrumen dan pelakon. Dilahirkan dan dibesarkan di
Wilayah Fukuoka
, beliau bermain secara langsung di pelbagai lokasi di kampungnya sebelum diketahui oleh
Sony Music Jepun
ketika berumur 17 tahun dan mengeluarkan debut singlenya berbulan-bulan kemudian. Bagaimanapun single beliau hanya mencapai kejayaan sederhana sehingga munculnya "
Good-bye Days
", yang telah berada di dalam carta selama 44 minggu di
Oricon
dan menjadikannya sebagai salah seorang bintang baharu industri muzik Jepun ketika itu.
[1]
Sejak album debutnya,
From Me to You
diterbitkan, setiap album solonya sentiasa mendapat tempat teratas carta, dengan satu single dari setiap album mengungguli tempat pertama carta Oricon dari tahun 2007 sehingga 2012, iaitu lima kali berturut-turut dari pertengahan 2008 hingga penghujung 2010.
[2]
Beliau sangat popular di Jepun dan negara-negara berhampirannya, mengungguli tempat pertama pada tahun 2011 melalui undi "Artis Wanita Paling Disayangi" oleh
Count Down TV
[3]
dan "Artis Yang Ingin Dikahwini" melalui
Music Station
,
[4]
serta "Artis Jepun Paling Popular" melalui
Radio Television Hong Kong
.
[5]
Beliau berhenti menjadi artis solo pada tahun 2012 dan membentuk kumpulan muzik
Flower Flower
pada 2013.
Yui dilahirkan di
Fukuoka, Jepun
.
Associated Press
melaporkan nama penuhnya ialah Yui Yoshioka.
[6]
[7]
Dibesarkan oleh ibunya selepas ayahnya meninggalkan keluarga ketika beliau masih berumur tiga tahun. Beliau dibesarkan dengan muzik, mendengar radio, dan menyanyi. Semasa sekolah rendah, beliau merancang untuk menjadi penyanyi.
[8]
Beliau sangat pemalu dan sering mengelak dari bercakap dengan orang lain semasa kecil, sentiasa bermain di kaki gunung, tepi sungai, laut dan sawah padi secara bersendirian.
[9]
Semasa tahun ketiga di sekolah rendah, ibunya menggalakkannya untuk menulis jurnal perasaan dan cuba menyusunnya menjadi puisi. Bermula sekolah menengah, beliau mula menulis lagu, lalu mengekspresikan dirinya sedikit demi sedikit.
[9]
[10]
Beliau juga bekerja sambilan di sebuah restoran Cina untuk membantu membiayai tuisyennya. Antara muzik, sekolah dan kerja, dia hanya mempunyai satu atau dua jam waktu tidur, dan tidak pernah terfikir untuk merealisasikan kerjaya impiannya melalui muzik ketika itu.
[11]
Akibatnya beliau jatuh sakit; sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital, menjadikannya membuat keputusan bahawa pelajaran dan muzik tidak boleh wujud bersama.
[11]
Tidak lama selepas meninggalkan hospital, beliau mendapat peluang untuk melihat
persembahan jalanan
pertamanya.
[11]
Di akhir persembahan, beliau menyatakan keinginan untuk meneruskan kerjaya muzik, kepada kumpulan Bianco Nero, yang mengadakan persembahan ketika itu. Kumpulan tersebut menasihati Yui agar menyertai sekolah muzik swasta, juku. Namun, Yui membuat keputusan untuk berhenti dari sekolah menengah dan mula belajar bermain gitar dan menulis lagu melalui acara "Voice" di kelas khusus di kota kelahirannya, Fukuoka.
[11]
[12]
Nekad untuk menjadi seorang artis profesional, beliau membuat persembahan jalanan di setiap jalan-jalan di Stesen Tenjin Fukuoka. Persembahan jalanan ini membantu Yui mengatasi rasa malu.
Kerjaya profesional muzik Yui bermula pada bulan Mac 2004 apabila guru muziknya mengesyorkan Yui agar menyertai ujibakat yang dikendalikan oleh
Sony Music Japan
.
[13]
Walaupun peserta dibenarkan menyampaikan dua buah lagu, beliau menyanyikan lagu "Why Me" (lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album debut oleh Sony Records
Feel My Soul (lagu)
), diikuti oleh "It's Happy Line," dan kemudian sebahagian daripada "
I Know
", dengan harapan hakim akan mendengar lagu ketiganya sehingga habis.
[11]
Hakim kemudiannya memberikannya markah penuh.
Pada 24 Disember 2004, Yui menerbitkan single debutnya, "It's Happy Line", di bawah label Leaflet Records, bersama dengan lagu "I Know," dan menerbitkan hanya 2,000 salinan sahaja.
Semasa menuju ke Tokyo meninggalkan kampungnya, Yui menulis lagu "
Feel My Soul
" sebagai penghargaan kepada kampung halamannya, Fukuoka. Pada mulanya beliau merancang menerbitkan lagu ini dari label indie, namun penerbit Fuji Television, Yamaguchi tertarik dengan suara Yui dan mengajak beliau menerbitkan lagu untuk drama
Fukigen na Gene
,
[14]
Muzik dari
Fukigen na Gene
adalah inspirasinya dari lagu-lagu "Feel My Soul" dan "It's Happy Line."
Pada 23 Februari 2005, Yui menerbitkan single debutnya "Feel My Soul". Disebabkan publisiti drama, "Feel My Soul" berjaya terjual 100,000 salinan dan mendapat tempat ke-8 carta
Oricon
. Tiga singlenya, "
Tomorrow's Way
" (lagu tema bagi filem
Hinokio
), "
Life
" (tema akhir ke-5 bagi anime
Bleach
), dan "
Tokyo
" tidak berjaya seperti "Feel My Soul". Yui kemudiannya menerbitkan album debutnya ini pada 22 Februari 2006, bertajuk
From Me to You
, yang hanya mendapat tempat keempat pada carta
Oricon
dan bertahan selama 121 minggu.
[15]
Yui muncul berlakon melalui filem
Song of the Sun
(Taiyou no uta, タイヨウのうた),
[16]
yang disiarkan pada 17 Jun 2006. Filem ini pernah ditayangkan pada
Festival Filem 2006 Cannes
.
[17]
Beliau mempunyai cara tersendiri membawa wataknya , seperti membayangkan perbualan tanpa skrip antara wataknya dan watak orang lain.
[18]
[19]
Yui menyertai
Japan Academy Prize
, memenangi Anugerah Pendatang Baru bagi
Midnight Sun
. Bersama filem tersebut, Yui menghasilkan single kelimanya "
Good-bye Days
," yang ditulis khas untuk filem berkenaan. Single tersebut laris, dengan lebih daripada 200,000 salinan terjual. Kesemua tiga lagu dari album singlenya dimuatkan dalam
Midnight Sun
. Dalam single tersebut juga dimuatkan semula lagu "It's Happy Line," dari singlenya terdahulu.
Single Yui seterusnya, "
I Remember You
", juga berjaya mengecapi populariti "Good-bye Days". Single ketujuhnya, "
Rolling Star
" dipilih sebagai tema pembukaan ke-5 bagi anime
Bleach
. Single kelapan, "
Cherry
" ada dimuatkan dalam iklan
KDDI
, iaitu Perkhidmatan Mobile.
[
perlu rujukan
]
Beliau kemudian menerbitkan album kedua
Can't Buy My Love
pada 4 April 2007. Album tersebut menduduki tempat pertama selama dua minggu pada carta Oricon, mengatasi rekod jualan album terdahulu dalam masa satu minggu.
Can't Buy My Love
berjaya terjual lebih 680,000 salinan. Disebabkan kejayaan
Can't Buy My Love
, album terdahulu Yui,
From Me to You
sekali lagi dimasukkan ke dalam carta, menambahkan bilangan 9,000 salinan menurut kiraan Oricon.
[20]
Yui menerbitkan single ke-9, "
My Generation/Understand
" pada 13 Jun 2007, iaitu single pertama double A-side. "My Generation" dipilih sebagai tema penutup drama TV
Seito Shokun!
, dan "Understand" dipilih sebagai lagu tema filem
Dog in a Sidecar
(サイドカ?に犬),
[21]
(dibintangi oleh
Y?ko Takeuchi
). Single ini mengungguli tempat pertama carta Mingguan
Oricon
pada minggu pertama ia diterbitkan.
Single kesepuluh, "
Love & Truth
" diterbitkan pada 26 September 2007. Ia menjadi lagu tema bagi filem
Closed Note
(クロ?ズド?ノ?ト) (dibintangi oleh
Erika Sawajiri
). Pada waktu itu, kedua-dua albumnya diterbitkan semula sebagai Edisi Winter Sleeve dengan muka album alternatif foto "Love & Truth". Konsert langsung DVD pertamanya
Thank You My Teens
diterbitkan pada 14 November 2007, yang mengandungi filem pendek dari jelajah konsert langsungnya.
[22]
Pada 19 November 2007, Yui membuat persembahan terbuka di
Nippon Budokan
dan tiketnya habis terjual.
[23]
Konsert Budokan diatur seperti persembahan langsungnya semasa beliau mula-mula membuat persembahan jalanan di Fukuoka.
[23]
Single kesebelas, "
Namidairo
", diterbitkan pada 27 Februari 2008.
[24]
Yui menggubah lagu tersebut supaya terdengar "misteri dan sedih" untuk dimuatkan ke dalam drama televisyen
4 Shimai Tantei Dan
. Semasa proses penulisan lagu itu, beliau hanya menyatakan "I'm fine" bagi menenangkan situasi
[25]
Korus lagu itu ditulis tanpa sengaja semasa dinyanyikan oleh Yui.
Single kesebelas, "Laugh Away", diterbitkan bersama sebuah video promosi di mana lagu ini digunakan dalam iklan "Watering KissMint" oleh
Glico
. Kemudian "Laugh Away" diterbitkan dalam bentuk digital pada 10 Mac 2008.
Album studio ketiganya diterbitkan pada 9 April 2008 bertajuk
I Loved Yesterday
. Album tersebut terus mendapat tempat pertama Carta Mingguan Oricon dan terjual lebih daripada 400,000 salinan. Track ke-10 dari album ini, bertajuk "Oh Yeah", digunakan bagi tema rancangan televisyen pagi,
Mezamashi TV
, album versi edisi terhad disertakan dengan DVD yang mengandungi video muzik dari singlenya terdahulu serta filem-filem pendek dari persembahan langsungnya semasa di
Nippon Budokan
. Lagu-lagu dari album digubah berentak semi-balada dengan tema yang sama seperti dahulu.
[26]
Persembahan jelajah Yui yang ketiga, digelar "Oui: I Loved Yesterday'" bermula pada bulan Mei 2008 dan berakhir hingga Julai.
[27]
My Short Stories/Holidays in the Sun
(2008?2010)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Pada 2 Julai 2008, Yui menerbitkan "
Summer Song
," sekali lagi menduduki tempat pertama Carta Mingguan Oricon.
[28]
"Summer Song" terjual 83,440 salinan dalam seminggu, menjadikan ia sebagai single kedua tertinggi terjual dalam masa seminggu selepas "Love & Truth."
Yui menerbitkan album kompilasi B-side,
My Short Stories
,
[29]
pada 12 November 2008, yang menduduki tempat pertama Carta
Oricon
. Album tersebut mengandungi kesemua track B-side dari kesemua singlenya, bersama lagu baru, "I'll Be."
[30]
Yui menjadi artis wanita kedua dengan kompilasi album B-side mengungguli carta, selepas
Touch Me
oleh
Seiko Matsuda
pada 1984. Album kompilasi terakhir yang mencapai tempat pertama ialah
Mr. Children
B-Side
pada Mei 2007. Melalui kejayaan "
My Short Stories
", penjualan album pertamanya,
From Me to You
meningkat sekali lagi.
Melalui blog entrinya "Yui Diary" pada 29 Ogos 2008, Yui menyatakan hasratnya menangguhkan sementara kemunculannya di hadapan umum dan ingin menumpukan perhatian kepada perancangan untuk tahun seterusnya. Dalam masa tersebut beliau menulis untuk lagu "I Do It" bersama kumpulan muzik wanita
Okinawa
,
Stereopony
. Lagu tersebut menjadi single ketiga Stereopony pada 22 April 2009.
[31]
Yui muncul semula pada 25 Mac 2009 melalui laman rasminya dengan single terbaharu bertajuk "
Again
." Lagu ini dipilih bagi tema pembukaan musim baru anime
Fullmetal Alchemist: Brotherhood
, yang ditayangkan pada 5 April 2009. Single ini diterbitkan pada 3 Jun 2009.
[32]
"Again" disenaraikan dalam carta teratas Oricon dan terjual lebih daripada 110,000 salinan semasa minggu pertamanya pada 2009.
[33]
Laman Web, Yui-net.com mengumumkan penerbitan single double-A side kedua bertajuk "
It's All Too Much/Never Say Die
" pada 27 Julai 2009. Dua lagu dimuatkan dalam filem adaptasi manga
Kaiji
.
[34]
Single tersebut diterbitkan pada 7 Oktober 2009 dan
Kaiji
ditayangkan pada 10 Oktober 2009. Single itu menduduki tempat pertama, terjual lebih 75,000 salinan pada minggu pertama. Pada 20 Januari 2010, Yui menerbitkan "
Gloria
", dan terjual lebih 80,000 salinan pada minggu pertama serta menduduki carta teratas Oricon.
[35]
Single beliau yang seterusnya, "
To Mother
," diterbitkan pada 2 Jun 2010, sekali lagi mengungguli carta.
[36]
Pada 14 Julai 2010, Yui menerbitkan album studio keempat
Holidays in the Sun
, yang mengandungi lagu "Summer Song" dan "To Mother". Album ini juga menjadi album keempatnya dalam senarai carta teratas Oricon. Ia terjual lebih 300,000 salinan dan dianugerahkan sebagai Platinum.
[37]
[38]
Singlenya, "
Rain
" diterbitkan pada 24 November 2010,
[39]
dan menerbitkan double-A side, "
It's My Life/Your Heaven
," pada 26 Januari 2011. Yui kemudian ke Sweden bagi penggambaran video muzik "Your Heaven", yang juga mengandungi filem-filem pendek berkenaan dirinya melawat ke pelbagai tempat di Sweden.
[40]
DVD jelajah Yui,
Holidays in the Sun
diterbitkan pada 9 Mac. Single terbaharunya, "
Hello (Paradise Kiss)
", diterbitkan pada 1 Jun 2011, A-side dan B-side menjadi lagu tema pembukaan dan penutup bagi filem aksi "
Paradise Kiss
." Pada 16 Jun 2011, Yui ke Hong Kong mengadakan konsert antarabangsa di
AsiaWorld-Expo Arena
, di hadapan 14,000 penonton.
[41]
Yui melawat sekolah yang dilanda musibah
Gempa bumi T?hoku dan tsunami 2011
pada 7 Julai 2011, bagi mengadakan konsert amal. Singlenya "
Green a.Live
" menyatakan emosi dan perasaaannya terhadap peristiwa tersebut, telah disiarkan pada 5 Oktober 2011.
[42]
Ia telah disiarkan awal melalui rancangan radio
Tokyo FM
School of Lock
pada 22 Ogos.
[43]
"Green a.Live" menduduki carta teratas, dan menjadi single pertamanya sejak "To Mother."
Pada 2 November 2011, Yui menerbitkan album kelimanya,
How Crazy Your Love
. Album tersebut berada pada carta teratas, dan terjual 50,000 salinan pada hari pertama terbitannya. Ia kemudiannya mendapat tempat pertama pada carta mingguan ? menjadikan
How Crazy Your Love
sebagai album kelima mencapai tempat pertama dalam masa seminggu.
[44]
[45]
Beliau memulakan jelajah kelimanya pada 11 November 2011 untuk mempromosikan album terkininya ketika itu.
[46]
[47]
Single Yui yang seterusnya diumumkan melalui penyertaannya pada Ncon (Nコン), iaitu sebuah pertandingan muzikal nasional.
[48]
Yui terpilih untuk menggubah lagu bagi kategori sekolah menengah. Lagu tersebut kemudiannya diberi tajuk "
fight
" pada
R no Housoku
(Rの法則), dan diterbitkan pada 5 September 2012.
[49]
Melalui video yang dimuatnaik menerusi saluran rasmi
Vevo
Yui pada 18 Disember 2012, beliau mengumumkan untuk berhenti daripada meneruskan karier muziknya. Beliau mnerangkan bahawa "...Yui sangat berharga dan istimewa baginya, jadi saya ingin meninggalkannya buat sementara waktu." Bagi peminat, katanya, "Sebenarnya, antara sebab untuk saya muncul semula adalah disebabkan oleh peminat. Sebab ketara adalah saya tidak mahu mereka melihat saya berpatah hati, andainya ia berlaku ."
[50]
Yui kembali menyanyi semula bersama sebuah kumpulan muzik,
Flower Flower
, yang mengadakan persembahan di seluruh Jepun.
[51]
Kumpulan ini telah menerbitkan empat single digital Jepun; "Tsuki (月)," "Kamisama (神?)," "Natsu/Aki (夏/秋)" dan "Subarashii Sekai (素晴らしい世界)". Pada 27 Mac 2014, Yui menyatakan dalam blog kumpulan muziknya bahawa beliau menderita
kecelaruan panik
, yang menyebabkan dia terpaksa membatalkan beberapa persembahan.
[52]
[53]
Walau bagaimanapun kumpulan tersebut tetap menerbitkan album studio pertamanya,
Mi (?)
pada 26 November 2014.
[54]
Album tersebut mendapat tempat ke-5 menerusi Carta Mingguan Oricon selama 11 minggu.
[54]
Pada 17 April 2015, Yui mengumumkan melalui blog rasmi kumpulan bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki bukan dari kalangan artis dan sedang mengandung.
[55]
Pada bulan Ogos 2015, Yui telah melahirkan bayi lelaki kembar .
[56]
Flower Flower menerbitkan single, "Takaramono (?物)," pada 9 September 2016, yang menduduki tempat ke-10 dan kekal dalam carta selama lima minggu .
[57]
Ketika membicarakan mengenai single tersebut, hampir setahun setengah selepas projek, Yui menyatakan: "Saya tidak terfikir untuk menghasilkan lagu lagi, tapi sejujurnya saya berpuas hati yang saya mampu lakukan."
[58]
[59]
Pada musim panas 2017, Flower Flower muncul dalam pelbagai festival, termasuklah di
Rock in Japan Festival 2017
dan
Summer Sonic 2017
, menyebabkan muncul spekulasi menyatakan kumpulan tersebut akan menghasilkan single terbaharu.
[60]
Dalam beberapa siri konsert di Osaka and Tokyo, kumpulan tersebut mengumumkan mereka akan menerbitkan "Mannequin (マネキン)" pada 2 Ogos 2017.
[60]
Dalam temuramah yang didedahkan oleh laman web rasmi kumpulan, Yui menyatakan yang lagu berkenaan dikategorikan sebagai lagu "summer"
Pop rock
song, yang mempunyai elemen seperti pop, namun semasa penghasilan dan rakaman, lagu tersebut lebih cenderung ke arah
hard rock
.
[61]
Apabila membandingkan single dengan B-side, "Drama (ドラマ)," Yui yakin dengan meletakkan elemen yang keras, dan lagu ke arah kebaratan dalam single "Mannequin" adalah sejajar dengan "Drama", dan ini dilihat lebih seimbang.
[61]
Pada 11 November 2017, Yui melaporkan kepada media yang beliau telah bercerai dengan suaminya pada penghujung Ogos 2017,
[62]
dan mendapat hak penjagaan terhadap anak-anak yang dilahirkannya.
[63]
Flower Flower menerbitkan album studio keduanya, "Spotlight (スポットライト)," pada 14 Mac 2018.
[64]
Spotlight diterbitkan dua setengah tahun selepas album Flower Flower terdahulu,
Mi
, tetapi mengandungi lagu-lagu yang dihasilkan semasa persembahan-persembahan langsung mereka yang terdahulu.
[65]
- Album studio sebagai artis solo
- Album Studio bersama Flower Flower
- Album kompilasi
|
|
- Yui First Tour 2006 "7 Street": Live Life Love (21 Mac ? 18 April 2006)
- Yui Second Tour 2007 "Spring & Jump": Can't Buy My Love (13 April ? 1 Jun 2007)
- Yui Third Tour 2008 "Oui": I Loved Yesterday (5 Mei ? 19 Julai 2008)
- Yui Fourth Tour 2010: Hotel Holidays in the Sun (12 September ? 2 November 2010)
- Yui Fifth Tour 2011: "Cruising": How Crazy Your Love (11 November 2011 ? 25 January 2012)
[46]
- Yui Live 2007 at
Nippon Budokan
(19 November 2007)
- Yui Live 2011: Hong Kong Hotel Holidays in the Sun (26 June 2011)
- YUI × Bianconero - Goodbye to You (Our Music, 8 April 2005)
- YUI × Suga Shikao - Yozora no Mukou (Our Music, 12 Ogos 2005)
- YUI - M (Our Music, June 23, 2006)
- YUI × Bianconero - Yasashisa ni Tsutsumareta Nara (Our Music, 7 Julai 2006)
- YUI - Friends (Our Music, 28 September 2007)
- YUI × Hideaki Tokunaga - Sotsugyou Shashin (Our Music, 19 Oktober 2007)
- YUI × BO GUMBO3 - Yume no Naka (Our Music, 16 Julai 2010)
- YUI × Kazuyoshi Saito - Zutto Suki Datta (Our Music, 4 November 2011)
- YUI - Tsubasa wo Kudasai (Music Lovers, April 2012)
- ^
"Good-bye Days"
(dalam bahasa Jepun).
Oricon
. Dicapai pada
July 30,
2011
.
- ^
YUIのリリ?ス一?
(dalam bahasa Japanese).
Oricon
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Shinji Suzuki, Takayuki Ishibashi/K? Serata, Shintar? ?ki (producers) (August 13, 2011). "CDTV Top 30 Most Dearest Female Artist".
Count Down TV
(dalam bahasa Japanese).
Tokyo Broadcasting System
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
) CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Tamori, Yoshie Takeuchi (June 6, 2011). "Music Station".
Music Station
(dalam bahasa Japanese).
TV Asahi
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"22nd Pop International Poll"
(dalam bahasa Chinese).
Radio Television Hong Kong
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada November 22, 2014.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
Lee, Min (May 15, 2011).
"Japanese Singer Yui Eyes Bigger Foreign Fan Base"
. Associated Press
. Dicapai pada
December 2,
2011
.
- ^
Lee, Min (June 27, 2011).
"Japanese Singer Yui Stages First Foreign Show"
. Associated Press
. Dicapai pada
December 2,
2011
.
- ^
"Interview with Yui (page 5)"
(dalam bahasa Japanese). Livedoor.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
a
b
Oricon Style
, February 2, 2006
(Jepun)
- ^
"Interview with Yui (page 3)"
(dalam bahasa Japanese). Livedoor.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
a
b
c
d
e
Rockin' on Japan
, May 2007
(Jepun)
- ^
News Maker, July 2007
(Jepun)
- ^
"Interview"
. Excite. Diarkibkan daripada
yang asal
pada April 13, 2008.
- ^
映?「カイジ 人生逆?ゲ?ム」での再?
(dalam bahasa Japanese)
. Dicapai pada
July 26,
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"FROM ME TO YOU | YUI"
.
ORICON NEWS
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
"Midnight Sun"
. Shochiku. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Februari 5, 2007
. Dicapai pada
Mac 11,
2007
.
- ^
"Complete Cannes 2006 Line-up"
. Shochiku. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Mei 26, 2012
. Dicapai pada
Mac 11,
2007
.
- ^
Templat:Cite DVD
- ^
Mcgue, Kevin (January 25, 2007). "Enough to Make You Weep".
South China Morning Post
.
- ^
"2007年04月02日~2007年04月08日 オリコン週間 CDアルバムランキング 21~30位"
.
ORICON NEWS
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
"Yui-net Discography"
. Yui-net
. Dicapai pada
May 21,
2007
.
- ^
Thank you My teens
(DVD) (dalam bahasa Japanese). Japan: Sony Music Distribution. November 13, 2007.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
a
b
B-PASS, February, 2008
(Jepun)
- ^
World of Yui | Yui News, Community, Fansite, Gallery: New Yui Single!
- ^
Lawson Ticket, April 2008
(Jepun)
- ^
"I Loved Yesterday-Yui"
. allmusic
. Dicapai pada
October 23,
2011
.
- ^
"Official Yui 3rd Tour Information"
. Yui-net. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Mac 5, 2008
. Dicapai pada
Mac 10,
2008
.
- ^
"Confirmation of a new single release by Sony Music Japan"
.
- ^
"Confirmation of new album title "My Short Stories
"
"
(dalam bahasa Japanese). Yui-net. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Januari 12, 2005
. Dicapai pada
September 17,
2008
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Confirmation of new song title "I'll be
"
"
(dalam bahasa Japanese). Yui-net. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Januari 12, 2005
. Dicapai pada
September 8,
2008
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"News about Yui x Stereopony Collaboration of "I Do It
"
"
(dalam bahasa Japanese). Oricon News
. Dicapai pada
March 3,
2009
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Confirmation of Yui's new single, "Again
"
"
(dalam bahasa Japanese). Livedoor
. Dicapai pada
March 26,
2009
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"YUI自己最高記?更新で完全復活! 09年女性最高初動でシングル首位"
(dalam bahasa Japanese).
Oricon
. June 9, 2009
. Dicapai pada
June 9,
2009
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Confirmation of new single "It's all too much/Never say die
"
"
(dalam bahasa Japanese). Yui-net. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Jun 23, 2009
. Dicapai pada
Julai 29,
2009
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"YUI、シングル4作連?首位で宇多田ヒカル以?の記?"
.
ORICON NEWS
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
"YUI、女性シンガ??ソングライタ?2人目の5作連?首位 宇多田以?6年ぶり快?"
.
ORICON NEWS
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
"オリコンランキング情報サ?ビス「you大樹」"
.
Oricon.co.jp
. Dicapai pada
December 20,
2010
.
(subscription only)
- ^
ゴ?ルド等認定作品一? 2010年07月
(dalam bahasa Japanese).
RIAJ
. Dicapai pada
August 21,
2010
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Rain"
(dalam bahasa Japanese). Amazon.com. October 26, 2010
. Dicapai pada
October 26,
2010
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"YUI「It's My Life/Your Heaven」 | SRCL-7527/8 | 4988009047553 | Shopping | Billboard JAPAN"
.
Billboard JAPAN
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
"Japanese Singer Yui Stages First Foreign Show"
. Associated Press
. Dicapai pada
August 15,
2011
.
- ^
"YUIの新しいシングル『Green a.live』"
(dalam bahasa Japanese). September 22, 2011
. Dicapai pada
August 22,
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"新曲『Green a.live』リリ?ス決定!!! (2011.8.22)"
[New title "Green Alive" to be released] (dalam bahasa Japanese). Sony Music Records (Japan) Inc. Ogos 22, 2011. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Ogos 29, 2011
. Dicapai pada
Ogos 22,
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"2011年11月01日のCDアルバムデイリ?ランキング"
(dalam bahasa Japanese). Oricon. November 1, 2011
. Dicapai pada
November 7,
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"2011年10月31日~2011年11月06日のCDアルバム週間ランキング"
(dalam bahasa Japanese). Oricon.co.jp. November 6, 2011
. Dicapai pada
November 11,
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
a
b
"Yui 5th Tour 2011 開催決定!!"
(dalam bahasa Japanese). Sony Music Records (Japan) Inc. September 10, 2011
. Dicapai pada
September 12,
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"「HOW CRAZY YOUR LOVE」というタイトルに?めた想い"
(dalam bahasa Japanese). Oricon. November 2, 2011
. Dicapai pada
December 7,
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"Nコン 2012"
(dalam bahasa Japanese). NHK. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Disember 12, 2011
. Dicapai pada
Jun 6,
2012
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"スペシャルゲストYUIが語る"10代
"
".
Rの法則
. April 26, 2012.
NHK
.
- ^
Yui on YouTube
; accessed July 22, 2015.
- ^
YUIサプライズ熱唱!ライブハウス飛び入り
(dalam bahasa Japanese). Sanspo. Diarkibkan daripada
yang asal
pada April 11, 2013
. Dicapai pada
April 7,
2013
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
- ^
"YUI DIAGNOSED WITH PANIC DISORDER"
. AFA Channel. Diarkibkan daripada
yang asal
pada Mac 17, 2014
. Dicapai pada
April 14,
2014
.
- ^
"Yui talks about her panic disorder on her blog"
. Tokyo Have
. Dicapai pada
April 14,
2014
.
- ^
a
b
"?(初回生産限定盤) | FLOWER FLOWER"
.
ORICON NEWS
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
"Singer Yui Announces Marriage, Pregnancy"
. Anime News Network
. Dicapai pada
April 17,
2015
.
- ^
"Yui Has Given Birth"
. ARAMA! JAPAN
. Dicapai pada
August 9,
2015
.
- ^
"?物(初回生産限定盤) | FLOWER FLOWER"
.
ORICON NEWS
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
"yui、9?7?子出産後初作品 FLOWERFLOWERが1年半ぶりリリ?ス"
.
ORICON NEWS
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
Inc., Natasha,.
"FLOWER FLOWER、9月に初のシングル「?物」リリ?ス - 音?ナタリ?"
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
CS1 maint: extra punctuation (
link
)
- ^
a
b
Inc., Natasha,.
"FLOWER FLOWERが2ndシングル??、初回盤にはライブ音源も - 音?ナタリ?"
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
CS1 maint: extra punctuation (
link
)
- ^
a
b
"FLOWER FLOWER | INFORMATION"
.
www.flowerflower-net.jp
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2017-09-09
.
- ^
"皆さんにご報告があります。 : FLOWER FLOWER 公式ブログ"
.
FLOWER FLOWER 公式ブログ
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2018-03-19
.
- ^
"yui Divorces Husband Of 2 Years + Gains Custody Of Children"
. JpopAsia
. Dicapai pada
2017-10-26
.
- ^
Inc., Natasha,.
"FLOWER FLOWERがニュ?アルバムリリ?ス、??曲使用した告知映像を公開(動?あり / コメントあり) - 音?ナタリ?"
.
音?ナタリ?
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2018-03-19
.
CS1 maint: extra punctuation (
link
)
- ^
"FLOWER FLOWER、2ndアルバム『スポットライト』を3月にリリ?ス決定 - エキサイトニュ?ス"
(dalam bahasa Jepun)
. Dicapai pada
2018-03-19
.
- ^
"第20回日本ゴ?ルドディスク大賞?受賞作品/ア?ティスト
Diarkibkan
Mac 2, 2009, di
Wayback Machine
. RIAJ. Retrieved on 2007-6-21.
(Jepun)
- ^
"第30回日本アカデミ?賞
Diarkibkan
Februari 24, 2009, di
Wayback Machine
. NIPPON ACADEMY-SHO ASSOCIATION. Retrieved on 2007-11-15.
(Jepun)
- ^
"最優秀"STUDENT VOICE"ア?ティスト賞
Diarkibkan
September 17, 2009, di
Wayback Machine
. Retrieved on 2009-9-29
(Jepun)
- ^
"Space Shower Music Video Awards 08
Diarkibkan
November 21, 2009, di
Wayback Machine
. Retrieved on 2009-9-29
(Jepun)
- ^
Confira os vencedores do J-Station Music Awards 2010
. Retrieved on 2011-01-27
(Portugis)
- ^
a
b
"MTV Music Aid Japan"
(dalam bahasa Japanese). MTV. Diarkibkan daripada
yang asal
pada November 27, 2010
. Dicapai pada
Ogos 15,
2011
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
Templat:Yui