Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yao Ming
(
Bahasa Cina
:
姚明
;
pinyin
: Yao Ming; lahir
12 September
1980
) ialah bekas pemain profesional
bola keranjang
yang pernah bermain untuk
Shanghai sharks
di liga
Chinese basketball association
(CBA) dan
Houston Rockets
di liga
National Basketball Association
(NBA). Dia pada masa ini merupakan pemain tertinggi dalam NBA, pada 229 cm (7 ka 6 in).
Yao Ming, yang dilahirkan
Shanghai
,
China
, mula bermain untuk the Shanghai Sharks sebagai remaja, dan bermain dalam kumpulan senior selama 5 tahun dalam CBA, memenangi kejuaraan pada tahun terakhirnya. Selepas berunding dengan CBA dan Sharks bagi perlepasannya, dia telah dibebaskan dan dipilih oleh Houston Rockets sebagai pilihan pertama keseluruhan dalam
Draf Nba 2002
. Dia pernah sampai ke
NBA Playoffs
sebanyak empat kali. Pada bulan Julai 2012, Yao Ming mengumumkan persaraannya daripada bola keranjang profesional akibat siri kecederaan kaki dan buku lali yang telah menyebabkannya terlepas 250 permainan dalam 6 musim terakhirnya. Selama 8 musim dia bersama dengan Rockets, Yao Ming memegang beberapa rekod seperti ranking nombor 6 dalam keseluruhan mata serta rebound diperoleh dan juga ranking nombor 2 bagi keseluruhan halangan skor diperoleh bagi francais Rockets.
Yao Ming merupakan salah seorang atlit China yang paling terkenal, memdapat penajaan daripada beberapa syarikat terkenal. Tahun pertamanya di NBA merupakan subjek yang diutamakan dalam filem dokumentari
The Year Of The Yao
, dia juga menulis sebuah autobiography berjudul Yao: A Life in Two Worlds bersama
Ric Bucher
, seorang penganalisa NBA.
Pada 4 April 2016, Yao Ming bersama
Shaquille O'Neal
dan
Allen Iverson
telah dinobatkan ke dalam
Naismith Memorial Basketball Hall Of Fame
.