Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Valentina Vladimirovna Tereshkova
(
Bahasa Rusia
:
Валенти?на Влади?мировна Терешко?ва
,
IPA:
[v?l??n??t?in? vl??d?im??r?vn? t??r????kov?]
(
dengar
)
, [va-len-ti-na te-resy-ko-va]; lahir 6 Mac 1937) ialah seorang
angkasawan
,
jurutera
, dan ahli politik warga Rusia. Beliau merupakan penerbang angkasa lepas wanita pertama setelah dipilih daripada lebih dari 400 pemohon dan lima finalis untuk mengendalikan kapsul Vostok 6 pada 16 Jun 1963. Beliau juga menjadi angkasawan pertama dari kalangan orang awam, di mana beliau menjadi ahli kehormat
Tentera Udara Soviet
agar dapat memasuki Kor Angkasawan.
[1]
Beliau merupakan seorang pekerja kilang tekstil dan
penerjun udara
amatur sebelum menjadi angkasawati. Selepas pembubaran kumpulan angkasawati pertama yang dianggotainya pada tahun 1969, Beliau menjadi anggota
Parti Komunis Kesatuan Soviet
yang terkenal dengan memegang pelbagai jawatan politik. Beliau masih aktif berpolitik selepas runtuhnya Kesatuan Soviet dan masih dianggap sebagai seorang wira di negara Rusia dan seluruh dunia. Setelah mengorbit Bumi 48 kali, Tereshkova masih satu-satunya wanita yang pernah berada di solo ruang misi.
[2]
[3]
Valentina lahir di perkampungan
Maslennikovo
di
Daerah Tutayevsky
,
Oblast Yaroslavl
, Rusia tengah. Ibu bapanya merupakan keturunan
Belarus
[4]
- ayahnya Vladimir Tereshkov merupakan seorang pemandu traktor dan askar yang terlibat dalam
Perang Musim Sejuk
menentang Finland ketika Valentina berusia 2 tahun, ibunya pula seorang pekerja kilang tekstil. Valentina memulakan persekolahanya pada usia 8 tahun dan berhenti sekolah pada usia 16 tahun, namun masih meneruskan pendidakannya melalui program berjarak jauh.
[5]
Beliau mula menaruh minat terhadap kegiatan
terjun bebas
lalu segera menyertai kegiatan tersebut di sebuah kelab berkenaan pada usia 22 tahun tanggal 21 Mei 1959. Pada tahun 1961, beliau menjadi setiausaha cawangan
Komsomol
tempatnya dan meyertai
Parti Komunis Kesatuan Soviet
tidak lama kemudian.
[6]
Kemahirannya dalam sukan terjunan membolehkan beliau memasuki program perintis angkasawati yang dibangunkan pihak Soviet pada tahun 1961.
[7]
Beliau serta beberapa calon lain dipilih daripada sebanyak 400 pemohon berdasarkan ciri fizikal tertentu - calon angkasawati mesti berada di bawah usia 30 tahun, berketinggian kurang 170 sm dan berat fizikaldi bawah 70 kg.
[8]
Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai wakil
Duma Negara
dalam parti
Rusia Bersatu
.
[9]
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Lain-lain
| |
---|