"The Star-Spangled Banner"
Skor muzik terawal lagu ini yang terselamat, dari tahun 1814.
|
National anthem
Amerika Syarikat
|
Lirik
| Francis Scott Key
, 1814
|
---|
Muzik
| John Stafford Smith
, s. 1773
|
---|
Diguna pakai
| 03 Mac 1931
(
1931-03-03
)
[1]
|
---|
|
|
"The Star-Spangled Banner" (instrumental, one stanza)
|
|
The Star-Spangled Banner
("Panji Berhias Bintang") ialah
lagu kebangsaan
Amerika Syarikat
. Liriknya diambil daripada sebuah sajak bertajuk "
Defence of Fort M'Henry
"
[2]
nukilan
Francis Scott Key
(1779-1843), seorang peguam dan penulis, yang memperingati pengeboman Kubu McHenry di pelabuhan
Baltimore
oleh
Tentera Laut Diraja British
semasa
Perang 1812
meletus antara pihak kerajaan
Britain
dengan
jajahan-jajahannya di Amerika Utara
yang mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Baris-baris sajak tersebut dinyanyikan mengikut melodi "
To Anacreon in Heaven
", sebuah lagu yang ditulis sekitar tahun 1773 untuk sebuah kelab sosial di Britain iaitu The Anacreon Society.
Lagu tersebut dipilih untuk kegunaan rasmi
Tentera Laut Amerika Syarikat
pada tahun 1889. Ia akhirnya menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat di bawah sebuah usul undang-undang yang dipersetujui
Senat
pada 3 Mac 1931
[3]
dan ditandatangani Presiden
Herbert Hoover
pada hari berikutnya.
[4]
Lagu ini dihasilkan daripada dua komponen berasingan iaitu sajak
Defence of Fort M'Henry
(1814) dan irama lagu
To Anacreon in Heaven
(1773) yang dikarang kurang seabad lalu:
Dua orang peguam, Francis Scott Key dan John Stuart Skinner, ditugaskan
Presiden
James Madison
agar mendapatkan pertukaran banduan dengan pihak British tidak lama selepas kejadian
Pembakaran Washington
pada Ogos 1814. Key dan Skinner berlepas dari
Baltimore
di mana mereka menghantar isyarat damai kepada pihak British untuk melakukan rundingan di atas kapal
HMS
Minden
.
Key dan Skinner didapati telah mendengar
rancangan pihak British menyerang Baltimore
, maka mereka ditahan
HMS
Surprise
dan kemudiannya HMS
Minden
. Hujan lebat turun pada 13 September di mana kapal-kapal British giat membedil kubu Fort McHenry bersenjatakan
roket Congreve
.
[5]
Pada pagi 14 September, bendera penanda ribut diturunkan lalu digantikan dengan suatu
bendera
yang lebih besar - Key mula memerhati dengan kagumnya yang berkibaran ganti di puncak Fort McHenry ini. Ketika inilah Key mula mengarang suatu puisi pada belakang sepucuk surat yang tersimpan di saku bajunya. Beliau dan Skinner dibawa kembali ke Baltimore pada senja 16 September, mereka menginap di Indian Queen Hotel di mana Key menghabiskan sajaknya dengan tajuk "Defence of Fort M'Henry". Sajak ini mula diterbitkan dalam majalah
The Analectic Magazine
.
[6]
[7]
Lagu ini dikarang John Stafford Smith (30 Mac 1750 ? 21 September 1836) di mana ia lazim dinyanyikan dalam sebuah kelab khas untuk para pemuzik amatur di
London
iaitu The
Anacreontic
Society yang sering menganjurkan pesta minum arak serta konsert; acara penyanyian ini dilakukan selepas acara konsert dan jamuan makan malam para anggotanya. Meluasnya kelab-kelab sebegini sejauh
jajahan-jajahan British
di
Amerika Utara
sekalipun menjadikan ia turut kuat dikenali di benua sana.
Irama lagu ini diterapkan oleh abang ipar F. S. Key sendiri, Joseph H. Nicholson.
Perasmian sebagai lagu kebangsaan Amerika Syarikat
[
sunting
|
sunting sumber
]
Lagu ini digunapakai secara rasminya oleh
Tentera Laut Amerika Syarikat
pada 1899.
[8]
In 1916, Presiden
Woodrow Wilson
mengeluarkan suatu arahan yang mewajibkan "The Star-Spangled Banner" dimainkan pada acara-acara anjuran tentera.
[8]
Pada 10 April 1918, seorang anggota kongres dari
Maryland
iaitu John Charles Linthicum memperkenalkan rang undang-undang mengiktiraf lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan namun rang tersebut tidak diluluskan.
[9]
Linthicum tetap memperkenalkan rang tersebut selama enam kali sehinggalah pada tahun 1929.
[9]
Pada tahun 1930, sekumpulan askar veteran perang di bawah nama Veterans of Foreign Wars menghantar suatu surat timbang rayu (petisyen/petisi) untuk menggesa pengiktirafan lagu ini secara rasmi sebagai lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
[10]
Five million people signed the petition.
[10]
Surat tersebut kemudiannya dilanjutkan kepada Jawatankuasa Dewan Pengadilan Amerika Syarikat (
United States House Committee on the Judiciary
) pada 31 Januari 1930.
[11]
Jawatankuasa Pengadilan melanjutkan rang ini kepada
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
untuk melakukan suatu pengundian pemutus,
[12]
undian tersebut meluluskan ang tersebut pada tahun berikutnya.
[13]
The
Senate
passed the bill on March 3, 1931.
[13]
Rang tersebut ditandatangani
Presiden
Herbert Hoover
pada 4 Mac 1931 merasmikan "The Star-Spangled Banner" sebagai lagu kebangsaan Amerika Syarikat secara
de jure
.
[1]
menggantikan "
Hail Columbia
" dan "
My Country, 'Tis of Thee
" yang pernah lazim digunakan mewakili negara tersebut.
O say, can you see, by the dawn's early light,
What so proudly we hailed at the twilight's last gleaming?
Whose broad stripes and bright stars, through the perilous fight,
O'er the ramparts we watched, were so gallantly streaming!
And the rockets' red glare, the bombs bursting in air,
Gave proof through the night that our flag was still there:
O say, does that star-spangled banner yet wave
O'er the land of the free and the home of the brave?
Katakanlah, dapatkah kamu lihat, di waktu awal fajar,
Apa yang kami sambut dengan bangganya di dinihari?
Yang bintang terang dan jalur lebarnya
, tatkala di pertempuran yang sengit,
Di sebalik benteng kami melihatnya berkibaran megah!
Di mana kilauan merah
roket-roket
serta letupan bom-bom di udara,
Membuktikan sepanjang malam bahawa bendera kami masih ada?
Katakanlah, adakah bendera berhias bintang itu masih berkibar
Di tanah yang merdeka, yang dihuni mereka yang berani?
- ^
a
b
"
"Star-Spangled Banner" Is Now Official Anthem
".
The Washington Post
. March 5, 1931. p. 3.
- ^
"Defence of Fort M'Henry | Library of Congress"
.
Loc.gov
. Dicapai pada
2017-04-18
.
- ^
"
'Star Spangled Banner' Is Voted National Anthem by Congress
".
The New York Times
. March 4, 1931. p. 1.
- ^
"
"Star-Spangled Banner" Is Now Official Anthem
".
The Washington Post
. 5 Mac 1931. ms. 3.
- ^
British Rockets
at the US National Park Service, Fort McHenry National Monument, and Historic Shrine. Retrieved February 2008.
Diarkibkan
April 3, 2014, di
Wayback Machine
- ^
"John Wiley & Sons: 200 Years of Publishing ? Birth of the New American Literature: 1807?1826"
. Dicapai pada
2018-04-27
.
- ^
"Defence of Fort M'Henry"
.
The Analectic Magazine
.
4
: 433?434. November 1814
. Dicapai pada
2018-04-27
.
- ^
a
b
Cavanaugh, Ray (July 4, 2016).
"The Star-Spangled Banner: an American anthem with a very British beginning"
.
The Guardian
. Dicapai pada
September 27,
2017
.
- ^
a
b
"
National Anthem Hearing Is Set For January 31
".
The Baltimore Sun
. January 23, 1930. p. 4.
- ^
a
b
"
5,000,000 Sign for Anthem: Fifty-Mile Petition Supports "The Star-Spangled Banner" Bill
".
The New York Times
. January 19, 1930. p. 31.
- ^
"
5,000,000 Plea For U.S. Anthem: Giant Petition to Be Given Judiciary Committee of Senate Today
".
The Washington Post
. January 31, 1930. p. 2.
- ^
"
'Star-Spangled Banner' Favored As Anthem in Report to House
".
The New York Times
. February 5, 1930. p. 3.
- ^
a
b
"
'Star Spangled Banner' Is Voted National Anthem by Congress
".
The New York Times
. March 4, 1931. p. 1.