Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pada 5 November, 2017, berlaku satu
penembakan massa
di Gereja First Baptist yang terletak di
Sutherland Springs, Texas
, kira-kira 30 batu (48 km) timur bandar
San Antonio
.
[1]
Si penembak, Devin Patrick Kelley yang berumur 26 tahun daripada
New Braunfels
yang berhampiran, telah membunuh 26 orang dan mencederakan 20 orang yang lain. Setelah beliau keluar daripada gereja, beliau telah ditembak sebanyak dua kali oleh orang awam tempatan, kemudian melarikan diri dengan menggunakan kereta beliau. Selepas dikejar, kenderaan Kelley terbabas dan beliau didapati meninggal dunia dengan kesan tembakan senjata di kepala beliau.
Kejadian ini merupakan penembakan massa yang dilakukan oleh seorang individu yang paling berdarah di Texas,
[2]
selain juga merupakan penembakan paling berdarah di tempat ibadat dalam sejarah moden di Amerika, mengatasi
kejadian tembakan di gereja Charleston, Carolina Selatan
pada tahun 2015
[3]
dan
tembakan di kuil Buddha Waddell, Arizona
pada tahun 1991.
[4]
Kelley telah dilarang oleh undang-undang daripada membeli atau memegang sebarang senjata api atau peluru di sebabkan oleh keganasan domestik dalam satu
mahkamah tentera
semasa berkhidmat dalam
Tentera Udara Amerika Syarikat
. Pihak Tentera Udara A.S gagal memasukkan rekod kesalahan ini ke dalam database
Pusat Maklumat Jenayah Kebangsaan
yang dimiliki oleh
Biro Penyiasatan Persekutuan
(FBI). Database ini digunakan oleh
Sistem Pemeriksaan Latar Belakang Jenayah Segera Kebangsaan
yang mana akan menghalang sebarang pembelian. Kesilapan ini mencetus pihak Tentera Udara A.S untuk melakukan sebuah pemeriksaan.
- ^
Andone, Dakin; Hartung, Kaylee; Simon, Darran (November 6, 2017).
"At least 26 people killed in shooting at Texas church"
. CNN.
- ^
Ahmed, Saeed (November 6, 2017).
"2 of the 5 deadliest mass shootings in modern US history happened in the last 35 days"
. CNN.
- ^
Weill, Kelly (November 5, 2017).
"Deadliest Church Shooting in American History Kills at Least 26"
.
The Daily Beast
.
- ^
"FAST FACTS: Deadliest mass shootings in modern US history"
. Springfield, MO:
KY3
. November 6, 2017
. Dicapai pada
November 7,
2017
.