Takwim Ibrani
atau
Takwim Ibrani
(
???????? ?????????
,
ha'luakh ha'ivri
;
bahasa Inggeris
:
Hebrew calendar
) merupakan
takwim qamari-suria
yang kini digunakan khususnya untuk sambutan keagamaan
Yahudi
. Ia menentukan tarikh-tarikh
perayaan Yahudi
dan hari-hari yang sesuai untuk membaca ayat-ayat dalam kitab
Taurat
,
yahrzeit
(tarikh untuk memperingati kematian saudara-mara), dan pembacaan
Mazmur
harian, antara pelbagai kegunaan istiadat. Di negara
Israel
, takwim ini merupakan takwim rasmi untuk tujuan awam serta menyediakan rangka masa untuk pertanian.
Takwin Ibrani telah mengalami perubahan sepanjang zaman. Contohnya, hingga zaman
Tannaim
(sekitar 10–220 M) bulan-bulan disusun mengikut pemerhatian
bulan sabit
baru dengan bulan tambahan yang ditambah setiap dua tiga tahun untuk membetulkan perbezaan antara dua belas bulan qamar dengan tahun suria, dan dengan ini, untuk memastikan
Paskah
kekal dalam musim bunga. Penambahan bulan tambahan juga berasaskan pemerhatian terhadap kejadian alam, iaitu masaknya tanaman
barli
; umur anak kambing, anak biri-biri dan anak merpati; kemasakan pokok buah; dan kaitan tarikh dengan
tekufah
(musm).
[1]
Sepanjangan zaman
Amoraim
(200–500 M) hingga zaman
Geonim
, sistem ini diganti oleh hukum matematik. Rukun-rukun dan hukum-hukumnya dipercayai ditetapkan pada piawaian masa kini sewaktu
Maimonides
menyusun
Mishneh Torah
pada abad ke-12.
Disebabkan beza sekitar 11 hari antara 12
bulan qamari
dengan satu
tahun suria
, maka tempoh tahun takwim Ibrani berbeza-beza dalam
kitaran Meton
19 tahun berulang-ulang yang terdiri daripada 235 bulan qamari dengan ditambahnya bulan
tambahan
mengikut petua-petua yang ditetapkan setiap dua tiga tahun, untuk sebanyak 7 kali setiap 19 tahun. Tahun takwim Ibrani adalah sekitar 6 minit 25+
25
/
57
saat lebih lama daripada
tahun suria
min semasa, maka dalam setiap 224 tahun, takwim Ibrani akan ketinggalan sehari di belakang waktu suria min semasa; dan dalam sekitar setiap 231 tahun, ia akan ketinggalan sehari di belakang tahun takwim Gregory.
Gelaran zaman yang digunakan untuk takwim Ibrani pada masa kini adalah
Anno Mundi
("dalam tahun duniawi" dalam
bahasa Latin
;
Ibrani
:
?????? ?????
"sejak penciptaan dunia").
Kitab
Tanakh
mengandungi beberapa
perintah
yang berkenaan dengan penjagaan takwim dengan kitaran bulan, serta mencatat perubahan-perubahan yang telah dilakukan pada takwim Ibrani.
Sehari dalam takwim Yahudi tidak tetap tempohnya, sebaliknya bercontohkan "...jadilah petang dan jadilah pagi..."
[2]
dalam kisah Penciptaan di bab pertama
Kitab Kejadian
. Mengikut tafsiran klasik Rabbini pada surat ini, sehari dalam takwim Ibrani Rabbini bermula ketika matahari terbenam (bermulanya "petang") hingga matahari terbenam seterusnya. Ini dirumitkan oleh tiadanya waktu matahari terbenam atau terbit yang ketara di kawasan sekitar kutub Bumi pada musim-musim tertentu. Di tempat-tempat berkenaan pada musim panas apabila matahari tidak terbenam ke bawah kaki langit, sehari dikira dari tengah hari ke tengah hari, manakala pada musim sejuk apabila matahari tidak terbit ke atas kaki langit, sehari dikira dari tengah malam ke tengah malam.
[3]
Resam Yahudi tidak menjaga waktu, maka waktu umum diterima guna. Biarpun waktu umum menerapkan kelaziman-kelaziman yang disesuaikan mengikut setempat seperti
zon waktu
,
waktu piawai
dan
waktu jimat siang
, namun semua ini tidak bertempat dalam resam Yahudi. Waktu umum hanya digunakan sebagai titik rujukan bagi ungkapan-ungkapan seperti: "Shabbat bermula pada...". Kemajuan matahari terbenam yang malar di seluruh dunia serta perubahan musim menyebabkan perubahan waktu awam yang beransur-ansur dari sehari ke hari berikutnya berdasarkan fenomena falak yang nyata (iaitu matahari terbenam) dan bukan ketentuan manusia.
Daripada kebiasaan
garisan tarikh antarabangsa
, terdapat pertikaian mengenai di mana beralihnya hari. Antara yang disyorkan adalah
meridian songsang
Baitulmaqdis
. (Baitulmaqdis terletak 35°13’ di timur
meridian perdana
, maka meridian songsangnya adalah 144°47' di barat, merentasi rantau timur
Alaska
.)
[4]
[5]
Takwim Ibrani mengikuti kitaran mingguan tujuh hari yang berjalan serentak tetapi bebas daripada kitaran bulanan dan tahunan. Nama-nama hari dalam seminggu sekadar bilangan hari dalam seminggu. Dalam bahasa Ibrani, nama-nama tersebut boleh disingkatkan dengan menggunakan
nilai bilangan
huruf Ibrani, cth.
??? ??
(
Hari pertama
, atau Yom Rishon (
??? ?????
)):
- Yom Rishon -
??? ?????
(
??? ??
), "hari pertama" [Ahad]
- Yom Sheni -
??? ???
(
??? ??
) "hari kedua" [Isnin]
- Yom Shlishi -
??? ?????
(
??? ??
) "hari ketiga" [Selasa]
- Yom Revi?i -
??? ?????
(
??? ??
) "hari keempat" [Rabu]
- Yom Khamishi -
??? ?????
(
??? ??
) "hari kelima" [Khamis]
- Yom Shishi -
??? ???
(
??? ??
) "hari keenam" [Jumaat]
- Yom Shabbat -
??? ???
(
??? ??
atau
???
), "hari rehat" [Sabtu].
Nama-nama hari dalam seminggu berasaskan tujuh hari yang disebut dalam kisah
Penciptaan
. Cntohnya,
Genesis 1:5
Template:Bibleverse with invalid book
"...Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama". Dalam ayat-ayat berikutnya disuratkannya hari berbilangan, cth. 'hari kedua', 'hari ketiga', dan seterusnya. Rujuk
Genesis 1:8
Template:Bibleverse with invalid book
,
1:13
,
1:19
,
1:23
,
1:31
dan
2.2
.
Sejak zaman dahulu lagi,
takwim qamari-suria
Mesopotamia
luas digunakan oleh negara-negara Asia Barat. Strukturnya yang juga digunakan oleh kaum Ibrani adalah berasaskan bulan-bulan Qamari dengan penambahan satu bulan untuk merapatkan takwim dengan kitaran suria.
[6]
Num 10:10
Template:Bibleverse with invalid book
menekankan kepentingan menyambut bulan baru dalam agama Ibrani (
??? ????
,
Rosh Chodesh
, "pangkal bulan"): "... pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu ..." Begitu juga dalam
Num 28:11
Template:Bibleverse with invalid book
. "Bulan baru" itu bererti keluarnya
anak bulan
.
Tahun
|
Tarikh
|
Jumlah hari
|
Tahun
|
Tarikh
|
Jumlah hari
|
5767
|
23 September 2006
|
355
|
5787
|
12 September 2026
|
385*
|
5768
|
13 September 2007
|
383*
|
5788
|
2 Oktober 2027
|
355
|
5769
|
30 September 2008
|
354
|
5789
|
21 September 2028
|
354
|
5770
|
19 September 2009
|
355
|
5790
|
10 September 2029
|
383*
|
5771
|
9 September 2010
|
385*
|
5791
|
28 September 2030
|
355
|
5772
|
29 September 2011
|
354
|
5792
|
18 September 2031
|
354
|
5773
|
17 September 2012
|
353
|
5793
|
6 September 2032
|
383*
|
5774
|
5 September 2013
|
385*
|
5794
|
24 September 2033
|
355
|
5775
|
25 September 2014
|
354
|
5795
|
14 September 2034
|
385*
|
5776
|
14 September 2015
|
385*
|
5796
|
4 Oktober 2035
|
354
|
5777
|
3 Oktober 2016
|
353
|
5797
|
22 September 2036
|
353
|
5778
|
21 September 2017
|
354
|
5798
|
10 September 2037
|
385*
|
5779
|
10 September 2018
|
385*
|
5799
|
30 September 2038
|
354
|
5780
|
30 September 2019
|
355
|
5800
|
19 September 2039
|
355
|
5781
|
19 September 2020
|
353
|
5801
|
8 September 2040
|
383*
|
5782
|
7 September 2021
|
384*
|
5802
|
26 September 2041
|
354
|
5783
|
26 September 2022
|
355
|
5803
|
15 September 2042
|
385*
|
5784
|
16 September 2023
|
383*
|
5804
|
5 Oktober 2043
|
353
|
5785
|
3 Oktober 2024
|
355
|
5805
|
22 September 2044
|
355
|
5786
|
23 September 2025
|
354
|
5806
|
12 September 2045
|
384*
|
* Tahun lompat 13 bulan.
- ^
Talmud,
Sanhedrin
11b
- ^
Gen 1:5
Template:Bibleverse with invalid book
,
Gen 1:8
Template:Bibleverse with invalid book
,
Gen 1:13
Template:Bibleverse with invalid book
,
Gen 1:19
Template:Bibleverse with invalid book
,
Gen 1:23
Template:Bibleverse with invalid book
,
Gen 1:31
Template:Bibleverse with invalid book
dan
Gen 2.2
Template:Bibleverse with invalid book
.
- ^
"CALENDAR - JewishEncyclopedia.com"
. Dicapai pada
2012-04-24
.
- ^
See Willie Roth's essay
The International Date Line and
Halacha
Diarkibkan
2011-07-18 di
Wayback Machine
.
- ^
"Appendix II: Baal HaMaor's Interpretation of 20b and its Relevance to the Dateline" in
Talmud Bavli
, Schottenstein Edition, Tractate
Rosh HaShanah
, Mesorah Publications Ltd. ("ArtScroll") 1999, where "20b" refers to the 20th page 2nd folio of the tractate.
- ^
Ancient Israel: Its Life and Institutions
(1961) by Roland De Vaux, John McHugh, Publisher: McGraw-Hill,
ISBN 978-0-8028-4278-7
, p.179