Roman Weidenfeller
(lahir 6 Ogos 1980) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab
Borussia Dortmund
dan
Jerman
di posisi penjaga gol.
Pada usia remaja, beliau bermain untuk
Sportfreunde Eisbachtal
. Weidenfeller kemudian membuat debut profesional pada tahun 1997 selepas aksi beliau di
Kejohanan Duniam B-17 FIFA 1997
.
Pada tahun 1998, Weidenfeller berpindah ke kelab remaja
1. FC Kaiserslautern
, di mana beliau membuat 40 penampilan dalam dua musim. Beliau kemudian menyertai pasukan senior tetapi hanya membuat enam perlawanan liga pada dua musim.
Weidenfeller berpindah ke
Borussia Dortmund
pada tahun 2002 dengan bayaran percuma sebagai kemungkinan untuk menggantikan
Jens Lehmann
yang telah berpindah ke
Arsenal
pada 2003. Weidenfeller dilaporkan tidak beberapa gembira semasa bermain untuk
Kaiserslautern
kerana beliau menjadi penjaga gol kedua di belakang
Georg Koch
. Beliau membuat debut untuk Dortmund pada 17 Disember 2003 menentang bekas kelab, Kaiserslautern dengan kekalahan 0-1.
Pada 2005, Weidenfeller menjalankan pembedahan berikutan bahagian meniskus pada lutut kirinya terkoyak semasa menjalani latihan.
Pada awal musim 2007-08, Weidenfeller digantung tiga perlawanan dan disaman 10 ribu dolar euro kerana melakukan perkauman ke atas penyerang
Schalke 04
,
Gerald Asamoah
. Asamoah pada asalnya melaporkan hal itu selepas perlawanan pada 18 Ogos 2007 di antara dua kelab itu dan insiden tersebut berlaku pada minit ke-51. Weidenfeller dilaporkna meminta maaf kepada Asamoah berikutan berita baru namun ia berita tidak benar tentang kenyataan meminta maaf tersebut.
Weidenfeller menjuarai trofi Bundesliga bersama Dortmund pada musim 2011 dan menjuarai trofi Bundesliga dan DFB-Pokal pada musim berikutnya.
Pada 6 Mei 2013, Widenfeller melanjutkan kontraknya bersama Dortmund sehingga 2016. Pada 27 Julai 2013, beliau membawa pasukannya untuk menjuarai
DFL-Supercup 2013
selepas menang 4-2 menentang
Bayern Munich
.
Pada November 2013, Weidenfeller dipanggil buat pertama kali oleh
pasukan kebangsaan Jerman
untuk perlawanan persahabatan menentang
Itali
dan
England
. Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa ketika menentang England di
Stadium Wembley
pada 19 November 2013 membuatkan beliau pemain tertua Jerman membuat debut. Beliau kemudian tampil pada perlawanan menentang
Cameroon
, seri 2-2. Perlawanan ketikanya pada perlawanan persahabatan menentang
Azerbaijan
, 6-1.
Beliau menjadi penjaga gol simpanan di belakang
Manuel Neuer
untuk
Piala Dunia FIFA 2014
di Brazil. Pasukan Jerman menjuarai trofi Piala Dunia buat kali keempat dan namun Weidenfeller tidak bermain sebarang perlawanan.
- Sehingga 6 Jun 2014
- Borussia Dortmund
- Jerman
Persondata
|
Nama
|
Weidenfeller, Roman
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
German footballer
|
Tarikh kelahiran
|
6 August 1980
|
Tempat kelahiran
|
Diez, West Germany
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|