Pesawat serangan darat
adalah
pesawat tentera
yang di reka untuk beroperasi dekat dengan permukaan
bumi
, membantu
infantri
dan
kereta kebal
secara terus di dalam peperangan. Mereka digunakan sebagai pelantar
mesingan
bergerak dan senjata
anti-kereta kebal
terhadap satu musuh dalam satu masa, berlainan dengan
pesawat pengebom
yang biasanya menyerang sasaran yang lebih "strategik". Pesawat jenis ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti
pesawat penyerang
,
pesawat pejuang/pengebom
,
pesawat pejuang taktikal
,
pemusnah kereta kebal
dan
pengebom junam
. Tentera Jerman semasa
Perang Dunia II
merujuk pesawat serang darat Tentera Bersekutu sebagai
Jabos
, pendek kepada
Jagdbomber
. Dalam Tentera A.S pesawat serang darat biasanya dapat dikenali dengan
A-
dan diikuti dengan nombor.
Hanya beberapa pesawat sahaja diberikan tugas sebagai pesawat serang darat; kebanyakan pesawat yang digunakan untuk tugas ini ialah sebenarnya adalah
pesawat pejuang
dan
pesawat pengebom ringan
. Walaupun"pesawat pejuang parit" seperti
Sopwith Camel TF.1
dan
Boeing GA-1
telah dikaji sejak awal Perang Dunia I dan awal tahun
1920-an
, kebanyakan rekaan khas datang dari awal
Perang Dunia II
. Pada masa ini, enjin-enjin mempunyai kuasa cukup untuk menampung berat tambahan daripada perisai dan senjata yang diperlukan untuk pesawat serang darat. Perkembangan awal pesawat serang darat adalah berkait rapat dengan perkembangan awal
pengebom junam
disebabkan tujuan mereka yang sama iaitu menyerang sasaran darat di medan perang. pesawat serang darat yang paling berjaya adalah pesawat Jerman iaitu
Junkers Ju-87 'Stuka'
and pesawat Rusia iaitu
Ilyushin Il-2
Sturmovik yang mana di sanjung oleh
Josef Stalin
kerana berjaya memenangi peperangan tersebut.
Luftwaffe
juga menghasilkan pengganti untuk Stuka di dalam tugas serangan darat (walaupun bukan sebuah pengebom junam) iaitu
Henschel Hs 129
, tetapi hanya beberapa sahaja dibina dan meraka tidak begitu berkesan di dalam perang tersebut.
Pada akhir Perang Dunia II,
pesawat pejuang siang
biasa mempunyai kemampuan untuk melakukan tugas serang darat dan antara rekaan yang paling berjaya adalah
Focke-Wulf Fw 190
yang telah diubah sedikit dan
Hawker Typhoon
.
Di era selepas Perang Dunia II, tentera udara semakin enggan untuk menghasilkan pesawat tentera khas untuk menyerang darat. Walaupun bantuan udara dekat dan menyekat kemaraan musuh masih penting di dalam perang moden, pesawat penyerang kurang digunakan berbanding dengan pesawat pejuang dan kedua-dua juruterbang dan perancang tentera tidak berminat terhadap pesawat serang darat. Contohnya
Blackburn Buccaneer
,
A-6 Intruder
,
A-7 Corsair II
,
Panavia Tornado
IDS,
Sukhoi Su-7
, and
Sukhoi Su-17
. Pesawat serang kemudian dijadikan sebagai pesawat pelatih seperti
BAC Strikemaster
,
BAE Hawk
, and Cessna
A-37
.
Pada akhir tahun
1960-an
,
Tentera Udara Amerika Syarikat
telah meminta pesawat bantuan khas iaitu
Republic A-10
Thunderbolt
II
. Pesawat ini akhirnya menjadi pesawat anti-perisai dengan kebolehan terhad untuk dalam menyekat kemaraan musuh dan dalam tugas sebagai pengebom taktikal. Doktrin US sekarang semakin menekanan penggunaan
helikopter
Tentera Darat Amerika Syarikat
untuk bantuan udara dekat dan misi anti-kereta kebal. Pesawat Soviet
Su-25 Frogfoot
adalah lebih berjaya sebagai
artileri terbang
, walaupun dalam versi kemudian pesawat ini juga ditukarkan kepada tugas anti-perisai dan kebanyakan daripada pesawat ini telah diganti dengan pesawat yang lebih laju iaitu
MiG-29
dan
Su-27
versi pejuang/pengebom.
Walaupun begitu, tugas ini masih jelas dan masih dipakai, menghasilkan pengenalan seperti
F/A-18 Hornet
. Dan sekarang, istilah
pesawat penyerang
diterima pakai sebagai cara untuk merujuk kepada pesawat dua-tugas seperti ini. Tetapi, British telah menggunakan istilah "strike" beberapa tahun sebagai panggilan kepada tugas serangan
nuklear
dan "attack" sebagai tugas biasa(tidak melibatkan nuklear).