Pertempuran Kosovo Kedua
(
Hungary
:
masodik rigomezei csata
,
Turki
:
?kinci Kosova sava?ı
) (17 Oktober–20 Oktober 1448) berlaku di
Kosovo Polje
antara pakatan
Kerajaan Beraja Hungary
dan
Wallachia
yang diketuai oleh
John Hunyadi
, menentang pasukan bersekutu yang diketuai oleh
Uthmaniyyah
di bawah Sultan
Murad II
. Pertempuran ini membawa kemenangan muktamad kepada Uthmaniyah.
Tentera salib yang kemungkinan berjumlah 24,000 orang,
[1]
[2]
[3]
tiba di
Medan Kosovo
? tapak di mana
Pertempuran Kosovo
pertama terjadi pada tahun 1389, antara Serb dan Uthmaniyah ? dan berhadapa dengan tentera Uthmaniyah berjumlah 60,000 orang.
[1]
[2]
Sultan Murad secara peribadi mengetuai satu seksyen tentera
Janissari
dan meriam, sementara anak lelaki dan penganti beliau
Mehmed
, yang terlibat dalam pertempuran buat pertama kali, mengetuai tentera Anatolia di sayap kanan. Hunyadi mengetuai bahagian tengah pasukan tentera beliau, sementara tentera Salib di sayap kanan di bawah orang Wallachia. Hungary juga memiliki sederet panjang meriam.
Pada hari berikutnya pertempuran dimulakan apabila Hunyadi menyerang rusuk Uthmaniyah dengan gabungan kavalri (ringan dan berat). Rusuk pihak Uthmaniyah, yang terdiri daripada tentera daripada
Rumelia
dan
Anatolia
, mengalami kekalahan sehingga ketibaan kavalri ringan Turki untuk memperkuatkan barisan mereka. Rusuk pihak Kristian kemudian dikalahkan dan para tentera yang terselamat berundur kembali ke pasukan utama Hunyadi. Apabila Hunyadi menyedari kekalahan pasukan rusuk beliau, beliau membuat serangan dengan pasukan utama beliau yang terdiri daripada kesatria dan infantri ringan. Kor-kor
janissari
tidak berjaya menghentikan mereka; dan pasukan kavalri berjaya mara melepasi barisan tengah Turki tetapi dapat dihentikan di kem Turki. Apabila serangan utama dihentikan, infantri Turki berkumpul semula dan berjaya mengundurkan kesastria Hungary. Kavalri ringan, yang kini kehilangan sokongan kesatria juga berjaya dikalahkan. Tentera Hungary berundur ke kem mereka. Semasa pengunduran ini, pihak Janissari berjaya membunuh kebanyakan para bangsawan Hungary; Hunyadi melarikan diri tetapi kemudian berjaya ditangkap oleh pihak Serb. Pada waktu malam, infantri Turki menembak meriam ke arah tentera Hungary, yang mana kemudian membalas tembakan meriam. Pada hari berikutnya, serangan terakhir berjaya menghapuskan saki baki tentera Hungary yang masih tinggal.
Negeri-negeri Kristian di Balkan tidak berjaya menahan asakan Uthmaniyah selepas kekalahan ini, akhirnya jatuh dan ditawan oleh
empayar Uthmaniyyah
. Selepas pertempuran, Hunyadi telah ditawan oleh Brankovi?, yang mana tidak melepaskan beliau sehingga tebusan sebanyak 100,000 florin dibayar, pengembalian wilayah di mana Hunyadi telah merampasnya daripada Brankovi?, dan perkahwinan pewaris Hunyadi dengan anak perempuan Brankovi?.
[5]
Bagi tempoh pemerintahan Hunyadi yang selebihnya, beliau berjaya mempertahankan
Kerajaan Beraja Hungary
dalam kempen-kempen penentangan ke atas Uthmaniyah.
Skanderbeg
juga berjaya meneruskan tentangan beliau di Albania sehingga kematian beliau pada tahun 1468, tetapi 10 tahun kemudian negara ini jatuh sepenuhnya ke bawah kekuasaan Uthmaniyah.
- ^
a
b
c
d
Bennett,
The Hutchinson Dictionary of Ancient & Medieval Warfare
, p. 182 "Hunyadi led 24,000 - 30,000 men including 10,000 Wallachians, but should have waited to join Scanderbeg's troops before confronting Murad's force of 40,000."
- ^
a
b
c
d
Sedlar,
East Central Europe in the Middle Ages
, p. 248 "Hunyadi,who was now the richest landowner in Hungary, had raised an army of 24,000 men from his private resources, including German and Bohemian infantrymen armed with handguns to supplement his Hungarian cavalry. [...]This time the sultan brought on to the field a force of at least 60,000 men including Janissaries with muskets and a contingent of artillery."
- ^
a
b
Turnbull,
The Ottoman Empire 1326-1699
, p. 36 "Hunyadi led an army of 24,000 men, including 8,000 Wallachians, but suffered another military defeat without even seeing his Albanian allies."
- ^
a
b
Mehmed the Conqueror and His Time
by Franz Babinger, page 55
- ^
Molnar, Miklos (2001-04-30).
A Concise History of Hungary
. Cambridge University Press. m/s. 65.
ISBN
9780521667364
. Dicapai pada
12 September
2012
.
- Stephen R. Turnbull,
The Ottoman Empire 1326-1699
,
Osprey Publishing
, 2003.
- Jean W. Sedlar,
East Central Europe in the Middle Ages, 1000-1500
,
University of Washington Press
, 1994.
- Matthew Bennett,
The Hutchinson Dictionary of Ancient & Medieval Warfare
,
Taylor & Francis
, 1998.
- Babinger, Franz (1992),
Mehmed the Conqueror and His Time
, Princeton University Press,
ISBN
978-0-691-01078-6
- Frasheri, Kristo (2002),
Gjergj Kastrioti Skenderbeu: jeta dhe vepra, 1405?1468
(dalam bahasa Albanian), Botimet Toena,
ISBN
99927-1-627-4
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
Templat:Ottoman battles
Koordinat
:
42°38′N
21°07′E
/
42.63°N 21.12°E
/
42.63; 21.12