Perjanjian Lisbon
(dulu dikenali sebagai
Perjanjian Pembaharuan
) ialah sebuah
perjanjian
yang dimeterai pada
13 Disember
2007
di
Lisbon
,
Portugal
oleh ketua-ketua kerajaan negara ahli
Kesatuan Eropah
(EU) yang digubal untuk mengubah cara kerja mereka. Disebabkan semua negara ahli EU telah bersetuju, maka perjanjian ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Disember 2009. Perjanjian ini merupakan pindaan terhadap
Perjanjian Kesatuan Eropah
(TEU,
Maastricht
; 1992) dan
Perjanjian menubuhkan Komuniti Eropah
(TEC,
Rom
; 1957). Dalam proses ini TEC dinamakan semula sebagai "Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah" (TFEU).
Pembaharuan yang terdapat dalam Perjanjian Lisbon merupakan pembaharuan yang dicadangkan dalam
Perlembagaan Eropah
yang ditolak dalam pungutan suara di
Perancis
dan
Belanda
pada 2005.
Sejak mula ditandatangani pada 2007, perjanjian ini dijangkakan akan diratifikasi semua negara ahli menjelang akhir 2008. Jadual waktu ini gagal, terutamanya kerana pada awalnya tidak diluluskan pengundi
Ireland
pada 2008.
Republik Czech
merupakan negara akhir yang mengesahkan Perjanjian Lisbon, iaitu pada 3 November 2009.
Pada awal 2007,
Jerman
menjadi Presiden Kesatuan Eropah dan memulakan langkah untuk mencapai satu perjanjian baru menggantikan Perlembagaan Eropah yang ditolak dua tahun dahulu.
Perisytiharan Berlin
yang dipersetujui oleh setiap negara ahli pada Mac menyatakan keinginan mereka merangka satu Perjanjian baru sebelum pilihan raya Parlimen Eropah pada awal 2009.
Kumpulan Amoto
, sekumpulan ahli politik Eropah yang disokong oleh
Suruhanjaya Barroso
telah mula menulis semula satu Perjanjian baru berdasarkan Perlembagaan Eropah. Pada
4 Jun
2007
, kumpulan itu mengeluarkan draf mereka, iaitu pemendekan Perlembagaan Eropah yang mengandungi 63,000 patah perkataan dalam 448 perkara kepada 12,800 perkataan dalam 70 perkara. Dalam Perisytiharan Berlin, ketua-ketua kerajaan secara tidak rasmi menentukan sebuah rangka masa untuk menyiapan Perjanjian Pembaharuan.
Perjanjian Pembaharuan dibahagikan kepada beberapa bahagian:
- Mukadimah
- Perubahan
Perjanjian Kesatuan Eropah
(Perkara 1)
- Perubahan kepada
Perjanjian Menubuhkan Komuniti Eropah
(Perkara 2)
- Syarat-syarat akhir
- Protokol
- Perisytiharan
"Perjanjian Menubuhkan Komuniti Eropah" (juga Perjanjian Rom), akan dinamakan semula "Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah". Perjanjian Pembaharuan akan meminda Perjanjian Kesatuan Eropah dan Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah, serta mewujudkan rujukan undang-undang wajib kepada
Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah
.
Antara ciri-ciri utama Perjanjian Eropah ialah sebuah
Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah
, jawatan Dasar Luar Negeri yang disatukan, pembesaran bidang tugas
Parlimen Eropah
, proses pengundian yang lebih berasaskan majoriti, kewujudan sebuah jawatan
Presiden Majlis Eropah
serta entiti undang-undang yang satu.
"Perjanjian menubuhkan Komuniti Eropah" (
Perjanjian Rom
) akan dinamakan semula "Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah". Perjanjian-perjanjian Kesatuan Eropah tidak akan disatukan kepada satu dokumen.
European Council (bukan
Majlis Eropah
, iaitu
Council of Europe
) serta
Bank Pusat Eropah
akan dijadikan institusi rasmi EU; Majlis Kesatuan Eropah akan dikenali sebagai "Majlis Menteri-menteri", Mahkamah Keadilan Komuniti-komuniti Eropah akan dikenali sebagai "Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah", dan "
Suruhanjaya Eropah
" akan digunakan dalam Perlembagaan dan bukannya Suruhanjaya Komuniti-komuniti Eropah.
[1]
Ciri-ciri kenegaraan seperti istilah "perlembagaan", serta simbol-simbol Eropah seperti bendera, lagu dan moto tidak akan dimasukkan dalam Perjanjian.
Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah
mengandungi 54 perkara yang menjamin hak politik, sosial dan ekonomi rakyat. Piagam ini menjamin peraturan dan tindakan EU tidak bercanggah dengan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. Dalam Perlembagaan Eropah yang ditolak, perkara-perkara Piagam dimasukkan ke dalam dokumen Perlembagaan dan wajib diikut oleh setiap negara ahli. United Kingdom, yang mempunyai sistem
common law
serta tidak mempunyai perlembagaan bertulis menentang usul ini. Jerman pula mencadangkan Piagam ini diterangkan dalam satu perkara dan wajib diikut.
[2]
Perkara 6 dalam Perjanjian Pembaharuan mempertingkatkan Piagam Hak Asasi kepada taraf yang sama seperti perjanjian-perjanjian EU yang lain.
Menurut Perjanjian Lisbon, dasar Hubunga Luar memerlukan persetujuan daripada semua negara ahli. Jawatan Wakil Tinggi Dasar Luar dan Keselamatan Bersama dan Pesuruhjaya Hubungan Luar dan Dasar Kejiranan Eropah akan disatukan. Jawatan baru ini juga akan dijadikan Naib Presiden
Suruhanjaya Eropah
dan mendapar kor diplomatik. Dalam Perjanjian Pembaharuan, jawatan ini dinamakan "Wakil Tinggi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan".
Parlimen Eropah dan Parlimen Negara-negara
[
sunting
|
sunting sumber
]
Bidang kuasa
Parlimen Eropah
yang dipilih terus oleh rakyat akan diperluas. Kini, kebanyakan dasar perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua institusi utama EU. Selepas Perjanjian Pembaharuan disahkan, prosedur ini akan digunakan untuk hampir semua keputusan yang diambil. Parlimen Eropah juga lebih berpengaruh dalam menentukan belanjawan EU, dan bukan sahaja dalam perkawa bukan wajib.
Parlimen negara ahli juga akan lebih berkuasa dalam menerima pemohonan menjadi ahli EU oleh negara-negara lain. Parlimen negara ahli juga akan diberi kuasa memveto keputusan meningkatkan kerjasama dalam perkara sivil.
Perjanjian Pembaharuan akan memperkenalkan prosedur pengundian baru dalam Majlis Kesatuan Eropah yang tidak memerlukan keputusan sebulat suara. Dalam Perjanjian, "Majoriti Layak" dicapai apabila majoriti negara ahli (55%) yang mewakili majoriti jumlah rakyat (65%) mengundi "setuju". Apabila Majlis bukan mengundi cadangan Suruhanjaya, majoriti negara ahli yang diperlukan ditambah kepada 72% manakala majoriti rakyat adalah sama. Untuk menolak cadangan, sekurang-kurangnya empat negara mesti membantah.
Jawatan "Presiden
European Council
" akan diwujudkan. Beliau akan dipilih untuk tempoh dua tahun setengah. Pelantikan dan pelucutan jawatan Presiden dilakukan oleh
European Council
melalui "majoriti layak". Persetujuan Parlimen Eropah tidak diperlukan.
Tugas Presiden adalah untuk menyelaraskan kerja
European Council
dan menganjurkan mesyuarat. Beliau perlu menyediakan laporan mesyuarat
European Council
kepada Parlimen Eropah.
Beberapa persetujuan mengenai
perubahan iklim
serta dasar menyelesaikan
pemanasan global
terkandung dalam Perjanjian Pembaharuan. Beberapa perkara dalam perjanjian lama juga dipinda bagi mencapai perpaduan dalam perkara bekalan tenaga serta dasar tenaga EU.
Perkara 1 dan 2 dalam Perjanjian Pembaharuan mengecualikan
United Kingdom
dan
Poland
daripada penguatkuasaan Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah oleh
Mahkamah Keadilan Eropah
. Perdana Menteri Poland,
Donald Tusk
menyatakan bahawa Poland mungkin akan menandatangani Piagam itu suatu hari nanti.
[3]
United Kingdom dan
Ireland
menarik diri daripada keputusan majorti layak mengenai hal ehwal polis dan kehakiman. Keputusan ini akan dikaji semula oleh Ireland tiga tahun selepas penguatkuasaan Perjanjian ini. Kedua-dua negara boleh memilih untuk melibatkan diri dalam keputusan majoriti layak mengikut kes tertentu.
Mengikut jadual waktu yang ditentukan, Perjanjian Pembaharuan patut disahkan oleh semua negara ahli menjelang akhir tahun 2008, dan akan dikuatkuasakan pada
1 Januari
2009
sebelum pilihan raya Parlimen Eropah.
Kebanyakan negara ahli tidak akan mengadakan
pungutan suara
terhadap Perjanjian Pembaharuan, kecuali Ireland, yang diwajibkan berbuat demikian oleh Perlembagaannya. Oleh itu, perjanjian ini akan disahkan oleh parlimen-parlimen negara ahli.
Jadual waktu ini bagaimanapun gagal, terutamanya kerana pada awalnya tidak diluluskan pengundi
Ireland
pada 2008.
Republik Czech
merupakan negara akhir yang mengesahkan Perjanjian Lisbon, iaitu pada 3 November 2009.
[4]
Ia kini dijangka berkuatkuasa mulai 1 Disember 2009.
- www.reformvertrag2007.eu - German consolidated version of the future EU Treaties
, private, 2007-11-07
- 10 Myths about the Reform Treaty
, UK
Foreign and Commonwealth Office
- Europedia
- LinksDossier: EU in search of a new Treaty
, EurActiv.com, updated (26 April 2007)
- David Charter:
Q&A: the EU reform treaty
,
Times
, 2007-06-21
- Key points of EU reform treaty draft
,
AFP
/ EUbusiness, 2007-06-21
- EU leaders to discuss new treaty
,
BBC News
, 2007-06-21
- A close look at the Reform Treaty
, Stephen Mulvey,
BBC News website
, 3 August 2007
- The new treaty: what will it mean, and do we need a referendum?
(PDF),
Open Europe
, 7 May 2007
- Treaty on European Union ? How does it compare to the Constitution?
(PDF), Open Europe, July 2007.
- The new EU reform treaty
(PDF)
Federal Union
, 23 June 2007
- Unofficial Consolidated Texts
, Institute for European Studies (
WARNING
- out of date, does not reflect Final Version of December 2007)
- Eur-charts visualization - The EU following the Reform Treaty
, eur-charts.eu, 25 November 2007
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|