Sheikh Osama Bin Laden
(
Arab
:
????? ?? ???? ?? ??? ?? ????
,
?Us?mah bin Mu?ammad bin ?Awa? bin L?din
; 10 Mac 1957 – c. 1 Mei 2011
[1]
[2]
[3]
[4]
) ialah seorang ahli
keluarga bin Laden
yang kaya-raya dari
Arab Saudi
dan pengasas pertubuhan
jihad
al-Qaeda
yang bertanggungjawab atas
serangan 11 September
di Amerika Syarikat dan banyak lagi serangan
pembunuhan beramai-ramai
terhadap orang awam mahupun tentera. Sebagai akibat penglibatannya dan sokongannya kepada
jihad
pelampau yang menggunakan kekerasan, Osama bin Laden kehilangan kerakyatan Saudi dan tidak diakui lagi sebagai ahli keluarga bin Laden.
[5]
Osama bin Laden berada dalam senarai
Sepuluh Buronan Paling Dikehendaki
dan
Pengganas Paling Dikehendaki
oleh
Biro Penyiasatan Persekutuan
Amerika Syarikat kerana penglibatannya dalam
pengeboman kedutaan-kedutaan negara tersebut pada tahun 1998
.
[6]
[7]
[8]
Sejak tahun 2001, Osama bin Laden dan pertubuhannya menjadi sasaran utama dalam
Perang Terhadap Keganasan
yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Bin Laden dan ketua-ketua al-Qaeda yang lain dipercayai bersembunyi berdekatan
Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuan
di
Afghanistan
dan
Pakistan
.
Pada 1 Mei 2011,
Presiden Amerika Syarikat
,
Barack Obama
mengumumkan di saluran televisyen kebangsaan bahawa bin Laden telah dibunuh oleh pasukan tempur
SEAL
Amerika di
Abbottabad
,
Pakistan
[3]
[9]
dalam operasi rahsia yang diluluskan oleh Presiden
Barack Obama
.
Osama bin Laden (
bahasa Arab
: ????? ?? ???? ?? ??? ?? ????) yang secara popular dikenal dengan Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal
28 Jun
1957
di kota
Jeddah
,
Arab Saudi
, kawasan pantai
Laut Merah
. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.
Bapanya bernama
Mohammed bin Laden
, adalah seorang petani miskin dari
Yaman
yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas
Perang Dunia II
. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar
Amerika Syarikat
. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.
Ketika di usia remaja, Osama bin Laden telah bergabung dengan gerakan
Wahhabi
Konservatif-Baru (Ultrakonservatif) ; dan beliau pernah menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang
syariah
. Osama adalah seorang bekas mahasiswa Universiti
Raja Abdul Aziz
di Jeddah, dimana beliau berguru kepada salah satu diantara gurunya,iaitu Sheikh
Abdullah Azzam
. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa
Arab
bagi kaum
Mujahidin
yang berperang melawan pendudukan
Russia
di
Afganistan
. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.
Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun
1979
ketika beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang
Afgan
yang dikenali sebagai kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruh keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan
bantuan kemanusiaan
. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.
Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan
Al Qaeda
, sebuah organisasi bekas pejuang
Mujahedin
dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.
Ketika tentera Soviet berundur keluar dari
Afghanistan
, Osama bin Laden pulang ke
Arab Saudi
dan menceburi perusahaan pembinaan dan pembangunan milik keluarga, Kumpulan
Perusahaan Bin Laden
. Di sini beliau kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri dan menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitu Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden
Umar Al Basyir
dan Dr
Hasan Turabi
yang memerintah Sudan.
Pada tahun
1994
, Pemerintah Arab Saudi menarik hak kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh negara.Menurut Pemerintah Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti misalnya golongan Al-Jihad di
Mesir
, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia, dan Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan "Kelompok Islam" yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh
Omar Abdel Rahman
, seorang ulama Mesir yang di jatuhkan hukuman
penjara seumur hidup
sejak pengakuannya pada tahun
1995
menggagalkan persekongkolan untuk meletupkan beberapa tempat di kawasan bandar
New York
. Pada akhir tahun 1990-an,dua orang anak Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin Laden.
Sejak tahun
1992
, Pemerintah
Amerika Syarikat
memberi amaran bahawa Osama bin Laden dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda menjadi sasaran tentera Amerika yang bertugas di Saudi Arabia, dan di
Yaman
, dan kesatuan ketenteraan yang ditugaskan di Gurun Afrika, termasuk di Somalia. Pada bulan
Oktober
1993
, dilaporkan 18 orang anggota tentera kebangsaan Amerika Syarikat yang bekerja untuk bantuan kemanusiaan di Somalia, terbunuh di sana ketika menjalankan kerja sosial mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu diseret dan dianiaya di sepanjang jalan-jalan raya. Pada tahun , Osama bin Laden dikenakan hukuman atas tuduhan melatih orang-orang yang terlibat dalam serangan pembunuhan tentara pekerja sosial tersebut dan beliau menyatakan bahawa para pengikutnya bersama kaum Muslim setempat telah membunuh tentera-tentera itu.Perundangan Amerika Syarikat turut menuduh bahawa Osama bin Laden memiliki kaitan dengan serangan-serangan yang gagal ke atas dua hotel di Yaman di mana para tentera Amerika Syarikat bermalam dalam perjalanan mereka ke Somalia.
Pada
7 Ogos
1998
,lapan tahun selepas tentera AS di tugaskan beroperasi di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Besar Amerika Syarikat di
Nairobi
,
Kenya
; dan di
Dares Salaam
,
Tanzania.
Osama bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para Hakim menegaskan bahawa keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya surat-surat faksimili yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London setidaknya kepada tiga agen penjualan media internasional. Para Hakim juga menunjukkan pengakuan penjenayah tertuduh pelaku pengeboman Kedutaan-Kedutaan Besar, yang mengaku mereka adalah anggota gerakan Al Qaedah.
Empat belas hari kemudian, pada
20 Ogos
1998
, Presiden
Bill Clinton
memerintahkan armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem di Afganistan yang disyaki sebagai markas latihan pengganas, dan penggempuran keatas kilang pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan. Osama bin Laden selamat dari serangan itu dan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan sebagai perancang serangan-serangan bulan November 1998.
Presiden
George W. Bush
telah menyatakan bahawa Osama adalah tertuduh utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada
11 September
2001
; dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan aset-aset Amerika Syarikat yang lain.