Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naomi Scott
|
---|
|
Kelahiran
| Naomi Grace Scott
(
1993-05-06
)
6 Mei 1993
(umur
30)
|
---|
Pekerjaan
| Pelakon, penyanyi
|
---|
Tahun aktif
| 2011 - kini
|
---|
Ketinggian
| 163 cm (5 ka 4 in)
|
---|
Pasangan
| Jordan Spence (k. 2014)
|
---|
Naomi Grace Scott
(lahir 6 Mei 1993) ialah seorang pelakon dan penyanyi England. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Mohini "Mo" Banjaree dalam filem
Lemonade Mouth
(2011), sebagai Maddy Shannon dalam
Terra Nova
(2011). Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Kimberly Hart "Ranger Pink" dalam filem
Power Rangers
.
[1]
Beliau mula dikenali lebih meluas dengan memegang watak Princess Jasmine dalam filem
Disney Aladdin
pada pertengahan 2019.
Scott ialah seorang Kristian dan telah turut serta dalam misi dan aktiviti lain. Beliau telah melakukan perjalanan ke Slovakia untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah dan beraksi bersama kumpulannya semasa usia remajanya. Scott dilahirkan di
Hounslow
,
London
. Ibunya, Usha Joshi merupakan keturunan India-Gujarat yang berhijrah ke England semasa usia muda. Bapanya, Christopher Scott berketurunan Inggeris. Beliau mempunyai seorang abang, Joshua Grey Scott. Ibu bapanya merupakan Paderi di Bridge Church,
Woodford
di
Rebridge
. Sejak kecil, beliau aktif menyanyi dalam paduan suara gereja. Scott merupakan lulusan dari
Davenant Foundation School
,
Essex
. Pada usia 21 tahun, beliau berkahwin dengan
Jordan Spence
, seorang pemain bola sepak di kelab
Milton Keynes Dons
di England.
Televisyen
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Catatan
|
2008?2009
|
Life Bites
|
Megan
|
Peranan utama
|
2011
|
Lemonade Mouth
|
Mohini "Mo" Banjaree
|
Filem televisyen
|
2011
|
Terra Nova
|
Maddy Shannon
|
Peranan utama
|
2013
|
By Any Means
|
Vanessa Velasquez
|
Episod: "3"
|
2015?2016
|
Lewis
|
Sahira Desai
|
Watak berulang (musim 9)
|