Kategori : Sains komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan sains komputer

Sains komputer ialah satu kajian terhadap asas teori maklumat dan pengiraan serta pelaksanaan dan penggunaannya di dalam sistem komputer. Terdapat banyak bidang yang berkembang luas di bawah disiplin ilmu sains komputer; sebilangannya menekankan pengiraan hasil-hasil tertentu (seperti grafik komputer ), manakala sebilangan yang lain pula (seperti teori kerumitan pengiraan) berkait dengan ciri-ciri masalah pengkomputeran. Ada juga bidang yang memfokuskan terhadap cabaran-cabaran dalam melaksanakan pengiraan berkomputer. Sebagai contoh, kajian teori bahasa pengaturcaraan mengambil pendekatan dengan menggambarkan suatu pengiraan, manakala pengaturcaraan komputer pula menggunapakai bahasa pengaturcaraan tertentu untuk menyelesaikan beberapa masalah pengiraan yang konkrit.

Rencana pilihan

Mesej ralat HTTP 404' , 404 Not Found , 404 , Page Not Found , atau Server Not Found adalah kod respons standard Hypertext Transfer Protocol (HTTP), dalam komunikasi rangkaian komputer, untuk menunjukkan bahawa penyemak imbas dapat berkomunikasi dengan pelayan tertentu, tetapi pelayan tidak dapat menemui apa yang diminta. Kesalahan itu juga dapat digunakan ketika pelayan tidak ingin mengungkapkan sama ada ia mempunyai maklumat yang diminta.

Biografi pilihan

Charles Babbage ( 26 Disember 1791 18 Oktober 1871 ) adalah seorang ahli matematik , ahli falsafah analisis , jurutera jentera dan ahli (proto-) sains komputer Inggeris , yang memulakan idea tentang komputer boleh atur cara . Sebilangan bahagian mekanismenya yang belum siap kini dipamerkan di Muzium Sains London . Pada 1991, sebuah enjin beza yang dibina berdasarkan pelan asal Babbage pada toleransi yang mampu tercapai pada abad ke-19 berfungsi dengan sempurna, dan membuktikan bahawa mesin Babbage boleh jalan. Sembilan tahun kemudian, Muzium Sains menyelesaikan pencetak Babbage yang telah direka bentuk untuk enjin bezanya; kerumitannya adalah mengkagumkan bagi sebuah peranti abad ke-19.

Baca rencana ini...

Arkib biografi pilihan

Gambar pilihan

Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia

Tahukah anda...

Subkategori

Yang berikut ialah 16 daripada 16 buah subkategori dalam kategori ini.

A

G

K

P