Greta Thunberg
FRSGS
|
---|
|
Kelahiran
| (
2003-01-03
)
3 Januari 2003
(umur
21)
|
---|
Pekerjaan
| Pelajar dan
aktivis
alam sekitar
|
---|
Tahun aktif
| 2018?kini
|
---|
Gerakan politik
| School Strike for Climate
|
---|
Saudara
| |
---|
Greta Thunberg
(lahir
Greta Tintin Eleonora Ernman Thunberg
, 3 Januari 2003
[1]
) ialah seorang aktivis alam sekitar
Sweden
yang lazimnya berfokuskan
perubahan iklim
. Beliau disahkan menghidap
sindrom Asperger
,
kecelaruan obsesif kompulsif
dan
mutisme selektif
.
[2]
[3]
Pada Ogos 2018, beliau bertindak meninggalkan sesi persekolahannya dan melakukan
mogok
seorang diri di hadapan bangunan
Riksdag
(Parlimen Sweden) untuk menyeru agar tindakan pengekangan
perubahan iklim
yang lebih berkesan diambil.
[4]
Tindakan beliau ini telah membawa kepada siri tunjuk perasaan global, biasanya oleh para pelajar menentang perubahan iklim. Kesan ini dipanggil oleh sebahagian pihak media sebagai "kesan Greta Thunberg".
[5]
Pada 20 Ogos 2018, berikutan bencana
gelombang haba
serta
kebakaran hutan
di Sweden pada masa itu, beliau mula bertindak tidak menghadiri sekolah hingga
pilihan raya umum Sweden 2018
berlangsung.
[6]
Pada masa itu, beliau bertindak berprotes di hadapan bangunan RIksdag pada setiap hari selama tiga minggu ketika waktu persekolahan sambil memegang sepanduk yang tertera frasa "
skolstrejk for klimatet"
("mogok sekolah demi iklim" dalam
bahasa Sweden
).
[7]
Selepas pilihan raya umum berlangsung, beliau tetap melakukan mogoknya pada setiap hari Jumaat.
Beliau beberapa kali berucap dalam sidang-sidang berprofil tinggi di hadapan golongan berkepentingan berkenaan perubahan iklim.
Dalam sidang
Forum Ekonomi Dunia
pada 23 Januari 2019 di
Davos
,
[8]
[9]
beliau berkata bahawa sesetengah pihak telah mengetahui pelbagai perkara tidak ternilai yang telah dikorbankan untuk menjana kekayaan yang tidak terhingga sambil menunding jari terhadap para hadirin dengan berkata bahawa ramai dalam mereka ialah pihak yang dimaksudkan olehnya.
[10]
Beliau menyeru agar para hadirin bertindak "seolah-olah rumah mereka sedang dijilat api,"
[11]
dan pelbagai perubahan drastik perlu dilaksanakan dalam masyarakat untuk menanangi perubahan iklim seperti mengurangkan penghasilan gas
karbon dioksida
sebanyak 50% dalam masa 12 tahun.
[12]
Beliau telah menerima pelbagai jenis anugerah dan penghargaan disebabkan oleh usaha aktivismenya. Beliau telah menerima penghargaan apabila tergolong dalam 100 orang paling terpengaruh oleh majalah
Time
pada 2019 serta 25 remaja paling berpengaruh pada tahun sebelumnya.
[13]
[14]
Majalah tersebut turut mempaparkan portretnya pada kulit hadapan edisi Mei 2019 majalah itu sambil menggelarnya sebagai salah satu "pemimpin generasi seterusnya".
[15]
Beliau turut terpilih sebagai calon
Hadiah Keamanan Nobel
2019 pada 13 Mac 2019 dengan justifikasi bahawa
pemanasan global
akan menyebabkan peperangan, konflik dan masalah pelarian jika terus diabaikan.
[16]
Sekiranya beliau memenangi anugerah tersebut, beliau akan menjadi pemenang termuda Hadiah Nobel tersebut.
[17]
Beliau disenaraikan sebagai salah satu penerima
Anugerah Right Livelihood
pada 25 September 2019. Menurut pihak pemberi anugerah, mereka memilih beliau kerana "memberi inspirasi dan memangkinkan permintaan politik demi tindakan perubahan iklim yang lebih segera sambil memetik fakta-fakta saintifik".
[18]
- ^
Desk, Bob D'Angelo, Cox Media Group National Content (24 September 2019).
"Who is Greta Thunberg, the 16-year-old climate activist from Sweden?"
.
KIRO
(dalam bahasa Inggeris).
- ^
Watts, Jonathan
(11 Mac 2019).
"Greta Thunberg, schoolgirl climate change warrior: 'Some people can let things go. I can't
'
"
.
The Guardian
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 11 Mac 2019.
- ^
Rourke, Alison (2 September 2019).
"Greta Thunberg responds to Asperger's critics: 'It's a superpower
'
"
.
The Guardian
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2 September 2019.
- ^
Gessen, Masha
(2 Oktober 2018).
"The Fifteen-Year-Old Climate Activist Who Is Demanding a New Kind of Politics"
.
The New Yorker
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 5 Januari 2019.
- ^
Watts, Jonathan (23 April 2019).
"The Greta Thunberg effect: at last, MPs focus on climate change"
.
The Guardian
(dalam bahasa Inggeris).
ISSN
0261-3077
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 28 Ogos 2019.
- ^
Crouch, David (1 September 2018).
"The Swedish 15-year-old who's cutting class to fight the climate crisis"
.
The Guardian
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 4 Januari 2019
. Dicapai pada
12 Mei
2019
.
- ^
Gessen, Masha
(2 Oktober 2018).
"The Fifteen-Year-Old Climate Activist Who Is Demanding a New Kind of Politics"
.
The New Yorker
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 5 Januari 2019.
- ^
Kottasova, Ivana; Mackintosh, Eliza (25 Januari 2019).
"Teen activist blames Davos elite for climate crisis"
. CNN.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 26 Januari 2019.
- ^
"Greta Thunberg: The Swedish teen inspiring climate strikes"
(Video). BBC News. 14 Februari 2019. Peritiwa berlaku pada 2:04.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 25 Julai 2019
. Dicapai pada
22 Julai
2019
.
- ^
Hertsgaard, Mark
(28 Januari 2019).
"The Climate Kids Are Coming"
.
The Nation
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 15 Februari 2019
. Dicapai pada
14 Februari
2019
.
- ^
Thunberg, Greta (25 Januari 2019).
"I want you to panic: 16-year-old issues climate warning at Davos"
. Guardian News. Peritiwa berlaku pada 2:23.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 17 September 2019
. Dicapai pada
22 Julai
2019
– melalui YouTube.
- ^
Thunberg, Greta (25 Januari 2019).
"
'
Our house is on fire': Greta Thunberg, 16, urges leaders to act on climate"
.
The Guardian
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 25 Julai 2019
. Dicapai pada
14 Februari
2019
.
- ^
Gonzalez, Emma
.
"Greta Thunberg"
.
Time
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 17 April 2019
. Dicapai pada
18 April
2019
.
- ^
"TIME's 25 Most Influential Teens of 2018"
.
Time
. 7 December 2018.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 8 December 2018
. Dicapai pada
22 December
2018
.
- ^
Gilliver, Liam (16 Mei 2019).
"Greta Thunberg On The Cover Of TIME: 'Now I Am Speaking to the Whole World
'
"
.
Plant Based News
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 30 Jun 2019.
- ^
Vagianos, Alanna (14 Mac 2019).
"16-Year-Old Climate Activist Greta Thunberg Nominated For Nobel Peace Prize"
.
HuffPost
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 28 Mac 2019.
- ^
Rosane, Olivia (14 Mac 2019).
"Greta Thunberg?Swedish Teen who Inspired School Climate Strikes?Nominated for Nobel Peace Prize"
.
EcoWatch
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 8 April 2019.
- ^
"Climate activist Greta Thunberg wins 'alternative Nobel Prize
'
"
.
Reuters
(dalam bahasa Inggeris). 25 September 2019.
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Pangkalan data saintifik
| |
---|
Lain-lain
| |
---|