Chloe Zhao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chloe Zhao
Chloe Zhao pada 2015
Kelahiran
Zhao Ting

( 1982-03-31 ) 31 Mac 1982 (umur  42)
Beijing , China
Warganegara China
Pusat pendidikan
Pekerjaan Pengarah, penerbit filem, penulis skrip
Tahun aktif 2008?kini
Chloe Zhao
Tulisan Cina Ringkas ??
Tulisan Cina Tradisional 趙?

Chloe Zhao (lahir 31 Mac 1982) [1] merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip China. Beliau dikenali sebagai pengarah filem Amerika Syarikat Songs My Brothers Taught Me (2015) dan The Rider (2017).

Latar belakang [ sunting | sunting sumber ]

Chloe Zhao dilahirkan sebagai Zhao Ting dan dibesarkan di Beijing , Tiongkok, kepada pasangan Zhao Yuji, bekas pengurus am sebuah syarikat baja milik negara. [2] [3] Ibu bapanya kemudian berpisah dan bapanya berkahwin lagi dengan pelakon Song Dandan. Sewaktu masih remaja, beliau memberontak dan tertarik pada pengaruh dari budaya popular Barat. [4] Beliau melanjutkan pendidikan di sekolah asrama di London sebelum berpindah ke Los Angeles untuk menghadiri sekolah menengah. [5] Beliau belajar di Kolej Mount Holyoke dan memperoleh ijazah sarjana dalam sains politik. [6] Beliau mempunyai pekerjaan sampingan sebagai promoter acara, hartanah dan barista sebelum mempelajari penerbitan filem di Tisch School of the Arts Universiti New York . [2] [7]

Beliau kini menetap di California , Amerika Syarikat. [2]

Filemografi [ sunting | sunting sumber ]

Tahun Filem Pengarah Penulis skrip Penerbit Catatan
2015 Songs My Brothers Taught Me Ya Ya Ya Sebagai penyunting
2017 The Rider Ya Ya Ya
2020 Nomadland Ya Ya Ya Sebagai penyunting
2021 Eternals Ya Tidak Tidak

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Sam Fragoso (April 15, 2018). "Talk Easy with Sam Fragoso" (Audio siar). Talk Easy . Dicapai pada May 11, 2018 .
  2. ^ a b c Powers, John (March 23, 2018). "How Chloe Zhao Reinvented the Western" . Vogue . Conde Nast . Dicapai pada April 28, 2018 .
  3. ^ "??(??影?女?演)" . Baidu Baike (dalam bahasa Cina). Baidu . Dicapai pada April 11, 2019 .
  4. ^ Mullen, Matt (April 13, 2018). "THE RIDER IS AN EARLY CONTENDER FOR BEST FILM OF 2018" . Interview . Dicapai pada April 28, 2018 .
  5. ^ Gardiner, Margaret (May 23, 2017). "Chloe Zhao: A Woman Telling a Cowboys' Tale" . Golden Globes . Dicapai pada April 28, 2018 .
  6. ^ "Chloe Zhao" . Filmmaker . Dicapai pada 7 December 2015 .
  7. ^ Cohen, Sandy (March 2018). "Filmmaker Chloe Zhao is the Accidental Realist" . American Way Magazine . Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2018 . Dicapai pada April 28, 2018 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]