Zaman Negara Berperang
ataupun
Zaman Negara-Negara Berperang
(
Hanzi
: ???代 ;
Mandarin
: Zhan Guo Shi Dai) merujuk kepada suatu era dalam
sejarah China
yang bemula selepas tamat
Zaman Luruh Bunga
(春秋?代) pada tahun 475 SM, semasa kehancuran
Dinasti Zhou
, sehingga ia ditamatkan oleh
Dinasti Qin
pada tahun 221 SM.
Ia biasanya merujuk kepada bahagian kedua
Dinasti Zhou
, iaitu Dinasti Zhou Timur selepas tamat
Zaman Luruh Bunga
(春秋?代), walaupun Dinasti Zhou berakhir pada tahun 256 SM, 35 tahun lebih awal dari penamatan Zaman Negara Berperang.
Pada tahun 256 SM, Dinasti Zhou telah dihapuskan oleh seorang Jeneral (??) dari Negara Qin bernama Bai Qi (白起) atas arahan dari Qin Zhuang Xiang Wang (秦庄襄王), ayahanda kepada
Raja Ying Zheng dari Negara Qin
.
Pada tahun 403 SM, 3 keluarga
golongan bangsawan
(公族) Negara Jin (晋?) yang bernama Han (?), Zhao (?) dan Wei (魏) telah memberontak terhadap kerajaan Jin selepas mendapatkan keizinan daripada Dinasti Zhou.
Ketua-ketua kepada 3 keluarga tersebut telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'raja' kemudian dan memecahkan Negara Jin kepada 3 negara yang baru didirikan oleh mereka.
Kejadian ini dikenali oleh
ahli sejarah
sebagai
3 Keluarga Memecahkan Jin
(三家分晋). Ini juga sebab Negara Han (??), Negara Zhao (??) dan Negara Wei (魏?) dikenali sebagai
3 Jin
(三晋).
Negara Jin pada akhirnya menjadi satu
negara mikro
dan dihapuskan oleh 3 Jin pada tahun 376 SM.
Nama
|
Tahun Didirikan (
SM
)
|
Tahun Dibubarkan (
SM
)
|
Nasib
|
Negara Han ??
|
403
|
230
|
dikalahkan oleh Negara Qin
|
Negara Zhao ??
|
403
|
228
|
dikalahkan oleh Negara Qin
|
Negara Wei 魏?
|
403
|
225
|
dikalahkan oleh Negara Qin
|
Negara Chu 楚?
|
Abad ke-11
|
223
|
dikalahkan oleh Negara Qin
|
Negara Yan 燕?
|
Abad ke-11
|
222
|
dikalahkan oleh Negara Qin
|
Negara Qi ??
|
Abad ke-11
|
221
|
menyerah kalah kepada Negara Qin
|
Negara Qin 秦?
|
905
|
221
|
direka semula sebagai Empayar Qin selepas menyatukan semua 7 negara besar yang menamatkan Zaman Negara Berperang dan permulaan era
Dinasti Qin
|
7 Negara Besar
juga dikenali sebagai "Zhan Guo Qi Xiong (??七雄)" merujuk kepada 7 negara yang terbesar dalam seluruh tanah Zhong Yuan (中原 ; nama kepada tanah
China
) selepas pewujudan 3 Jin pada 403 SM.
7 Negara Besar itu adalah Negara Han (??), Negara Zhao (??), Negara Wei (魏?), Negara Chu (楚?) Negara Yan (燕?), Negara Qi (??) dan Negara Qin (秦?). Selain 7 negara tersebut, terdapat juga ada banyak
negara kecil
dan negara makro yang berwujud di atas Zhong Yuan.
Semua negara tersebut telah dihapuskan atau dikena "makan" oleh Negara Qin yang dipimpin oleh
Raja Ying Zheng dari Negara Qin
, ia kemudian direka semula sebagai Empayar Qin pada tahun 221 SM.
Kejadian ini telah menyebabkan penamatan kepada Zaman Negara Berperang dan permulaan kepada era
Dinasti Qin
.
- Ebrey, Patricia Buckley; Walthall, Anne; Palias, James B. (2006),
Pre-Modern East Asia: A Cultural, Social, and Political History
, Boston: Houghton-Mifflin Company,
ISBN
0618133860
- Lewis, Mark Edward (1990), "The Spring and Autumn Period", dalam Loewe, Michael; Shaughnessy, Edward L. (penyunting),
The Cambridge history of ancient China: from the origins of civilization to 221 B.C.
, Cambridge University Press, m/s. 587?649
.
- Li Xueqin.
Eastern Zhou and Qin Civilizations
. Trans. K.C. Chang. New Haven: Yale University Press, 1985.
ISBN 0-300-03286-2
.
- Tzu, Sun
; Griffith, Samuel B. (1963),
The Art of War
, New York: Oxford University Press
- Yap, Joseph P. (2009).
Wars With The Xiongnu, A Translation from
Zizhi tongjian
. AuthorHouse, Bloomington, Indiana, U.S.A.
ISBN 978-1-4490-0604-4
.