Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
(
Jawi
:
?? ?????? ????? ????
) ialah pengerusi majlis (
speaker
) setiap kali persidangan
Dewan Rakyat
diadakan di Parlimen. Penjawat jawatan ini boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang Dipertua. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua mestilah juga seorang Ahli Parlimen.
Sebagai Yang di-Pertua, beliau bertanggungjawab:
- mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar
- megatur debat seupaya tidak menyimpang dari isu-isu yang dibahaskan
- membuat keputusan mengenai Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
- memeriksa sama ada petisyen, rang dan pindaan undang-undang boleh diterima.
Beliau juga menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Yang di-Pertua juga bertanggungjawab memastikan
Perlembagaan
dihormati, mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menetukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Beliau cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.
Apabila Yang di-Pertua tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya.
Senarai Yang di-Pertua dan Timbalan Dewan Rakyat Malaysia
[
sunting
|
sunting sumber
]
* menjawat jawatan sebelum
Hari Malaysia
*** mula menjawat jawatan sebagai wakil rakyat Parti Perikatan kemudiannya BN
** meninggal dunia dalam jawatan