Waktu Eropah Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zon waktu Eropah :
biru Waktu Eropah Barat ( UTC+0 )
Waktu Musim Panas Eropah Barat ( UTC+1 )
biru terang Waktu Eropah Barat ( UTC+0 )
merah Waktu Eropah Tengah ( UTC+1 )
Waktu Musim Panas Eropah Tengah ( UTC+2 )
kuning Waktu Eropah Timur ( UTC+2 )
Waktu Musim Panas Eropah Timur ( UTC+3 )
emas Waktu Kaliningrad ( UTC+2 )
hijau Waktu Moscow ( UTC+3 )
Warna-warna cerah menunjukkan negara-negara yang tidak menggunakan waktu musim panas : Algeria , Belarus , Iceland , Maghribi , Rusia , Tunisia dan Turki .

Waktu Eropah Tengah ( CET ) ialah salah satu nama bagi zon waktu yang 1 jam lebih awal daripada Waktu Universal Selaras (UTC). Ia digunakan lazimnya oleh negara-negara Eropah dan Afrika Utara .

Waktu ofsetnya lazimnya ialah UTC +1. Ketika Waktu musim panas , Waktu Musim Panas Eropah Tengah sebaliknya digunakan ( UTC +2).

Penggunaan [ sunting | sunting sumber ]

Negara-negara berikut menggunakan Waktu Eropah Tengah (lihat Waktu Afrika Barat ) sepanjang tahun:

Negara-negara dan wilayah-wilayah berikut menggunakan Waktu Eropah Tengah pada musim sejuk sahaja, di antara 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir dalam bulan Oktober dan 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir dalam bulan Mac:

Namibia menggunakan UTC +1 di antara bulan Mac dan Oktober dan sepanjang tahun yang lainnya menggunakan Waktu jimat siang ( UTC +2).


Sebelum Perang Dunia Kedua , Lithuania menggunakan CET (MET) pada tahun-tahun 1920-1940. Sewaktu perang itu, Jerman menggunakan waktu ini di seluruh wilayah yang ditaklukinya. Di Perancis , Belgium , Belanda dan Luxembourg CET dikekalkan. Selepas perang tersebut, Monaco , Sepanyol , Andorra dan Gibraltar menggunakan CET.

Ireland dan United Kingdom melakukan percubaan untuk menggunakan CET pada tahun-tahun 1968-1971. Namun, percubaan ini menjadi tidak popular dan hanya berlaku dalam masa yang singkat, terutamany kerana peningkatan kadar kecelakaan jalan raya (banyak yang melibatkan murid-murid berjalan ke sekolah) dalam kegelapan pagi di musim sejuk. Portugal menggunakan CET pada tahun-tahun 1966?1976 dan 1992?1996.